Assalamualaikum :)
Berbeza untuk saling melengkapi. Yang itu adalah benda yang
paling penting dalam relationship. Berbeza bukannya untuk saling
bermusuhan..tetapi untuk melengkapi, contohnya lelaki dan perempuan, lembut dan
keras, baik dan jahat dan macam-macam lagi.
Perbezaan bukanlah masalah utama dalam kehidupan, jika ada
perbezaan, disitulah pentingnya wujud sifat toleransi dan memahami, sekiranya
diturutkan perbezaan pasti wujud permusuhan. “noted”
Bukannya payah untuk memahami dalam perbezaan, just buka
hati dan buka jiwa, Insya Allah akan difahami…malangnya kita susah sangat nak
buka hati untuk memahami.
“saya akan memahami dan tidak akan menolak perbezaan yang
ada diantara kita”
seronok untuk mendengar apabila dia tidak akan menolak diri
hanya soal perbezaan
“bersyukur kerana dipertemukan seseorang seperti kamu..”
Namun, bila dipertengahan , wujudnya masalah akibat
perbezaan itu…
“saya tidak suka kamu bercampur dengan kawan-kawan kamu itu”
“saya tidak suka kamu terlibat dengan aktiviti itu…”
“saya tidak suka kamu terlalu bebas..”
Sedih apabila perbezaan itu dipersoalkan semula… Insya Allah
bebas tidak bermaksud saya terbabas, bebas masih lagi dilandasan yang betul,
bebas masih lagi bertunjangkan akidah, hukum syarak dan bebas masih lagi mesti mendapat
restu dan keizinan keluarga…
Kamu, apabila perbezaan itu buatkan kita bermusuhan dan
bertekak, apa tujuan dalam perhubungan, Insya Allah selagi saya bergelar
seorang muslimah saya berusaha untuk “lurus” kepercayaan sangat-sangat penting…
p/s sedih sangat apabila mereka-mereka tidak percaya dengan “kebebasan”
saya… Saya bebas tapi tidak terbabas… Insya Allah… Untuk berubah semata-mata
seseorang yang masih lagi buta dalam soal “perbezaan” adalah payah… Saya
belajar sesuatu dari masalah perbezaan, perbezaannya, saya sangat degil, tapi saya bertoleransi, saya aktif tapi tidak terbabas, saya keras hati tapi saya mempercayai...perbezaan itu adalah pelengkap bagi seseorang, tapi dengan syarat percaya bahawa ianya pelengkap dalam hidup anda...
No comments:
Post a Comment