Monday, November 5, 2012

Hiking for Wild Boar at Padang Point, Gaya Island : Seriously???!


Assalammualaikum :)

Apa khabar semua? Mesti ada yang gementar dengan peperiksaan SPM atau STPM kan? Ala..relaxlah confirm korang boleh jawap Insya Allah dengan syarat korang dah habis berusaha sehabis baik! Lepas tu tawakal!

Ni nak share dengan korang semua pasal spot hiking yang terdekat sekali dengan Bandar Kota Kinabalu, tempat ni saya pun baru first time pergi, since member saya ada seorang tourist then followlah dia, erm…kasihan kan saya dah lama duduk KK pun baru tahu tempat ni..hahaha so entri ni khas untuk anda yang suka hiking or jungle tracking like me! Dan juga sesiapa yang mencari key words thing to do in Kota Kinabalu atau key words Padang Point Trail! Yang ini khas untuk anda!

Saya cukup payah untuk mencari key words Padang Point trails dalam internet, kalau ada pun tak cukup lengkap, so untuk membantu anda yang mempunyai kesusahan seperti saya, ini bantuan untuk anda (serba sedikit)

Actually Padang Point terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, di Pulau Gaya, actually Pulau Gaya adalah tempat yang selalu orang buat Scuba Diving dan terletaknya Gayana Resort, resort lima bintang tu!!!! So bagaimana hendak kesini? Bagi korang yang alone ranger atau pergi this place tanpa tourist guide, korang kena ambil bot dari Jesselton Point dan let the boatman know yang korang nak turun kat Padang Point, atau Gaya Island dan jangan lupa bila dah sampai disana let the Sabah Park staff tahu yang korang nak pergi hiking..sebab ada kes tourist yang sesat dan incase its happen dorang tahu apa yang nak dibuat, ok kawan-kawan…

At the time pergi hiking kelmarin, like I mention saya follow tourist guide, so easy for me lah..everything dorang yang urus, I just pack my own thing without worry hehehe.

Saya start the trail dari Base camp dan heading to Padang Point tak juga jauh adalah kira-kira 1.95 kilometres, jalan tak lah rough sangat, pakai selipar pun boleh, tapi tak lah direcommend sangat pakai selipar…kenalah pakai kasut hehehe

Sepanjang perjalanan apa yang yang korang kena perhatikan, pekara yang utama adalah monkey, kawan kata banyak monyet kat sini, tapi malangnya kelmarin tak ada satu pun monyet yang muncul, Cuma dengar suara sahajalah..geram! malau-malu pula monyet tu… satu yang diingatkan jangan sesekali bagi makan kat monyet tu ok..nanti dikejarnya korang, nayah! Jadi beware.

Bagi sesiapa yang suka nature, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda, bagi mereka yang suka hiking seperti saya tempat ni best sangat-sangat, release you tension of course… ambil gambar, dengar suara burung (walaupun tak nampak) dengar bunyi riang-riang (walaupun tak nampak!) dan lagi satu saya nak bagitahu, kalau bernasib baik korang akan jumpa wild boar aka Babi Hutan! Tapi jangan sesekali korang bunuh binatang ni, sebab ianya dibawah lindungan Sabah Park, kalau teringin sangat nak tengok petang-petang sekitar jam 4, silalah mulakan aktiviti hiking anda, tapi kalaulah anda berani. Kelmarin tak nampak Babi Hutan, Cuma nampak tapak dan tempat mandi binatang liar ni hehehe tak beranilah den kalau nampak Boar ni… kalau nampak confirm cabut lari!

I really recommend for you all kalau nak trail kat padang point actually ada banyak trail lagi, tapi yang ini sangat-sangat easy messy… relax sikit nak tahu lebih lanjut sila layari Laman web ni, tourist guide ni sangat-sangat superb, layanan tahap maksima.. cuba cek, kalau dah cek bagitahu saya dapat info ni dari minachilove blog hahaha promote sikit..

Ni, antara gambar yang saya ambil kelmarin..enjoy it ok ^^

Antara picture yang saya ambil kelmarin, tapi the awesome picture butterfly tu! tak pernah nampak seriously..mating butterfly ^^

Trail ni boleh nampak laut tau..boleh sekodeng orang hahaha 

Antara trail yang ada, tak rough kan?

Paya bakau, air surut time ni, so boleh nampak secara jelas akar-akar yang sangat-sangat tough! 

p/s the awesomeness of nature, always GIVE! ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...