Assalammualaikum ;)
Tika ni saya sangat mengantuk, sangat-sangat..tapi untuk
pejam mata untuk seketika..tidak boleh..prohibited!
Hari ini saya hendak kongsi sesutau yang saya rasa
sangat-sangat penting, mungkin ianyanya agak sensitive sedikit bagi sesetengah
orang, tapi bagi saya ianyanya sangat penting. Ada
member saya yang berkata mungkin menasihati saya
“jangan buat macam ni, nanti orang akan takut dengan kamu,
kalau bukan takut mungkin akan hormat dengan kamu dan buat mereka akan takut
mendekati kamu…”
Masya Allah sahabat, saya lagi takut untuk lakukan sesuatu
yang mungkin akan merosakkkan masa hadapan saya, masa hadapan di akhirat sana
maksud saya.
Saya belum berkahwin, dan tika ini saya masih memperbaiki
diri supaya ada Adam yang akan mencari saya, bukannya Adam yang perfect namun
sekurang-kurangnya yang mampu membimbing saya sebagai isteri yang muslimah.
Sahabat kata dengan saya
“jangan mencari lelaki yang baik sekiranya kamu tidak
sehebat siti khadijah”
betul apa yang dikatakan namun tiada salahnya kita cuba
untuk menjadi sebaik Siti Khadijah walaupun sekadar 1 % sahaja!
Perkahwinan bukan sekadar suka-suka atau keseronokan
semata-mata namun tugas kita adalah untuk beribadat, menunaikan sebahagian
hidup beragama kita, supaya kita lebih dekat dengan Allah bukan lebih jauh..itu
erti perkahwinan bagi saya..Jodoh yang Allah bagi, anugerah anak-anak, kita
yang harus menjaga dan mendidik mereka, sekiranya kita pun masih
terumbang-ambing bagaimana?
Saya melihat mereka-mereka yang berada disekitar…saya
belajar dari mereka melihat bagaimana mereka membesarkan anak-anak mereka.
Kadang-kadang saya rasa sedih dan ada juga yang saya rasa Masya Allah
sangat-sangat hebat tindakan mereka, hebat dari segi pelajaran dunia, akhirat
dan akhlak.
Terlalu besarkah impian saya untuk membesarkan anak-anak
saya dengan ilmu agama yang baik, alangkah hebatnya seorang ibu sekiranya dia
mampu mendidik anak-anaknya beribadah, membaca Al-Quran dan mendidik ilmu asas
Fardhu Ain!
“Ya Allah, ampuni dosa kami dan dosa kedua-dua orang tua
kami. Sayangilah ibu-bapa kami sepertimana mereka menyayangi kami dari kecil
lagi”
Kita harapkan doa anak-anak kita untuk kebahagiaan kita,
lakukan sesuatu, anak adalah anugerah Allah… gunakan ianya sebaik mungkin…
muhasabah diri, ianya bermula dari kita…
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan
selalu bersama-sama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku
didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingatiKu di
khayalak ramai, Aku mengingatinya di tengah khayalak yang lebih ramai lagi
(para malaikat dan seluruh mahluk)..”
p/s Bukan budget bagus, tetapi kita sama-sama muhasabah diri yer sahabat ^^
No comments:
Post a Comment