Assalammualaikum ;)
Fever pilihan raya..sama ada Ini kali lah or Lain
Kali lah..
Which one yang kena choose..ada yang berkata dengan saya..ok actually mereka
berkempen dengan saya yang saya kena pilih PR jangan pilih BN, dengan
alasan-alasan yang munasabah yang saya rasa memang masuk akal..dan juga
ditambah dengan racun untuk menindas yang lain. Biasalah tu...kutuk orang lain termasuk dalam tatacara berkempen!
Saya, kalau lah kamu Tanya dengan saya, siapa yang patut
diundi? Adakah PR atau BN? Erm saya belum memutuskan apa yang patut saya undi
samada BN or PR, sebab saya tidak tahu mana satu yang hendak dipilih. masing-masing ada agenda sendiri, yang penting kalaulah mereka menang, kaum kerabat dahulu dikayakan..masyarakat? belakang kira! tidak kira samada BN or PR.
BN terlalu lama memerintah Malaysia ,
setengah abad dah…apa yang diberikan oleh mereka? Terlalu banyak…namun sejak
menjak ini, golongan belia tampil dengan ideology yang lebih menarik dan ini mengakibatkan BN menjadi lemah dimata masyarakat.
PR? Tarikan utamanya DSAI, Menjadi pilihan pada masa ini,
dengan manifesto yang menjanjikan yang terbaik untuk masyarakat. Namun adakah
mereka akan mampu memberikan apa yang dijanjikan? Atau sekadar tarikan semasa
pilihan raya.
Bagi BN ada janji yang sudah ditepati, Cuma mana ada manusia yang
perfect kan ? Mestilah ada lompang
sana-sini. So new voters melihat BN mesti diketepikan. Berikan kepimpinan
dengan new government.
Tapi yang menjadi masalah ada yang beranggapan mengganti
new government adalah satu acara try and test, kalaulah tak elok, nanti 5 tahun
ganti lagi…fikir senang? 5 tahun…adalah masa yang terlalu lama. So risiko,
namun kalau tidak diganti kerajaan, bagaimana untuk melihat apa yang mampu
dilakukan oleh PR?
Saya tersenyum
melihat cara calon berkempen, BN gah dengan media massa
menjadi medium utama mereka, tapi PR begitu hebat dalam media social. Tapi saya
merasakan BN tidak adil dalam berkempen, dengan alasan mereka adalah
Government, so mereka mudah untuk mempergunakan keseluruhan Media Massa. Erm… fair
and square lah…
Memang ada alasan dan dakyah yang diberikan oleh setiap
parti untuk mengangkat setinggi-tingginya calon mereka, ada yang baik dan ada
yang buruk..so mana satu yang hendak dipilih? Sebab masing-masing dengan 1001
alasan kenapa perlu pilih mereka…rakyat menjadi semakin bingung..bagi mereka
yang memang takjub dan fanatic dengan PARTI memang akan pilih PARTI bukannya
calon, walau bagaimanapun teruk calon yang bertanding, tetapi PARTI itu adalah
ikutan mereka, tetap akan dipangkah nanti…so adakah anda sebegitu?
Senang saja, bagi saya sekiranya anda bertanya dengan saya,
saya lebih pentingkan calon daripada PARTI, walaupun mereka itu PR atau BN,
tetapi mereka mempunyai identity yang baik dan layak untuk menjadi pemimpin
kenapa tidak, mereka berhak mendapat tanda PANGKAH saya… tidak kisah anda
adalah PR atau BN, undi saya untuk anda!
So, for me pilih CALON bukan berasaskan PARTI!
p/s senyum sendiri bila ada masyarakat yang sibuk mengangkat parti yang disokong, namun bila ditanya mengundi dimana..Tak daftar lagi adoiiiii, kalaulah anda tidak tahu mana satu, minta diberi petunjuk, Istikharah... semoga pemimpin yang kita pilih adalah yang terbaik untuk Agama dan masyarakt! my opinion only :)
******SELAMAT MENGUNDI~ 5 MAY 2013**********
*****JANGAN BUAT UNDI ROSAK OK*************
No comments:
Post a Comment