Showing posts with label Valuer. Show all posts
Showing posts with label Valuer. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Cita-Cita 2 Tahun

Assalamualaikum 

Its been a while tidak update blog. Busy dengan kerja, personal matter dan tiada idea untuk menulis hehehehe 

Attend seminar berturut-turut minggu lepas bermula 9 August - 11 August, kelolaan Maybank untuk introduce product perbankan dan juga 2 hari congress anjuran RISM (Royal Institute Surveyor Malaysia) Sabah Branch, masa ni saya bertugas under Team Registration. Sebenarnya ok juga bertugas dalam acara-acara macam ni, dapat mingle around dengan people dalam bidang yang sama. Itu cerita pasal seminar... then yang ini cerita pasal my next 2 years punya projek. 

Sejak selesai degree dahulu , saya memang nak further study lagi, nak ambil Master pula. Bekerja dalam tempoh 2 tahun then further..yang itu adalah apa yang saya plan (budak lagi...fikir macam tulah). Pernah sekali saya memohon Master di Uitm, Shah Alam..dapat dalam Property investment tapi disebabkan kekangan dari segi pekerjaan dan juga ragu-ragu untuk berpindah ke Shah Alam untuk berkerja dan belajar..saya say hold on dulu and terlepas begitu sahaja. Tapi I was like..tiada rezeki..In Shaa Allah next time saya cuba lagi. Then few years later almost 5 years ... saya mencuba lagi, kali ini saya ambil apa yang ada di Sabah sahaja...sama ada Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau Uitm. Saya memohon MBA di UMS, alhamdulillah dapat dan this coming September registration day. 

Kawan saya tanya dengan saya, kenapa ambik MBA? kenapa tidak ambil bidang sama dengan apa yang saya ambil first degree dahulu. 

Hmmm saya nak ambik untuk polish anything dalam business, saya terfikir masa ini saya dalam proses untuk complete Registration Valuer saya .. In Shaa Allah dalam tempoh 2 tahun saya akan struggle untuk complete. Actually dah lama saya dalam profisien ni tapi baru sahaja complete Registration untuk Probationary Valuer. 

Once saya dah jadi Registered Valuer, In Shaa Allah saya fikir bidang saya bukan sahaja dalam Penilaian semata-mata namun penglibatan secara langsung dalam marketing, business dan "market" diri untuk orang bagi business dalam company... (fikir macam tu lah.., mana tahu jadi Director...tak juga terkial-kial nanti..hehehehe Aminnn)

In Shaa Allah walaupun lambat...saya akan selesaikan sebab itu adalah cita-cita saya once saya mengabdikan diri dalam bidang ini. Sama juga dengan Master saya, itu juga adalah cita-cita saya... hold Master selepas First Degree. Hope Allah permudahkan. Tempoh dua tahun maybe saya akan menjadi messy ...tapi saya akan lakukan yang termampu...   In Shaa Allah  

p/s doakan semua yang baik-baik sahaja 

Monday, October 21, 2013

Rehat : Stop : 2014

Assalamualaikum

Quick entri dari tuan rumah, baru balik kerja dan beriadah... Alhamdulillah KK hujan time ni, nasib baik sempat sampai rumah sebelum hujan turun hehehe 

Being busy for the whole week and maybe next week, done some case for Auction yang memerlukan perhatian yang lebih, my baby kali ni kena jaga lebih sikit hihihi..so have to do some research and do a lot of adjustment... 

Maybe tak boleh nak update and nak catch up dengan you all... In Shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita ya!

BTW dah update untuk event tahun depan, In Shaa Allah ke tanah seberang kita, kalau ada rezeki lebih, diberikan kesihatan dan kelapangan...In Shaa Allah 

Rest sekejap :)

Till then, saya kena hibernate for minachilove, see you all with another entry In Shaa Allah as soon as possible since kegilaan saya untuk menulis hahaha. Jaga hati, dan be a good person...In Shaa Allah yang terbaik untuk kita...

Assalammualaikum

Monday, July 2, 2012

Baru sedar...

Assalammualaikum ;)

Saya baru tersedar dari lena yang sangat panjang, sesungguhnya saya terlalu lama tidak meng'update'kan blog. Seriously ada ketikanya saya sangat-sangat risau sekiranya ada yang terlupa saya... tapi kalaulah terlupa memang salah saya... kenapa terlalu lama tak menjenguk jiran-jiran sebelah rumah ;)

Sibuk dengan kerja, kelas dan personal dan sekarang ni tengah berusaha untuk "memantapkan" diri untuk mendaki Gunung Kinabalu dan berusaha untuk License diving Insya Allah September ni... dan adakalanya saya sangat bingung bagaimana untuk menyelesaikan proses untuk mendapat Registration untuk Valuer. Rasa  macam masa terlalu cemburu dengan saya, tapi saya ni sedar juga yang masa tak jealous dengan saya tetapi memang saya tak pandai nak urus masa hu!

Jadi... saya minta maaf ok.. :)

So apa yang perlu saya buat ni? Insya Allah saya akan jenguk korang ok... nak tengok korang sihat atau tak.. 

Peace ^__*


p/s day trip yang awesome! 

Friday, April 13, 2012

Tewas di Trig* Dua Ringgit

Assalammualaikum ;)

I just coming back from outstation yesterday, long shot of inspection and of course a long journey. Locality in Kudat, kira-kira 170km dari Kota Kinabalu By road, jalan sekarang ni erm…quiet bad since the road has been upgraded by the JKR now. Lebih-lebih lagi hujan selalu, memang umph!!! Lar ;)

The location

Of course outstation semalam tu sebab client ask to do a valuation for purpose Securing Banking Facilities, so in procedure, valuer kena pergi tengoklah tanah tu, jauh atau tak jauh memang kena buat inspection juga, lumrah pekerjaan :) best but tough, seriously... 

Saya nak share dalam best-best buat inspection tanah ni, ada masanya saya irritate juga dengan some client, lebih-lebih lagi...bila jadi macam kes begini:

(situasi) client datang office last week dia mention to me (dengan nada suara yang sungguh-sungguh)

“Rose, don’t worry the land got road, 4 X 4 can access ma… “

Ok, tanah ada jalan, so no need to jalan kaki… kerja senang hehehe, seronok!!!!

Hari kejadian (semalam)

“Rose, kita kena jalan kaki ni almost 1.5km to the land”
Ha! Biar betul!!! Kamu tipu saya!!!

 Tengok dorang ni relax saja berjalan, ditengah cuaca yang cerah, salute la... 


Ok relax hati, tak jauh tu, saya pernah jalan kaki lebih dari itu..3 Km and more!

Tapi Trig 2 ringgit jadi saksi aku lemas, tewas dengan Trig tu, boleh-boleh saya pitam rasa nak pengsan di pertengahan jalan..seriously kalau saya betul-betul tewas saya memang collapse, first time in history of Valuation experience saya tewas, tidak sampai subject land!

Saya tewas :(, time ni saya memang dah pitam sangat...tinggal nak baring saja kalau betul-betul tidak tahan... aiyo...memalukan sungguh!

Kawasan Trig 2 Ringgit ..tapi tidak sampai lagi..nasib baiklah ada member yang hebat!  dia sampai puler... 


p/s *selalunya Trig tu puncak atau aras yang paling tinggi di sesuatu kawasan, means Trig 2 Ringgit tu memang tinggilah..400 metres dari aras laut ;)..btw jangan tanya saya kenapa dorang bagi nama Trig 2 Ringgit, hari ini rasa sakit-sakit badan, sakit dada yang sangat-sangat, kot2 heart attack ke? 




















Saturday, January 7, 2012

Adik...hidup bukan untuk berkahwin saja..

Assalammualaikum ;)

Ok, bila aku kata “adik” aku rasa aku dah cukup matured untuk menasihati orang atau sudah cukup ilmu didada untuk bagi advice?  Tidak, aku masih dalam proses belajar dalam hidup, masih banyak benda yang harus dipelajari, tetapi dalam sesetengah bab, I still can manage to give advice, doesn’t means I know all, but for my “adik” yes I can…

Bila kita masih didalam lingkungan umur awal remaja, banyak benda yang kita celaru, betul atau tak? Ada benda yang kita rasa, ok yang ini cool, so I nak cuba..atau ada benda yang nampak “popular” so secara automatically nak try test…kadang-kadang dengan harapan wow baru cool kalau buat tu, semua orang buat kenapa aku tak nak try test? 

Aku macam tu masa di awal-awal aku keluar dari kepompong family, banyak benda yang aku try test, dari yang baik kepada pelik dan boleh sampai kepada jelik… aku cuba untuk try to be cool with friend, banyak benda yang aku buat untuk rasa perasaan happy, excited, dan macam-macam lagi… tapi Alhamdullillah aku bersyukur sangat, aku excited tapi aku masih dilandasan yang betul..aku tak tersungkur jatuh, merana dan macam-macam lagi… then bila aku dah sampai tempoh aku secara automatically realized what happen to me during that time? So messy but honestly I not regret… sebab time remaja adalah masa untuk kita explore semuanya… kata pun darah muda hehehe tapi ingat, please jangan terlalu "excited" sampai lupa diri!

Bagi mereka yang masih remaja, apa matlamat anda dalam hidup sebenarnya, nak berjaya? Nak belajar untuk masa depan atau nak duduk setempat and nak fikir nak kahwin… aku ada adik baru dalam office, still belajar practical… perbualan hari ini

Adik: “kak, kakak suka jadi valuer?”
Aku: “Yup, Insya Allah akan jadi Registered Valuer soon, why?”
Adik: “tidak bah..saya tidak suka kerja di office, better for me I like to be house wife, saya suka kemas rumah, mop and macam-macam..”

honestly, first time aku jumpa adik yang berkata macam tu, so what I try to advice?

Aku: “sis, jangan macam tu, this advice my mum yang bagi saya, so I share with you ok…
My mum say, belajar sampai kamu puas..then cari kerja, kumpul duit, apa guna sekolah tinggi tapi tidak guna (aku start sekolah memang tinggal asrama)… kalaulah kamu dah kahwin tapi in case you divorce, at least you ada kerja yang boleh support you and you child… my mum bagi advice, event my mum not educated person but she know what the best thing for her child”

Adik: “tapi kak, bosan bah duduk office, saya seronok duduk rumah”
Aku: “Apa guna kamu belajar sampai diploma kalau u just fikir macam tu? What point?”

 Struggling 

dia diam, dan aku tak pasti sama ada dia dengar atau tak, tapi pleasela adik, you still young, 20 years, lagi banyak benda yang you tak explore, ada banyak benda yang you nak kena tahu, ada banyak benda yang for me, its only happens when u young.. learn… enjoy you life, belajar untuk hidup, and macam-macam… So apa yang aku nak share, jangan buka mata kita untuk satu benda saja, 
yes..Kahwin, hidup bekeluarga itu indah dan aku wish for that too.. tapi matlamat hidup kita bukan untuk itu saja... ada banyak benda yang kita boleh explore selain dari itu... 
untuk tahun baru ni kenapa kita letak satu azam dalam diri kita, dan aku cuba untuk laksanakan,                    I struggling.. I wish to become a better "muslimah"... Insya Allah 

p/s Struggling...

Sunday, November 27, 2011

We depends to honor system...full stop!

Assalammualaikum ;)

Aku baru sahaja selesai baca satu buku… sangat-sangat ringan, tidak payah nak fikir banyak dan yang pasti direct to the point!
Abaikan "Dudul" that thing is my best friend to read ^__*
Seriously..I’m kidding by Ellen DeGeneres

Sebenarnya aku tak sangat beli buku ni, sebab aku sangat-sangat terkilan sebab aku begitu teruja nampak advertisement 20% off untuk “The stolen Life by Jaycee Dugard” actually nak sangat-sangat buku ni, tetapi hampeh betul… advertisement itu tak terlibat sama kat KK..dem..kalau tak ada kat KK kenapa tak bagi mark kat sana? Tapi its ok, aku kan budak baik so tak nak lah gaduh-gaduh, the worker just follow the rules ;) *psst aku harap my twin will give that book for my B-day at January next year!* hahaha

Berbalik dengan buku ni.. Non-Fiction types (humor), lebih kepada talk show tapi yang berbeza ianya berdasarkan pembacaan bukannya menonton dan mendengar..Erm..ok lah..berbaloi atau tak kalau nak beli? Erm..Ok… kalau korang nak pinjam boleh saja,download pun boleh nak beli erm kena fikir banyak kali… kecuali korang memang peminat setia Ellen DeGeneres... ok thats it!

Aku dah “terlanjur” membeli so, aku tak regret untuk say “adoiii kenapa aku beli buku ni?” jadi aku cuba untuk suka! So far so good, aku habiskan dalam semalaman coz ianya tak berbelit-belit..santai... tapi diatas kejayaan untuk menghabiskan buku ni dalam masa yang sangat-sangat "cepat" aku nak minta maafla bagi sesiapa yang terkena SMS busuk aku ..i like to chit chat with others lebih-lebih lagi aku nak sleep tapi keadaan tak membenarkan aku tidur ;) sayang korang ketat-ketat! 

Dalam banyak-banyak chapter dalam buku ni, ada satu bab yang aku nak highlight Chapter "honesty" ...yang ini berkenaan dengan perwatakan manusia. 
Ellen tulis kat sana “by statistic that on average people be lie four times a day!
” Wow aku tak tahu pula average lie manusia ye tak? Dan yang pasti berdasarkan sumber apa? Aku tak tahu sebab tak ada mark atau foot note kat sana
Yang lagi aku rasa excited nak baca bila Ellen highlight kat sana
“I can tell when people are lying to me when they start their sentence with " I have to be honest with you". Why do people need to clarify when they're being honest? Does that means everything else the've ever said has been a lie?"

Well aku pun selalu kata
“honestly..dengan member aku…dalam blog juga pertuturan…Tapi yang psti apabila aku gunakan perkataan "honestly" aku sebenar-benarnya inginkan penekanan diatas apa yang aku nak cakap atau apa yang aku nak terangkan...its doesn't means i keep tell lies to everyone yang aku kenal setiap hari..tapi bohonglah kalau aku ada masa aku tak cakap lie..tapi i try my best not to lie! 
Its true..terlalu honest boleh menyebabkan hurts people feeling.. aku tak suka nak bagi orang "terluka" for what i said.. but ada caranya bagaimana untuk elak semua itu... 

kalau ada manusia yang bergelar Hamba Allah cakap kat aku
"aku tak pernah cakap bohong, aku selalu jujur dalam perbuatan..."
Hah yang ini aku reject cukup-cukup... 

Then I ask for another opinion by some of my friend…sebab aku tak nak syok sendiri bila ada benda yang aku nak further explanation...
Then he tell me, depends dengan situation..or the author tak search betul-betul..aku ter”blur” seketika… why?
“he mention to me ...its hard to explain… then he give me one solution…”
“see you face at mirror..then question you self..adakah kamu pernah lies to other?
Then ask why you tell lies… for what reason and the concrete one..”
Friend correct me if I wrong ;)

Dont you think? everything in around us is based on honor system? like when you go to movie, how honest we're expected not to bring outside food..but ada juga yang bawa betul atau tak?
seperti candy yang ada di depan receptionist at the bank maybe atau kat bilik meeting tau kat customer service, they expected you to just take 0ne or two tapi ada yang "tapau" berbungkus-bungkus...
Lagi teruk, bila ada manusia yang langsung tak honest bila cashier terlebih bagi balance for your money...supposed you say it right? Sorry you bagi lebih ni...we depends on honor system right? 

"It's nice to think we can rust each other. it would be depressing to walk around every day thinking people are lying to us all the time, I prefer to believe people are good and honest and respect me enough to tell the truth. it's not easy to fined those people all the time, but they're out there (like you!). They're usually the people who don't hesitate to tell you when you look tired or anything. They might be blunts and sometimes they might hurts you feelings with their condor, but honestly? You'll appreciate it."

p/s like someone say to me..just be honest and try to said what you think, and what you want..and what the  reason... might be it will help you to settle all the thing... yup..based on honor system... 

Friday, September 23, 2011

Valuer... Oh i need koyok ^_*

Assalammualaikum ;)

Nak koyok ^_*, semalam sampai KK almost jam 7.00 malam, drive almost 150 kilometres to Sipitang for inspection, memang macam tu kerja seorang Valuer, bila-bila masa boleh ada inspection and outstation, kalau boss kata mesti pergi besok, MUST pergi.. sebab tu aku jarang pakai baju kurung pergi kerja..oh happy sebab aku malas nak pakai baju kurung oh la la la 

Boleh tak aku shared dengan korang kerja sebagai Valuer, its professional job tapi tak sepopular macam Doctor, Architecture, lawyer or so on but i love my job ;)

Semalam pergi tengok Oil palm, almost 200 acres fully planted with oil palm, normally client yang datang jumpa valuer dorang nak tahu market sekarang, either can up till harga yang dorang beli, atau tidak.. and bank also need us to do valuation. though job, honestly ;)

Ramai orang cakap, ala.. senang saja nak nilai property ni, you just simply put a price here and there then boleh dapat value, no dear its not simply like that, you must have evidence before you put such value.. macam lawyer mesti ada bukti juga ;) then ada calculation we have to do the analysis..then baru boleh come out with figure ;) tapi masalahnya ramai orang tak faham..adeeiii

Meh i bagi tengok apa yang aku buat semalam sampai i need koyok..
I have to value this

Tinggi tak this hill? almost 900 feet Above Mean Sea Level... jerit sekuat-kuatnya confirm orang tak dengar ^_^

Actually the land divide onto two halves, this sungai is the centre, nak pergi sebelah kena redah this stream.. semalam hujan so air ada deras sikit...

Naik benda alah ni, just panggil tractor, I duduk sebelah kanan..felt macam petani moden jap hehehe

Then me ride this tractor.. across the river ^__* really interesting kan? 

p/s tapi satu benda nak kongsi, kepada sesiapa yang belum bekerja dan masih belajar, tidak kisah apa yang kita kerja in future, just love you job, macam mana susah kena happy dengan apa yang kita buat..barulah ada ump!!! like he say to me ^__*







Saturday, September 10, 2011

Rezeki...bersyukur yang sangat-sangat

Assalammualaikum :)

First sekali, Alhamdullilah dan bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah berikan, Alhamdullillah... 

Thanks Google 
Ada tanggungjawap dan amanah baru dalam jadual aku ni... sebagai part time lecturer. Tanggungjawap sangat besar sebesar-besarnya untuk membimbing mereka-mereka yang ingin menjadi "manusia"

Lepas ni, no hanky panky, ada masa yang terpaksa dikorbankan.. for weekdays as Valuer, weekend as lecturer and me for time being still study for my registration... still banyak nak belajar.. masih jauh perjalanan... :) kepada semua aku doakan yang terbaik untuk korang, apa yang penting keikhlasan dalam tanggungjwap

p/s Wish me luck, aku tak tahu mama aku cakap apa pasal ni, mama tak akan bising tapi dia confirm risau..yer lah risau sebab aku langsung tak cerita pasal "partner" hidup... kerja kerja juga, belajar belajar juga tapi bila masa nak cari "partner?" sorry mama anakmu lembab sikit pasal benda ni hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...