Showing posts with label interest. Show all posts
Showing posts with label interest. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Perjalanan :: Pulau Gunsungan :: Mistik

Assalammualaikum

Apa khabar hati anda? Sihat? In Shaa Allah semoga dikuatkan hati, disihatkan selalu hati kita ya...

Oh yah besok Hari Raya Aidiladha.. Selamat berpuasa hari ini..semoga berjaya menempuhi rintangan sehingga Maghrib nanti.. Kota Kinabalu Maghrib adalah pada jam 6.03 petang..hehehe kalau kat semenanjung tak sure, maybe jam 7 kotttt hehehehe... Rasa nak makan Fish & Chip lah hari ni...lalalala

Dah baru jam 12 tengahari dah fikir apa nak makan petang nanti..adoi minachi..minachi...

Masih lagi ada kisah tentang IPS (Island Photo Safari) hari tu...dah pun kata buat lawatan sambil belajar 5 Pulau..so dalam minggu-minggu ni saya cerita pulau sajalah ya.... I really enjoyed it! Seriously... rasa nak join lagi dalam masa terdekat..namun..namun mana mungkin ye tak? Hehehe kena ada kesabaran kalau nak join sekali lagi...kesabaran untuk menabung hahahaha (la ni, tengah menabung untuk Bromo In Shaa Allah..)

So lets talk story pasal IPS actually hari pertama saya ke Pulau Gunsungan..Pulau mistik... hahaha bukan sebab apa..sebab Pulau tu sangat kecik, sebesar padang bola sahaja..ada beberapa rumah yang dibina daripada kayu kecil dan rumbia namun atas landasan apa saya katakan pulau ni, pulau mistik..sebab di atas pulau ni ada sepohon kayu... saya tak sure sangat pohon apa tapi something weird pasal pokok ni.. I don’t knowlah kawan-kawan yang lain macam na, tapi for me yes I am... hehehee

The Tree; Flag ; Dog
The tree;Dog;House
 Erm cik min dah buat prediction so minta maaflah ok...

Yang lagi best di pulau ni ada seekor anjing... ok find memang mana-mana pun ada anjing ye tak? Sebab anjing tu binatang biasa yang kita sentiasa lihat... tapi..tapi... tapi... this creature sentiasa berada di pokok ni..dan will bark kalau dekat dengannya...ok.. (mistik tak?) 

Lagi... lagi... Pokok tu dililit or dipacak dengan bendera...
Ok selalunya melalui pembacaan yang saya baca, bendera itu adalah satu tanda untuk something maybe ritual?Maybe juga kan? Tapi its ok..masing-masing ada kepercayaan sendiri ye tak? Tapi that the thing yang buat saya wow hehehe 

Actually pulau ni dalam 1 jam bot ride dari Semporna... jalannya tak boleh nak bagi since saya tak ada GPS hehehe
The Island 
Berbalik dengan Pulau Gunsungan ni, sangat cantik, pasirnya cantik penduduknya pun pandai berposing walaupun ada yang demand tak nak ambil gambar selagi tak dapat duit... tapi Pak Mus kata jangan bagi duit nanti terbiasa.. don’t worry kawan-kawan sebelum balik kitorang bagi dorang token appreciation J

The moments 
Win Win Situation, Sebelum balik ke tanah besar..Menuju ke Pulau Mabul
Ada juga hihihi 

Ok till then... nanti sembang lagi..saya minta maaf kalau entri ni ada yang terasa, tapi just for fun and i just want to let you know this is island i love it!

Assalammualaikum 


Saturday, October 12, 2013

Perjalanan :: Bohey Dulang ::Pengsan

Assalammualaikum :)

Apa khabar hati anda? Sihat? In Shaa Allah sihat ok..quick entri, taip entry super cepat..Alhamdulillah idea bagai melimpah ruah dari fikiran hehehe sebelum tidur sekejap lagi....besok nak bangun awal... aktiviti biasa... running :) 

Nak share apa ni cik Min? Nak share something yang saya sangat suka..travel! adventure! awesomeness!

Hari tu, last week (so lambat nak update!) saya berkesempatan untuk ke satu tempat yang terletak di Tun Sakaran Marine Park yang dipanggil Bohey Dulang. Tempat yang sangat-sangat cantik, superb, awesome, cool dan macam-macam lagi lah... i can say it WOW place! (banyak tempat di Malaysia yang awesome ok!)

Follow IPS (Island Photo Safari) then antara salah satu place yang dijejaki untuk photography adalah Bohey Dulang. Sebelum pergi ada juga saya search kat internet macamna keadaan tempat ni... ok first of all kalau nak dapat gambar yang cantik-cantik tu kena "panjat" bukit...Bukit 600 metres (ok..harap tak pitam..lagipun ada apa dengan 600 metres kan? kata tough yang sangat-sangat...) 

At the time of kejadian, Saya dah super excited dengan experience yang saya bakal tempuh... rasa excited macam saya buat first diving di Lobster Wall, rasa excited seperti saya melihat sunset yang sangat indah dan excited seperti saya melihat awesome scenery.

Dengan baju t'shirt favourite saya + seluar favourite saya + Selipar jenama Ticket yang saya beli di Semporna bermulalah perjalanan.
See my appearance... jangan ikut!

Please people out there, kalau nak daki Bohey Dulang..please please pakai kasut..tracking quiet licin  and banyak batu...so be careful wear perfect pakaian ok..jangan ikut saya :) 

Ok at first 100 metres...rasa macam ..."ok..." 
200 metres rasa macam.... "ok..." ..."ok..." 
300 metres rasa macam .... "ko..." ..."ko...." hahaha so penat... I tell you rasa nak give up... hahaha but berbekalkan kejituan hati untuk sampai ke atas... go! 

Supposedly saya kuat untuk aktiviti macam ni, tapi tak tahulah kenapa at that time rasa penat yang sangat-sangat, mungkin sebab saya tak sihat sangat hari tu kotttt (alasan..tapi memang tak sihat sikit)

Banyak kali juga berhenti, rasa nak bagi ketinggian tu bertukar menjadi landai hahaha dalam hampir sejam mendaki... sampai juga! yeah!!!!! Alhamdulillah... 

Berbaloi sangat-sangat!


See memang sangat-sangat berbaloi bila sampai diatas...Subhanallah sangat-sangat cantik! Malaysia pun ada sweet escape tau! sangat-sangat awesome!

Muka orang yang excited and penat!

So till then, kalau nak datang sini anda boleh lawati Laman Web Sabah Park, ada banyak lagi blog yang borak pasal Bohey Dulang, antaranya yang ini, yang ini dan ini, lengkap dengan bagaimana nak datang sini..tapi just nak pesan, kalau nak ke sini, kena ada surat kebenaran dari Sabah Park, yang penting agent dimana anda follow untuk kesini akan membantu anda..don't worry :)

Salam Sabtu :) 

Sunday, October 6, 2013

Perjalanan :: Ilmu :: Refleksi

Assalammualaikum :)

Apa khabar hati anda? sihat? maaflah dah terlalu lama tak update...so now i have an idea to write and mood hehehe

Just nak share yang saya, kawan anda yang terlalu adventurous dan active ni baru sahaja kembali dari jelajah pulau-pulau di semporna, (Pulau Gunsungan, Pulau Mabul, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya dan Bohey Dulang) dah putih sedikit berbanding ke Mabul bulan June yang lepas tetapi balik ni dah menjadi hitam...tapi its ok i loike :)  Walaupun kawan ada yang kata...

Sayanglah ko sudah putih tak kan mo kasi hitam lagi itu muka?
Tapi its ok, bukannya tak boleh putih semula kan? Berbanding dengan kehitaman wajah, saya lagi reserve untuk ilmu yang saya bakal ada...

Event yang known as IPS (Island Photo Safari) ni start 27 sept till 29hb... Alhamdulillah banyak sangat benda yang saya dapat, ilmu, kawan dan refleksi diri. Actually at first saya memang dah beli ticket awal untuk ke Mabul for diving tetapi ajakan kawan...wah tak kan nak lepaskan peluangkan? 

Nasib baik family faham apa yang saya suka, walaupun mama bising-bising, kakak geleng kepala, dinasihatkan macam-macam (biasalah anak bongsu, sumandak mama yang masih bujang mestilah kena perhatikan lebih sikit hehehe) tapi tetap redha dengan apa yang saya nak... dan kesukaan saya... Alhamdulillah... just jaga diri dan behave itu yang selalu dinasihati sebelum saya kemana-mana. selalunya... 

Actually event ni hampir-hampir tak dapat pergi sebenarnya disebabkan kekangan masa dan kerja...last minit memang nak sms Pak Mus yang saya tak dapat join, tapi alhmadulillah dapat juga follow akhirnya. Kalau tak dapat follow memang saya rasa sangat rugi..berjumpa dengan rakan-rakan baru, belajar ilmu baru dan macam-macam lagi.

Namun ada juga member yang berkata dengan saya sesungguhnya iannya merugikan kalau on purposely just untuk photo trip saja sebab ya lah bukannya boleh buat apa-apa, dah lah tak selesa dan macam-macam lagi, 

tetapi seriously jika dibandingkan bercuti di bandar-bandar besar saya lebih selesa duduk lama-lama ditempat-tempat yang macam ni, tak sesak fikiran hehehe

Tapi kalau nak suruh saya duduk pulau lama-lama pun tak juga boleh hehehe tapi this place yang I should go kalau hendak bercuti.I prefer to stay here. 

Mesti korang pelik sedikit dengan saya ni kan? to much fancy dengan island... oh seriously i really love Island, bukan sahaja i love to embrace nature, do something like traveling, hiking, see people.

Why saya suka ketempat-tempat macam ni? sebab its give me solitude and reflection, contohnya saya ke Pulau Mabul (sebab dalam tahun ni saja saya dah ke sana 4 kali... ) adakah disebabkan saya just seronok-seronok ke sana? erm ok lah untuk bercuti, diving dan in mean time untuk belajar sesuatu dari orang disana SYUKUR.
Sebab bagi saya, kita harus melihat mereka yang lebih susah dari kita supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada... mereka sangat susah tinggal dirumah yang besarnya hanya sebesar bilik kita namun masih mampu tersenyum..ya memang hidup mereka sebegitu tetapi apa yang membuatkan mereka senyum dengan hidup sebegitu? Sebab syukur... 

Kalaulah boleh saya nak show dengan mereka-mereka yang berada disekeliling saya, betapa mereka harus lebih bersyukur dengan hidup mereka, learn dari budak-budak pelauh yang masih lagi kecil namun sudah terlatih dengan kehidupan yang “keras” 

Ada masanya seriously saya menangis tengok mereka... diberikan sebiji gula-gula sudah buat mereka ketawa dan gembira..subhanallah betapa sucinya hati mereka. 

tetapi ada sesetengah yang tidak faham, tetapi just luahkan perasaan mereka yang orang-orang sebegini adalah "jahat", menghabiskan duit , menyusahkan, kotor, dan macam-macam lagi,

pleaselah..mereka pun ada hati dan perasaan, tidak mungkin mereka ingin menjadi begitu tetapi mereka tetap pasrah dengan hidup. why should kita prejudice dengan mereka yang kita tidak kenal sangat? sometime saya rasa kita terlalu mudah menjatuhkan hukuman dengan people yang sebegini. 


Trylah berkunjung kesini, keselamatan? Mana-mana pun kita berada memang kita sentiasa tidak selamat kecuali atas kehendak Allah... bumi ini milik Allah..hidup dan mati kita atas kuasa Allah...

p/s seronok berjumpa dengan photographer yang hebat-hebat..dan saya berharap melalui photo yang saya share dengan anda, anda faham dan memahami maksud saya :)

till then Assalammualaikum berusaha untuk Pontianak dan Bromo In Shaa Allah...tujuannya untuk sharing dan belajar :)



Friday, May 3, 2013

Ini Kali lah Vs Lain Kali lah!


Assalammualaikum ;)

Fever pilihan raya..sama ada Ini kali lah or Lain Kali lah..

Which one yang kena choose..ada yang berkata dengan saya..ok actually mereka berkempen dengan saya yang saya kena pilih PR jangan pilih BN, dengan alasan-alasan yang munasabah yang saya rasa memang masuk akal..dan juga ditambah dengan racun untuk menindas yang lain. Biasalah tu...kutuk orang lain termasuk dalam tatacara berkempen!

Ada juga yang datang dengan saya jangan pilih PR pilih BN, kenapa? sebab macam-macam…ada yang kata kita terhutang budi dengan BN sebab memberi BRIM dengan masyarakat…Ok BRIM tu actually duit rakyat yang diberikan kepada masyarakat..duit RAKYAT yang diberikan semula kepada RAKYAT tetapi dengan cara, situasi berbeza!

Saya, kalau lah kamu Tanya dengan saya, siapa yang patut diundi? Adakah PR atau BN? Erm saya belum memutuskan apa yang patut saya undi samada BN or PR, sebab saya tidak tahu mana satu yang hendak dipilih. masing-masing ada agenda sendiri, yang penting kalaulah mereka menang, kaum kerabat dahulu dikayakan..masyarakat? belakang kira! tidak kira samada BN or PR. 

BN terlalu lama memerintah Malaysia, setengah abad dah…apa yang diberikan oleh mereka? Terlalu banyak…namun sejak menjak ini, golongan belia tampil dengan ideology yang lebih menarik dan  ini mengakibatkan BN menjadi lemah dimata masyarakat.

PR? Tarikan utamanya DSAI, Menjadi pilihan pada masa ini, dengan manifesto yang menjanjikan yang terbaik untuk masyarakat. Namun adakah mereka akan mampu memberikan apa yang dijanjikan? Atau sekadar tarikan semasa pilihan raya. 

Bagi BN ada janji yang sudah ditepati, Cuma mana ada manusia yang perfect kan? Mestilah ada lompang sana-sini. So new voters melihat BN mesti diketepikan. Berikan kepimpinan dengan new government. 

Tapi yang menjadi masalah ada yang beranggapan mengganti new government adalah satu acara try and test, kalaulah tak elok, nanti 5 tahun ganti lagi…fikir senang? 5 tahun…adalah masa yang terlalu lama. So risiko, namun kalau tidak diganti kerajaan, bagaimana untuk melihat apa yang mampu dilakukan oleh PR?

Saya tersenyum melihat cara calon berkempen, BN gah dengan media massa menjadi medium utama mereka, tapi PR begitu hebat dalam media social. Tapi saya merasakan BN tidak adil dalam berkempen, dengan alasan mereka adalah Government, so mereka mudah untuk mempergunakan keseluruhan Media Massa. Erm… fair and square lah…

Memang ada alasan dan dakyah yang diberikan oleh setiap parti untuk mengangkat setinggi-tingginya calon mereka, ada yang baik dan ada yang buruk..so mana satu yang hendak dipilih? Sebab masing-masing dengan 1001 alasan kenapa perlu pilih mereka…rakyat menjadi semakin bingung..bagi mereka yang memang takjub dan fanatic dengan PARTI memang akan pilih PARTI bukannya calon, walau bagaimanapun teruk calon yang bertanding, tetapi PARTI itu adalah ikutan mereka, tetap akan dipangkah nanti…so adakah anda sebegitu?

Senang saja, bagi saya sekiranya anda bertanya dengan saya, saya lebih pentingkan calon daripada PARTI, walaupun mereka itu PR atau BN, tetapi mereka mempunyai identity yang baik dan layak untuk menjadi pemimpin kenapa tidak, mereka berhak mendapat tanda PANGKAH saya… tidak kisah anda adalah PR atau BN, undi saya untuk anda!

So, for me pilih CALON bukan berasaskan PARTI! 

p/s senyum sendiri bila ada masyarakat yang sibuk mengangkat parti yang disokong, namun bila ditanya mengundi dimana..Tak daftar lagi adoiiiii, kalaulah anda tidak tahu mana satu, minta diberi petunjuk, Istikharah... semoga pemimpin yang kita pilih adalah yang terbaik untuk Agama dan masyarakt! my opinion only :)

******SELAMAT MENGUNDI~ 5 MAY 2013**********

*****JANGAN BUAT UNDI ROSAK OK*************

Monday, July 2, 2012

Baru sedar...

Assalammualaikum ;)

Saya baru tersedar dari lena yang sangat panjang, sesungguhnya saya terlalu lama tidak meng'update'kan blog. Seriously ada ketikanya saya sangat-sangat risau sekiranya ada yang terlupa saya... tapi kalaulah terlupa memang salah saya... kenapa terlalu lama tak menjenguk jiran-jiran sebelah rumah ;)

Sibuk dengan kerja, kelas dan personal dan sekarang ni tengah berusaha untuk "memantapkan" diri untuk mendaki Gunung Kinabalu dan berusaha untuk License diving Insya Allah September ni... dan adakalanya saya sangat bingung bagaimana untuk menyelesaikan proses untuk mendapat Registration untuk Valuer. Rasa  macam masa terlalu cemburu dengan saya, tapi saya ni sedar juga yang masa tak jealous dengan saya tetapi memang saya tak pandai nak urus masa hu!

Jadi... saya minta maaf ok.. :)

So apa yang perlu saya buat ni? Insya Allah saya akan jenguk korang ok... nak tengok korang sihat atau tak.. 

Peace ^__*


p/s day trip yang awesome! 

Friday, September 23, 2011

Valuer... Oh i need koyok ^_*

Assalammualaikum ;)

Nak koyok ^_*, semalam sampai KK almost jam 7.00 malam, drive almost 150 kilometres to Sipitang for inspection, memang macam tu kerja seorang Valuer, bila-bila masa boleh ada inspection and outstation, kalau boss kata mesti pergi besok, MUST pergi.. sebab tu aku jarang pakai baju kurung pergi kerja..oh happy sebab aku malas nak pakai baju kurung oh la la la 

Boleh tak aku shared dengan korang kerja sebagai Valuer, its professional job tapi tak sepopular macam Doctor, Architecture, lawyer or so on but i love my job ;)

Semalam pergi tengok Oil palm, almost 200 acres fully planted with oil palm, normally client yang datang jumpa valuer dorang nak tahu market sekarang, either can up till harga yang dorang beli, atau tidak.. and bank also need us to do valuation. though job, honestly ;)

Ramai orang cakap, ala.. senang saja nak nilai property ni, you just simply put a price here and there then boleh dapat value, no dear its not simply like that, you must have evidence before you put such value.. macam lawyer mesti ada bukti juga ;) then ada calculation we have to do the analysis..then baru boleh come out with figure ;) tapi masalahnya ramai orang tak faham..adeeiii

Meh i bagi tengok apa yang aku buat semalam sampai i need koyok..
I have to value this

Tinggi tak this hill? almost 900 feet Above Mean Sea Level... jerit sekuat-kuatnya confirm orang tak dengar ^_^

Actually the land divide onto two halves, this sungai is the centre, nak pergi sebelah kena redah this stream.. semalam hujan so air ada deras sikit...

Naik benda alah ni, just panggil tractor, I duduk sebelah kanan..felt macam petani moden jap hehehe

Then me ride this tractor.. across the river ^__* really interesting kan? 

p/s tapi satu benda nak kongsi, kepada sesiapa yang belum bekerja dan masih belajar, tidak kisah apa yang kita kerja in future, just love you job, macam mana susah kena happy dengan apa yang kita buat..barulah ada ump!!! like he say to me ^__*







Thursday, March 10, 2011

Beli rumah atas Skim Rumah Pertama Ku

Assalammua'alaikum

Tiada duit untuk membeli rumah? Ha! alasan ni dah tak boleh guna dah sekarang kerana ~Zero down payment~ 100% loan~ sound  interesting kan? Interesting sangat interesting ^^ Ye lah selama ini kalau korang tau, setiap kali nak beli rumah at least 10% as down payment dan 90% loan dari bank... sound payah kan?

Atas sebab itu Gov telah lancarkan Skim Rumah pertamaku dalam Budget 2011 untuk membantu golongan muda seperti kita untuk membeli rumah dalam lingkungan harga RM220K kebawah tanpa deposit ^^ ... Actually 10% deposit dijamin oleh Gov melalui oleh Cagamas Sdn Bhd... nak tahu apa peranan Cagamas Sdn Bhd click kat sini ^^
Thanks to Google ^^

Tapi... bear in mind kawan2.. Skim ini hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai gaji di bawah RM3,000... bekerja di dalam sektor swasta, dan apa yang lebih mengembirakan korang juga boleh join apply dengan pasangan masing2 

Rasanya cara ini memang baik untuk golongan muda ~saya~ berfikir untuk membeli rumah sendiri kan? Utilized the scheme first before getting married hehehe...dengar2 banyak bank2 utama seperti MBB, CIMB, RHB, PUBLIC BANK dan etc dah turut serta dlm skim ini untuk membantu golongan muda untuk membeli rumah pertama mereka...

So, sesape yang berminat sila kunjungi Bank2 berdekatan anda ok, dah ada cara mudah untuk membeli rumah, kenapa kita tidak gunakannya?


p/s terfikir untuk membeli ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...