Showing posts with label mine. Show all posts
Showing posts with label mine. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Kota Kinabalu Wetlands: if you like mangrove and nature "VISIT!"

Assalammualaikum :)

Ok actually benda ni just nak sharing with you all, since saya dah berkunjung kesana bulan lepas (so outdate!), so why not saya share dengan anda semua ye tak?

Sebelum kesini, ada juga saya try Google dan cari maklumat akan this place, however tak banyak sangat yang boleh membantu, ada maklumat tapi tak complete sangat atau bukan benda yang itu yang saya nak tahu hehehe so dengan adanya entri ni, mungkin boleh membantu anda yang mempunyai masalah seperti saya juga ^^ So enjoy the entri ok kawan-kawan

Kota Kinabalu Wetland Centre and Bird Sanctuary atau lebih dikenali sebagai Pusat Tanah Lembab Kota Kinabalu terletak di area Likas, nak bagi anda tahu lagi betul-betul bersebelahan dengan Likas Square..kalau tak tahu juga..erm..buka map Kota Kinabalu, cari Likas Square! Sekiranya anda pertama kali datang ke Sabah dan ingin melawat tempat ni, tanpa travel agent, apa yang penting…

1st, sila ambil bas ke Terminal Wawasan dengan menaiki City Bus fee Cuma 50sen, kalau menaiki taxi RM10, kalau dorang minta lebih sila report!

Secondly jika anda dah sampai Terminal wawasan, sila cari bus No. 1, atau bus ke Likas… sebelum naik Tanya dulu k, likas square? Kalau ya…sila naik and sediakan RM1.00 untuk fee

Third, selepas lalu Stadium Likas (mesti lalu) sila beware dengan signboard KKwetland ok, lagi cun simpang kiri selepas Stadium Likas, atau lagi cun-cun satu-satunya traffic light selepas Stadium Likas hah kat sanalah anda turun ok!!!! Bila dah turun sila berjalan lagi tak jauh 5 minit macam tu untuk ketempat kejadian…hah dah sampai punnnn tak jauhkan…

Ada entrance fee, RM10 untuk adult Rm5 untuk kanak-kanak, kalau nak kepastian lagi sila layari laman sesawang ni ok kawan-kawan.

Ni nak sharelah apa yang terjadi time buat aktiviti bulan lepas (so outdated!), actually datang sini dengan member, since saya tak boleh nak diving hujunug-hujung tahun ni sebab musim monsoon, so satu activity yang saya sangat suka hiking, jungle tracking, atau pun pergi kemana-mana yang adventure atau ambil gambar nature..so interesting! Kalau nak diikutkan lagi bagus kalau korang datang awal pagi, sebab cuaca tak panas sangat, nak ambil gambar pun best!

Nak pesanlah kat anda, sila sediakan spray nyamuk ok, sebab paya bakau memang sangat banyak nyamuk. Omaigad memang hari itu sangat-sangat banyak nyamuk! Tapi taka pa trill sikit ^^

Sepanjang trill paling banyak Pokok bakau lah..usah nak fikir pasal pokok pain pula, dah pun mangrove ye tak? Bangau memang banyak, mangrove skink, mudskipper, mangrove crab dan banyak lagi.

Time ni saya sangat-sangat nak jumpa Ular Bakau..tapi tak jumpa, tapi member cakap kalau jumpa ular ni kena hati-hati sikit…

Kalau dah sampai sini jangan lupa naik menara yang terletak betul-betul dipertengahan trail. Apa yang best naik menara ni, erm boleh tengok sekitar kawasan KK wetland dan boleh nampak signal hill sangat-sangat awesome!
Lagi apa lagi yang korang boleh harapkan? Yang pasti kena buka mata, buka telinga sometimes ada benda yang kecil-kecil yang bersembunyi disebalik mangrove yang sukar dilihat kecuali kalau kita betul-betul alert.. so kalau anda memang peminat setia nature..this place should be you visit!
Nursery, tempat tanam and penjagaan Mangrove

Waiting to visit this place once again, for another trail..nak naik sampan, ikut jalan air pula ^^ Insya Allah…
Trail
Oh yah sila layari KK wetland for more info and korang boleh juga layari Sunny Rainbow Tours & Travel ^^
p/s sila jaga alam sekitar kita yer..and selamat datang ke KK Wetland ^^ Gambar tak banyak..lemas nak upload hehehe Assalammualaikum :)

Tuesday, January 15, 2013

Kerana anda begitu berharga!

Assalammualaikum :) 

Situasi: 
Semalam 8.30 malam..Sms dari Kawan...
"min..tadi saya kena raba dalam bas"
terkejut saya..sangat-sangat terkejut..sahabat adalah seorang yang bertudung dan sangat berjaga-jaga dalam etika harian
"jadi apa yang ko buat? tukar tempat duduk?"
"Tak...aku terpaksa berhimpit sepanjang perjalanan..tidak berani untuk bertindak..."
Seriously! saya tak tahu nak cakap apa..yang penting saya angin sampai kepala..bergegar kepala otak..sumpah seranah memang usah nak cakap..saya minta maaf!!!! 

Bila saya dengar ada yang kena “raba” atau lebih senang kalau kata sexual harassment dalam public terutamanya public transport saya sangat geram!

Geram dengan manusia-manusia yang langsung tidak ada perasaan hormat dengan wanita, species yang sama seperti ibu mereka, kakak, adik, wife atau anak mereka…dimana perasaan hormat mereka itu? Dibuang jauh-jauh? Sekadar untuk memusakan perasaan mereka sendiri lantas tidak peduli dengan kaum hawa ini?

Seriously people, bagaimana wanita atau gadis rasa selamat dalam kehidupan seharian mereka? Keluar dari rumah sahaja ada berapa banyak mata yang memandang mereka, memandang dengan penuh tekun atau penuh nafsu..dipandang mungkin tidak mengapa bagaimana dengan pandangan yang bercampur dengan perasaan untuk menggangu..ganggu bukan sekadar usikan tetapi ganggu ditambah dengan keganasan..rape?

Ada sesetengah manusia yang saya pun tidak tahu apa yang mereka fikirkan..dikatakan mangsa yang terkena dengan sexual harassment adalah disebabkan diri mereka sendiri, dikatakan mereka tidak pandai untuk menutup aurat atau sebagainya… bagaimana dengan mereka yang terkena walaupun mereka menutup dengan betul?

Apa sebenarnya dalam fikiran lelaki-lelaki yang sebegini? Apa tujuan hidup mereka hanya untuk keseronokkan? Gembira melihat wanita yang terpaksa mengalah dengan kelakuan mereka itu?


p/s 
Kepada wanita dan juga diri sendiri, berani kerana tubuh anda adalah berharga, maruah anda adalah lebih dari segala-galanya… 

Lovely you...

Monday, January 14, 2013

Love is a ruthless game!

Assalammualaikum ;)

Rindu ini milik Mu Ya Allah
Sejauh mana akal dan perasaan hamba Mu ini
Berjalan
Rasa ini tetap milik Mu

Jika Engkau berkehendakkan ianya
diberikan kepada hamba Mu yang lain              

Aku mohon
Biarlah dia adalah yang terbaik untuk
Aku, agamaku dan keluarga ku

Amin… 

Love is a ruthless game
Unless you play it Good and Right ~State of Grace by Taylor Swift~


p/s Monday ^^

Wednesday, January 9, 2013

Live just the way you are!

Assalammualaikum :)

Dear Friends;
Please live just the way you are, don't change it at all (if bad of course!)

You know why?
Because your beautiful, unique and awesome in you own way... manusia dimuka bumi ini berbeza antara satu sama lain, tiada yang sama even twins pun tetap ada perbezaan!

Jadi kenapa harus menukar "identiti" sendiri untuk menarik perhatian orang lain?


p/s short note for me & you ^^

Monday, November 5, 2012

Hiking for Wild Boar at Padang Point, Gaya Island : Seriously???!


Assalammualaikum :)

Apa khabar semua? Mesti ada yang gementar dengan peperiksaan SPM atau STPM kan? Ala..relaxlah confirm korang boleh jawap Insya Allah dengan syarat korang dah habis berusaha sehabis baik! Lepas tu tawakal!

Ni nak share dengan korang semua pasal spot hiking yang terdekat sekali dengan Bandar Kota Kinabalu, tempat ni saya pun baru first time pergi, since member saya ada seorang tourist then followlah dia, erm…kasihan kan saya dah lama duduk KK pun baru tahu tempat ni..hahaha so entri ni khas untuk anda yang suka hiking or jungle tracking like me! Dan juga sesiapa yang mencari key words thing to do in Kota Kinabalu atau key words Padang Point Trail! Yang ini khas untuk anda!

Saya cukup payah untuk mencari key words Padang Point trails dalam internet, kalau ada pun tak cukup lengkap, so untuk membantu anda yang mempunyai kesusahan seperti saya, ini bantuan untuk anda (serba sedikit)

Actually Padang Point terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, di Pulau Gaya, actually Pulau Gaya adalah tempat yang selalu orang buat Scuba Diving dan terletaknya Gayana Resort, resort lima bintang tu!!!! So bagaimana hendak kesini? Bagi korang yang alone ranger atau pergi this place tanpa tourist guide, korang kena ambil bot dari Jesselton Point dan let the boatman know yang korang nak turun kat Padang Point, atau Gaya Island dan jangan lupa bila dah sampai disana let the Sabah Park staff tahu yang korang nak pergi hiking..sebab ada kes tourist yang sesat dan incase its happen dorang tahu apa yang nak dibuat, ok kawan-kawan…

At the time pergi hiking kelmarin, like I mention saya follow tourist guide, so easy for me lah..everything dorang yang urus, I just pack my own thing without worry hehehe.

Saya start the trail dari Base camp dan heading to Padang Point tak juga jauh adalah kira-kira 1.95 kilometres, jalan tak lah rough sangat, pakai selipar pun boleh, tapi tak lah direcommend sangat pakai selipar…kenalah pakai kasut hehehe

Sepanjang perjalanan apa yang yang korang kena perhatikan, pekara yang utama adalah monkey, kawan kata banyak monyet kat sini, tapi malangnya kelmarin tak ada satu pun monyet yang muncul, Cuma dengar suara sahajalah..geram! malau-malu pula monyet tu… satu yang diingatkan jangan sesekali bagi makan kat monyet tu ok..nanti dikejarnya korang, nayah! Jadi beware.

Bagi sesiapa yang suka nature, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda, bagi mereka yang suka hiking seperti saya tempat ni best sangat-sangat, release you tension of course… ambil gambar, dengar suara burung (walaupun tak nampak) dengar bunyi riang-riang (walaupun tak nampak!) dan lagi satu saya nak bagitahu, kalau bernasib baik korang akan jumpa wild boar aka Babi Hutan! Tapi jangan sesekali korang bunuh binatang ni, sebab ianya dibawah lindungan Sabah Park, kalau teringin sangat nak tengok petang-petang sekitar jam 4, silalah mulakan aktiviti hiking anda, tapi kalaulah anda berani. Kelmarin tak nampak Babi Hutan, Cuma nampak tapak dan tempat mandi binatang liar ni hehehe tak beranilah den kalau nampak Boar ni… kalau nampak confirm cabut lari!

I really recommend for you all kalau nak trail kat padang point actually ada banyak trail lagi, tapi yang ini sangat-sangat easy messy… relax sikit nak tahu lebih lanjut sila layari Laman web ni, tourist guide ni sangat-sangat superb, layanan tahap maksima.. cuba cek, kalau dah cek bagitahu saya dapat info ni dari minachilove blog hahaha promote sikit..

Ni, antara gambar yang saya ambil kelmarin..enjoy it ok ^^

Antara picture yang saya ambil kelmarin, tapi the awesome picture butterfly tu! tak pernah nampak seriously..mating butterfly ^^

Trail ni boleh nampak laut tau..boleh sekodeng orang hahaha 

Antara trail yang ada, tak rough kan?

Paya bakau, air surut time ni, so boleh nampak secara jelas akar-akar yang sangat-sangat tough! 

p/s the awesomeness of nature, always GIVE! ^^

Tuesday, April 17, 2012

Hati mati

Assalammualaikum ;)

Awal-awal pagi ini saya rasa saya nak share something dengan korang... honestly is based apa yang saya rasa sekarang... 

nak kata sesungguhnya seboleh-bolehnya jangan biarkan hati kita mati, sebab hati adalah punca setiap perbuatan kita, apa yang kita katakan kadang-kala bukan apa yang ada dalam hati kita. Tapi Allah tahu semuanya… Seriously..bila hati mati bagaimana untuk kita dapat hidayah dan rahmat untuk berubah? Saya takut for that... sebab hidayah..Allah berikan kepada mereka yang terpilih sahaja... sebab itulah kita kena berdoa supaya jangan Allah memesongkan hati kita setelah kita diberi petunjuk dan hidayah, minta hati kita tidak berdolak dalik dari Allah... minta hati kita subur dengan menyebut nama Nya... Insya Allah... (*mood sebak*)

Jadi apa yang boleh buatkan hati kita mati?
Banyak sebab hati kita mati… dosa, perbuatan yang tidak baik yang kita laksanakan secara berterusan tanpa penyesalan, fikiran yang jahat dan macam-macam lagi, perasaan hasad, iri hati, riak, was-was dan sewaktu dengannya.

 Ustazah cakap untuk improve start from you solat...sebab solat itu tiang agama rite? (reminder to ME!) thanks picture from here 

Ustazah kata... (the conclusion i get from my class ^_*)
“manusia tahu apa yang boleh dan tak boleh, tahu yang sangat-sangat...tapi tahu sahaja tanpa perbuatan adalah pekara yang sia-sia
tahu, laksanakan dan amalkan secara berterusan dengan niat yang baik adalah yang terbaik, improve your self...
tahu kita tidak tahu, belajar untuk tahu
bila tahu cuba untuk lebih tahu dan amalkan…
improve..improve..dan improve…
dan apa yang dalam hati saya sekarang… saya mohon kepada Allah dikurniakan pasangan dan sahabat yang mampu bawa saya kearah yang lebih baik daripada apa yang ada pada saya sekarang..insya Allah…

p/s struggling untuk jadi yang “baik” 

Friday, April 13, 2012

Tewas di Trig* Dua Ringgit

Assalammualaikum ;)

I just coming back from outstation yesterday, long shot of inspection and of course a long journey. Locality in Kudat, kira-kira 170km dari Kota Kinabalu By road, jalan sekarang ni erm…quiet bad since the road has been upgraded by the JKR now. Lebih-lebih lagi hujan selalu, memang umph!!! Lar ;)

The location

Of course outstation semalam tu sebab client ask to do a valuation for purpose Securing Banking Facilities, so in procedure, valuer kena pergi tengoklah tanah tu, jauh atau tak jauh memang kena buat inspection juga, lumrah pekerjaan :) best but tough, seriously... 

Saya nak share dalam best-best buat inspection tanah ni, ada masanya saya irritate juga dengan some client, lebih-lebih lagi...bila jadi macam kes begini:

(situasi) client datang office last week dia mention to me (dengan nada suara yang sungguh-sungguh)

“Rose, don’t worry the land got road, 4 X 4 can access ma… “

Ok, tanah ada jalan, so no need to jalan kaki… kerja senang hehehe, seronok!!!!

Hari kejadian (semalam)

“Rose, kita kena jalan kaki ni almost 1.5km to the land”
Ha! Biar betul!!! Kamu tipu saya!!!

 Tengok dorang ni relax saja berjalan, ditengah cuaca yang cerah, salute la... 


Ok relax hati, tak jauh tu, saya pernah jalan kaki lebih dari itu..3 Km and more!

Tapi Trig 2 ringgit jadi saksi aku lemas, tewas dengan Trig tu, boleh-boleh saya pitam rasa nak pengsan di pertengahan jalan..seriously kalau saya betul-betul tewas saya memang collapse, first time in history of Valuation experience saya tewas, tidak sampai subject land!

Saya tewas :(, time ni saya memang dah pitam sangat...tinggal nak baring saja kalau betul-betul tidak tahan... aiyo...memalukan sungguh!

Kawasan Trig 2 Ringgit ..tapi tidak sampai lagi..nasib baiklah ada member yang hebat!  dia sampai puler... 


p/s *selalunya Trig tu puncak atau aras yang paling tinggi di sesuatu kawasan, means Trig 2 Ringgit tu memang tinggilah..400 metres dari aras laut ;)..btw jangan tanya saya kenapa dorang bagi nama Trig 2 Ringgit, hari ini rasa sakit-sakit badan, sakit dada yang sangat-sangat, kot2 heart attack ke? 




















Monday, March 19, 2012

Mabul Island Trip (Part 2)

Assalammualaikum ;)


Sambungan for last entri, i have mood lagi, I masih terbuai-buai dengan angin, udara dan suasana Pulau Mabul... ececeh rasa sangat awesome!

Air tengah surut, kata Crew ScubaJeff dorang tengah cari Kerang.. ;)

Last story kitorang naik bot kan pergi Mabul Island.... so sampai di penginapan, kitorang disambut dengan Crew ScubaJeff. Oh ho first impression…better and its fell so good, rasa macam balik rumah yang sudah lama ditinggalkan sedangkan kitorang baru first time menjejakkan kaki di teratak ScubaJeff..... 

Makan time is really fantastic (you know what guys, the fish is “fresh” terbaik dari lautan!)…and first activity at that day is snorkeling and after that DSD (Discovery Scuba Diving). As I mention before RM290 for 2 X snorkeling, makan, penginapan and pengangkutan. If korang nak diving must pay another fees lagi, at that day we got really2 good price, dude its really “good” you will say awesome definitely! Dapat gambar free at underwater for you kenangan of course ;)..Thanks ScubaJeff...

If you interested to get you license for diving open water (you have you own Log Book if you already lulus) then everytime you dive, DiveMaster will sign it for you..The fees for License around RM1,000 plus.. normal price! Then spent a few days for taking course…. Bestkan? Insya Allah I will get it soon ^_^…

First time Diving at the seas memang excited tapi panic sedikit. Iyalah…first time under water memang tak biasa, bila kita biasa guna hidung untuk bernafas then change to mouth, ada sedikit kecelaruan.. tapi its will take a few moment to biasakan diri then after that… Ok dah…

Tapi sebelum itu kitorang diberi penerangan how to use signal in the water, how to breath use the regulator, and so on of course by Basheer (DM).

We excited to hear that Basher and Ahmad! (Divemaster ScubaJeff)

At the time… I really excited, hanya tuhan yang tahu betapa excited nya saya, even sepanjang at the water almost 9 meter under the seas I  fully secured by crew of Scuba Jeff (so you don’t need to think anything, you will be safe by them if anything happen, but bear in you mind, must confident) See the Nemo, swim and see the turtle, sea horse, star fish, fish everywhere and so many more!!! Can you feel how excited I am when Basher show me sign see up and god what I see is turtle, real turtle swim above my head!

Sunset (credit Picture to Miss Ct ^_^)

Really guys, the different between land and underwater is really huge! Ciptaan Allah sangat hebat. Abang Jeff kata, almost the guest yang datang for holiday and snorkeling will come back as Diver, Almost people he say..when I mention about sea, in first mind they will say about Jaws..only that! Tapi bila dah lama-lama lepak dengan “seas” banyak benda yang dorang tahu selain daripada Jaws.. I learn it from Abang Jeff and Basher.. Pigmy Sea horse, Stone Fish, Barracuda and so many more…! Lagi yang aku rasa lucu sangat bila Abang Jeff kata "jangan kata dengan abang nanti, Pigmy Sea Horse ni sedap tak buat kari?...." LOL

Muka Excited bila selesai DSD..Nak lagi!

This is totally awesome! (Credit Picture to ScubaJeff!-Basher)

2 days 1 night with ScubaJeff sangat-sangat singkat, better I recommend you and my self prepare a long holiday for diving, baru puas hati, siapa yang boleh bagi fresh ketam, fresh ikan for such low price, only at ScubaJeff at Mabul Island.

Who can give you a better price maybe I will say very,very,very budget price for stay at Mabul Island, the best place for dive only at ScubaJeff… The warm hospitality and services…dude you the best!

Waktu ni time nak balik..rasa nak berlinang juga la air mata, sebab dorang nyanyi sambil abang Jeff main gitar..syahdu hihihi anyway like ScubaJeff crew kata don't say Good Bye but please say Jumpa Lagi...I see you all when I see you!

And one more, I get a new friend….friend yang awesome!

P/s tika ni ada promotion dari ScubaJeff... cuba click this... awesomeness menanti korang :)

Friday, March 16, 2012

Mabul Island Trip (Part 1)

Assalammualaikum ;)

Hai…saya rindu sangat-sangat dengan korang semua, ececeh saja nak show betapa happynya saya setelah menghabiskan cuti last year dengan bermandi-manda plus snorkeling plus Discovering Scuba Diving (DSD) at ScubaJeff Sipadan. Let me persuade all of you why you must stay at ScubaJeff Sipadan to experience the interesting and enjoyable moment with them!

Actually trip kali ini, saya follow my twin friend but now them already known as my friend! Perjalanan by road tapi kalau nak guna flight pun boleh, just take flight from KK to Tawau or Lahad Datu and then take bus or taxi to Semporna, at Semporna Town korang tak perlu risau, ScubaJeff akan sediakan transport untuk ke Mabul Island.

Hari itu saya gunakan jalan darat dari Kota Belud to Semporna Town take almost 10 hour perjalanan or more, Check point dari Ranau to Telupid to Sandakan to Kunak to Kinabatangan to Lahad Datu and Semporna…stay semalam di Seafest Hotel di Semporna dengan rate RM98 per night. Ok lah for rehatkan badan.

Hotel ni memang strategic place to stay coz betul-betul di pusat Bandar Semporna. But let me tell you, if you say that Semporna Town is mundur or place for nothing you wrong beb! Its got mall to shopping ok…

Keesokkan harinya kitorang straight to ScubaJeff office (near the City Inn Hotel) bayar rate for the facilities for RM290 only dengan makan plus 2 X snorkeling plus pengangkutan plus penginapan. And you know what friends memang berbaloi-baloi dengan rate yang kitorang bayar.

Perjalanan by boat ride almost 1 hour to Mabul Island, then kitorang disambut dengan penuh keterujaan dari crew ScubaJeff including the big boss abang Jeff! Awesome right?

Entri nanti saya nak cerita kat korang the first time I had my diving with Diving Master :)

p/s apa-apa hal klik this to get you first time experience of diving. Gerenti u will feel love with them just like abang Jeff say, please buat macam rumah sendiri ;) btw picture soon to be release ok ;)


Wednesday, January 11, 2012

Even i know is wrong..but...

Assalammualaikum :)

First place, aku tak nak share benda ni, tapi aku nak let go apa yang bermain-main dalam fikiran aku sekarang… dah hampir 3 hari asyik duduk dalam otak aku, nak tak nak aku nak keluarkan juga… aku tak boleh nak tidur, tak boleh nak focus… masalah betul dengan aku ni…masalah orang biarlah ye tak? Buat apa nak sesakkan kepala untuk fikir benda tu semua? Aku pun ada masalah sendiri..masing-masing ada masalah sendiri…

"....BUT...."

Aku bukan manusia macam tu.. memang kena fikir diri sendiri tapi kalau melibatkan kawan-kawan rapat aku… adoii aku tak boleh! Kena fikir juga…at least aku consent… Attitude? Habit? I tak tau… korang fikir untuk aku boleh?

“Selamatkan diri sebelum selamatkan orang lain” first
“I rather suffer rather than lihat orang yang aku care suffer” second

So mana nak pilih? Yang first or yang second? Aku erm… depends, I choose the second option only untuk family and my closed friend… tindakan yang bodoh? Rasanya tak…

 I consent ^_^

Tapi ada sesetengah orang, yang pilih second option...apa yang aku fikir in the first place..
kenapa? why? You have to suffer for other people? Adakah ianya berbaloi untuk diri sendiri atau hanya untuk satu pihak sahaja. Kalau untuk satu pihak sahaja yang win, macam mana dengan diri sendiri? Terabai? Suffering? Atau die? Loser?

Bila ada closed friend yang pilih second option..aku tersentak seketika… kenapa you should pick that friend? You suffer..and other happy for that.. I don't like that... because as person yang juga berpegang dengan second option aku tak nak lihat my good friend susah hati... 

Adoi hidup sangat complicated.

Aku tak nak terbabas begitu sahaja untuk cari mana yang lebih baik atau mana yang terbaik untuk di ikuti, so I ask other opinion from my wonderful friend, she answer me with this:

“Rose, both you can choose, no matter which one but the first thing you must consider why you choose that, for who, the reason and satisfaction…

Aku tak nak kamu suffer untuk apa yang kamu pilih, dan aku tak nak kamu terlalu sangat berkorban untuk sesiapa sahaja, nanti kamu yang parah, apa yang aku boleh bagi advice, semua terjadi adalah dari Qada dan Qadar Allah, jodoh, maut di tangan Allah, kalau kita diberi satu ujian yang meminta untuk memilih, kita lihat semula kenapa kita pilih that thing in the first place, kerana suka, kerana kasihan atau what?

Tapi...if kita pilih for that reason, simpati, love or anything kita salah langkah, sepatutnya sebelum membuat sesuatu keputusan kita harus tetapkan niat kita, aku buat itu kerana Allah, aku bersahabat, berkawan adalah kerana Allah… kerana Allah yang first, bila kita dah fikir macam itu… Insya Allah, Allah tak akan bagi kita sedih untuk setiap sesuatu… setiap kesedihan ada kegembiraan yang Allah bagi, tawakal, yes that’s the words…

Sekiranya beginilah kejadian yang terpaksa kita pilih...Istikharah..Insya Allah dipermudahkan…

that the advice i can give to you Rose, because aku tak nak kamu menjadi pelarian yang mencari destinasi yang tidak mungkin akan kamu dapat sekiranya kamu tidak relate you feeling, emptiness, sadness, joyousness to Allah... kembali kepada Creator...

Aku rasa, this advice i want to share with you all, you the readers yang tahu what i thinking now, you the readers yang sama dengan apa yang aku rasa sekarang... aku bukannya nak tunjukkan aku sangat matured dalam ni,sebab aku selalu juga terbabas dengan nafs sendiri, even i know is wrong and i knowing it how to settle it, i still can't find the peace... but i try to be knowing it... based from reading, seeking and Insya Allah we will find it; learn from the right... 

But friend no matter bad you are, you still my closed friend, even though you not think me like that... never mind.. I support you ;) 

p/s rasa sangat-sangat "tersasar"... I struggling to be on the "road" 

Saturday, January 7, 2012

Adik...hidup bukan untuk berkahwin saja..

Assalammualaikum ;)

Ok, bila aku kata “adik” aku rasa aku dah cukup matured untuk menasihati orang atau sudah cukup ilmu didada untuk bagi advice?  Tidak, aku masih dalam proses belajar dalam hidup, masih banyak benda yang harus dipelajari, tetapi dalam sesetengah bab, I still can manage to give advice, doesn’t means I know all, but for my “adik” yes I can…

Bila kita masih didalam lingkungan umur awal remaja, banyak benda yang kita celaru, betul atau tak? Ada benda yang kita rasa, ok yang ini cool, so I nak cuba..atau ada benda yang nampak “popular” so secara automatically nak try test…kadang-kadang dengan harapan wow baru cool kalau buat tu, semua orang buat kenapa aku tak nak try test? 

Aku macam tu masa di awal-awal aku keluar dari kepompong family, banyak benda yang aku try test, dari yang baik kepada pelik dan boleh sampai kepada jelik… aku cuba untuk try to be cool with friend, banyak benda yang aku buat untuk rasa perasaan happy, excited, dan macam-macam lagi… tapi Alhamdullillah aku bersyukur sangat, aku excited tapi aku masih dilandasan yang betul..aku tak tersungkur jatuh, merana dan macam-macam lagi… then bila aku dah sampai tempoh aku secara automatically realized what happen to me during that time? So messy but honestly I not regret… sebab time remaja adalah masa untuk kita explore semuanya… kata pun darah muda hehehe tapi ingat, please jangan terlalu "excited" sampai lupa diri!

Bagi mereka yang masih remaja, apa matlamat anda dalam hidup sebenarnya, nak berjaya? Nak belajar untuk masa depan atau nak duduk setempat and nak fikir nak kahwin… aku ada adik baru dalam office, still belajar practical… perbualan hari ini

Adik: “kak, kakak suka jadi valuer?”
Aku: “Yup, Insya Allah akan jadi Registered Valuer soon, why?”
Adik: “tidak bah..saya tidak suka kerja di office, better for me I like to be house wife, saya suka kemas rumah, mop and macam-macam..”

honestly, first time aku jumpa adik yang berkata macam tu, so what I try to advice?

Aku: “sis, jangan macam tu, this advice my mum yang bagi saya, so I share with you ok…
My mum say, belajar sampai kamu puas..then cari kerja, kumpul duit, apa guna sekolah tinggi tapi tidak guna (aku start sekolah memang tinggal asrama)… kalaulah kamu dah kahwin tapi in case you divorce, at least you ada kerja yang boleh support you and you child… my mum bagi advice, event my mum not educated person but she know what the best thing for her child”

Adik: “tapi kak, bosan bah duduk office, saya seronok duduk rumah”
Aku: “Apa guna kamu belajar sampai diploma kalau u just fikir macam tu? What point?”

 Struggling 

dia diam, dan aku tak pasti sama ada dia dengar atau tak, tapi pleasela adik, you still young, 20 years, lagi banyak benda yang you tak explore, ada banyak benda yang you nak kena tahu, ada banyak benda yang for me, its only happens when u young.. learn… enjoy you life, belajar untuk hidup, and macam-macam… So apa yang aku nak share, jangan buka mata kita untuk satu benda saja, 
yes..Kahwin, hidup bekeluarga itu indah dan aku wish for that too.. tapi matlamat hidup kita bukan untuk itu saja... ada banyak benda yang kita boleh explore selain dari itu... 
untuk tahun baru ni kenapa kita letak satu azam dalam diri kita, dan aku cuba untuk laksanakan,                    I struggling.. I wish to become a better "muslimah"... Insya Allah 

p/s Struggling...

Sunday, November 27, 2011

We depends to honor system...full stop!

Assalammualaikum ;)

Aku baru sahaja selesai baca satu buku… sangat-sangat ringan, tidak payah nak fikir banyak dan yang pasti direct to the point!
Abaikan "Dudul" that thing is my best friend to read ^__*
Seriously..I’m kidding by Ellen DeGeneres

Sebenarnya aku tak sangat beli buku ni, sebab aku sangat-sangat terkilan sebab aku begitu teruja nampak advertisement 20% off untuk “The stolen Life by Jaycee Dugard” actually nak sangat-sangat buku ni, tetapi hampeh betul… advertisement itu tak terlibat sama kat KK..dem..kalau tak ada kat KK kenapa tak bagi mark kat sana? Tapi its ok, aku kan budak baik so tak nak lah gaduh-gaduh, the worker just follow the rules ;) *psst aku harap my twin will give that book for my B-day at January next year!* hahaha

Berbalik dengan buku ni.. Non-Fiction types (humor), lebih kepada talk show tapi yang berbeza ianya berdasarkan pembacaan bukannya menonton dan mendengar..Erm..ok lah..berbaloi atau tak kalau nak beli? Erm..Ok… kalau korang nak pinjam boleh saja,download pun boleh nak beli erm kena fikir banyak kali… kecuali korang memang peminat setia Ellen DeGeneres... ok thats it!

Aku dah “terlanjur” membeli so, aku tak regret untuk say “adoiii kenapa aku beli buku ni?” jadi aku cuba untuk suka! So far so good, aku habiskan dalam semalaman coz ianya tak berbelit-belit..santai... tapi diatas kejayaan untuk menghabiskan buku ni dalam masa yang sangat-sangat "cepat" aku nak minta maafla bagi sesiapa yang terkena SMS busuk aku ..i like to chit chat with others lebih-lebih lagi aku nak sleep tapi keadaan tak membenarkan aku tidur ;) sayang korang ketat-ketat! 

Dalam banyak-banyak chapter dalam buku ni, ada satu bab yang aku nak highlight Chapter "honesty" ...yang ini berkenaan dengan perwatakan manusia. 
Ellen tulis kat sana “by statistic that on average people be lie four times a day!
” Wow aku tak tahu pula average lie manusia ye tak? Dan yang pasti berdasarkan sumber apa? Aku tak tahu sebab tak ada mark atau foot note kat sana…
Yang lagi aku rasa excited nak baca bila Ellen highlight kat sana
“I can tell when people are lying to me when they start their sentence with " I have to be honest with you". Why do people need to clarify when they're being honest? Does that means everything else the've ever said has been a lie?"

Well aku pun selalu kata
“honestly..dengan member aku…dalam blog juga pertuturan…Tapi yang psti apabila aku gunakan perkataan "honestly" aku sebenar-benarnya inginkan penekanan diatas apa yang aku nak cakap atau apa yang aku nak terangkan...its doesn't means i keep tell lies to everyone yang aku kenal setiap hari..tapi bohonglah kalau aku ada masa aku tak cakap lie..tapi i try my best not to lie! 
Its true..terlalu honest boleh menyebabkan hurts people feeling.. aku tak suka nak bagi orang "terluka" for what i said.. but ada caranya bagaimana untuk elak semua itu... 

kalau ada manusia yang bergelar Hamba Allah cakap kat aku
"aku tak pernah cakap bohong, aku selalu jujur dalam perbuatan..."
Hah yang ini aku reject cukup-cukup... 

Then I ask for another opinion by some of my friend…sebab aku tak nak syok sendiri bila ada benda yang aku nak further explanation...
Then he tell me, depends dengan situation..or the author tak search betul-betul..aku ter”blur” seketika… why?
“he mention to me ...its hard to explain… then he give me one solution…”
“see you face at mirror..then question you self..adakah kamu pernah lies to other?
Then ask why you tell lies… for what reason and the concrete one..”
Friend correct me if I wrong ;)

Dont you think? everything in around us is based on honor system? like when you go to movie, how honest we're expected not to bring outside food..but ada juga yang bawa betul atau tak?
seperti candy yang ada di depan receptionist at the bank maybe atau kat bilik meeting tau kat customer service, they expected you to just take 0ne or two tapi ada yang "tapau" berbungkus-bungkus...
Lagi teruk, bila ada manusia yang langsung tak honest bila cashier terlebih bagi balance for your money...supposed you say it right? Sorry you bagi lebih ni...we depends on honor system right? 

"It's nice to think we can rust each other. it would be depressing to walk around every day thinking people are lying to us all the time, I prefer to believe people are good and honest and respect me enough to tell the truth. it's not easy to fined those people all the time, but they're out there (like you!). They're usually the people who don't hesitate to tell you when you look tired or anything. They might be blunts and sometimes they might hurts you feelings with their condor, but honestly? You'll appreciate it."

p/s like someone say to me..just be honest and try to said what you think, and what you want..and what the  reason... might be it will help you to settle all the thing... yup..based on honor system... 

Monday, September 19, 2011

my student and my class story

Assalammualaikum :)

Rentetan daripada kisah ini, semalam dah start first class, korang bayangkan first time ajar orang ni, Ya Allah, gemuruh yang teramat-amat, lebih-lebih lagi bila semua student adalah mereka-mereka yang more aging then me, rasa aku ajar kelas dewasa pula hehehe. Ni nak cerita lah macam mana aku start kelas semalam, mana tahu korang boleh guna dikemudian hari ;p

Lecturer Baru (LB) akuler...: Good Morning class, frankly speaking, this is my first time as lecturer, so anything you not sure please ask me (nada gugup muahaha)

Students (S): Its ok (sambil senyum-senyum lagi tu, lagi lah aku gabra)

LB: So we start for module 1... bla,bla,bla,bla...

almost 1 hour

S...: miss, i have one question, you didn't introduce your self lagi...

LB: (ah sudah.....aku terlupa sungguh!) Off course kena introduce diri kan? Yay...

S....: I think you still young la miss, 23 or 24 years? 

LB...: (dalam fikiran aku time ni, nape? kalau aku young korang tak nak ikut cakap aku ke?)... nope i am 25 years 

S...: you work where? (mostly of them work as Quantity Surveyor or Project Manager)

LB... I'am valuer..blah..blah..blah (cakap ada melebih-lebih sikit, nak up depan student hehehe)
..then class continue...sampai jam 1.00 pm

tapi yang paling aku suka bila student aku (bangga sangat tulis "student aku") hahaha cakap
S...: Rose your are not bad even this is your first time as lecturer, no sleepy honestly..

So actually apa yag aku just nak cakap, aku bukannya bad sangat jadi lecturer even though part time only hehehe, sayang student aku ketat-ketat ^__^, 

p/s hopefully sampai habis this semester student aku ni puas hati dengan my lecture 

Saturday, September 10, 2011

Rezeki...bersyukur yang sangat-sangat

Assalammualaikum :)

First sekali, Alhamdullilah dan bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah berikan, Alhamdullillah... 

Thanks Google 
Ada tanggungjawap dan amanah baru dalam jadual aku ni... sebagai part time lecturer. Tanggungjawap sangat besar sebesar-besarnya untuk membimbing mereka-mereka yang ingin menjadi "manusia"

Lepas ni, no hanky panky, ada masa yang terpaksa dikorbankan.. for weekdays as Valuer, weekend as lecturer and me for time being still study for my registration... still banyak nak belajar.. masih jauh perjalanan... :) kepada semua aku doakan yang terbaik untuk korang, apa yang penting keikhlasan dalam tanggungjwap

p/s Wish me luck, aku tak tahu mama aku cakap apa pasal ni, mama tak akan bising tapi dia confirm risau..yer lah risau sebab aku langsung tak cerita pasal "partner" hidup... kerja kerja juga, belajar belajar juga tapi bila masa nak cari "partner?" sorry mama anakmu lembab sikit pasal benda ni hehehe

Wednesday, June 22, 2011

Pengakuan dari aku : Aku sakit :(

Assalammu'alaikum

Hai-hai ^^ kita check2 time sekarang.. 1.30 petang, conditions... baru lepas makan tengahari... mood.. Mengantuk sekali lagi MENGANTUK... 
Nak kena tamparan boss..cubalah tidur dalam ofis sambil buat lukisan mata yang tebuka atas mata kita yang tertutup... hahaha sekali lagi cubalah try test.. ok tak? 

humumumu kenapa kita bila lepas makan tengahari mesti nak tidur? lebih2 lagi bila tengahari tu kita lantak nasi, confirm nak tidur, adakah itu satu penyakit? adoi kalau lah ianya satu penyakit, ya Allah aku memang pesakit ^^ pesakit yang tenat, setenat-tenatnya macam nak tunggu mati...

Kalau lah aku hadapi keadaan macam ni, satu cara yang aku buat.. macam sekarang ni, aku layan internet sambil dengar lagu2 rancak ^^ padahal atas meja sekarang ni berlambak kerja nak settle.. tapi korang kena tahu aku kan pesakit yang tenat so jangan jeleousy sangat ^^

Cara kedua.. aku sebagai pesakit yang tenat.. jalan2 keliling ofis, buat tawaf banyak2 kali sambil melihat2 klik2 bekerja.. lepas tu confirm dorang tanya aku "wei kau ni tiada kerja ke? senang lenang saja..." Alahai what to do, pesakit yang tenat buat rondaan ^^

Cara yang exclusive, hanya diturunkan kepada orang2 yang mempunyai penyakit separah aku.. sila berdiri menuju toilet.. buka pintu toilet... turunkan penutup mangkuk tandas tu... duduk sambil pejamkan mata hahaha confirm orang tak akan tahu korang tengah buat tahi mata kat tandas hahahaah.. tapi jangan amalkan selalu, tak baik untuk kesihatan ^^

Lihat jam... 1.40 pm...Conditions.. Baru selesai type entri... Mood.. Happy sebab bagi ubat yang paling "hebat" untuk rakan2 seangkatan ^^

p/s... kalau nak buat tahi mata kat tandas, sila pastikan anda tidak terbabas ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...