Showing posts with label Pulau di sabah. Show all posts
Showing posts with label Pulau di sabah. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Perjalanan :: Bohey Dulang ::Pengsan

Assalammualaikum :)

Apa khabar hati anda? Sihat? In Shaa Allah sihat ok..quick entri, taip entry super cepat..Alhamdulillah idea bagai melimpah ruah dari fikiran hehehe sebelum tidur sekejap lagi....besok nak bangun awal... aktiviti biasa... running :) 

Nak share apa ni cik Min? Nak share something yang saya sangat suka..travel! adventure! awesomeness!

Hari tu, last week (so lambat nak update!) saya berkesempatan untuk ke satu tempat yang terletak di Tun Sakaran Marine Park yang dipanggil Bohey Dulang. Tempat yang sangat-sangat cantik, superb, awesome, cool dan macam-macam lagi lah... i can say it WOW place! (banyak tempat di Malaysia yang awesome ok!)

Follow IPS (Island Photo Safari) then antara salah satu place yang dijejaki untuk photography adalah Bohey Dulang. Sebelum pergi ada juga saya search kat internet macamna keadaan tempat ni... ok first of all kalau nak dapat gambar yang cantik-cantik tu kena "panjat" bukit...Bukit 600 metres (ok..harap tak pitam..lagipun ada apa dengan 600 metres kan? kata tough yang sangat-sangat...) 

At the time of kejadian, Saya dah super excited dengan experience yang saya bakal tempuh... rasa excited macam saya buat first diving di Lobster Wall, rasa excited seperti saya melihat sunset yang sangat indah dan excited seperti saya melihat awesome scenery.

Dengan baju t'shirt favourite saya + seluar favourite saya + Selipar jenama Ticket yang saya beli di Semporna bermulalah perjalanan.
See my appearance... jangan ikut!

Please people out there, kalau nak daki Bohey Dulang..please please pakai kasut..tracking quiet licin  and banyak batu...so be careful wear perfect pakaian ok..jangan ikut saya :) 

Ok at first 100 metres...rasa macam ..."ok..." 
200 metres rasa macam.... "ok..." ..."ok..." 
300 metres rasa macam .... "ko..." ..."ko...." hahaha so penat... I tell you rasa nak give up... hahaha but berbekalkan kejituan hati untuk sampai ke atas... go! 

Supposedly saya kuat untuk aktiviti macam ni, tapi tak tahulah kenapa at that time rasa penat yang sangat-sangat, mungkin sebab saya tak sihat sangat hari tu kotttt (alasan..tapi memang tak sihat sikit)

Banyak kali juga berhenti, rasa nak bagi ketinggian tu bertukar menjadi landai hahaha dalam hampir sejam mendaki... sampai juga! yeah!!!!! Alhamdulillah... 

Berbaloi sangat-sangat!


See memang sangat-sangat berbaloi bila sampai diatas...Subhanallah sangat-sangat cantik! Malaysia pun ada sweet escape tau! sangat-sangat awesome!

Muka orang yang excited and penat!

So till then, kalau nak datang sini anda boleh lawati Laman Web Sabah Park, ada banyak lagi blog yang borak pasal Bohey Dulang, antaranya yang ini, yang ini dan ini, lengkap dengan bagaimana nak datang sini..tapi just nak pesan, kalau nak ke sini, kena ada surat kebenaran dari Sabah Park, yang penting agent dimana anda follow untuk kesini akan membantu anda..don't worry :)

Salam Sabtu :) 

Friday, April 26, 2013

Balik Mabul lagi...


Assalammualaikum :)

Alhamdullilah, Saya baru saja balik dari Mabul, untuk kali yang erm..tak nak lah bagi tau, nanti korang kata saya eksyen, anggaplah saya balik kampung untuk bertemu orang-orang kampung sama ada yang berada didarat atau lautan hehehe, jumpa Mak Long, Pak Andak and Mak Usu. Cool!!!

Actually plan nak balik kampung ni sejak tahun lepas lagi, dapat saja License pada September then October saya dah booking untuk fun dive Kat ScubaJeff... nah kau tak ke excited melebih-lebih tu? excited melebihi segala-galanya... tapi rancangan nak datang tu, tidak berjalan dengan lancar, ada masalah yang terjadi pada masa kejadian..hampir-hampir nak cancel tapi alhamdullillah dapat juga datang. :)

Kali ni, saya tidak keseorangan, saya bersama kawan yang lain, kawan time Uni dulu, actually kitorang plan dengan others kawan-kawan, kalau dikira almost ten people yang nak masuk Mabul tapi disebabkan kes Lahad Datu hari tu, semua cancel…tapi buat apa kita nak takutkan? Tiada pun Government bagi arahan untuk tidak memasuki Pulau, seriously keselamatan anda dikawal rapi! Insya Allah… 

Bagi sesiapa yang tengah baca this Entri, jangan takut, Insya Allah kawasan Pulau sentiasa di jaga dan juga Semporna…

Korang mesti hairan kan kenapa saya sentiasa ke Mabul, ada buah hati ke kat sana? Or ada discount rate ke sebab selalu ke sana? Or memang saya orang Mabul?

Seriously, saya pun tak tahu kenapa saya selalu berkunjung ke sini,  Sebab kenapa yer? Sebab... no words can describe it… hehehe bagi saya setiap kali saya datang ke sini, rasa macam balik rumah, feel dia lain tau kalau kita dah kenal dengan staff and terbiasa dengan environment kat sana, rasa macam ahli keluarga…

Dan yang lagi saya rasa awesome bila saya melihat kanak-kanak gypsy yang selalu lepak kat depan ScubaJeff, saya nampak perkembangan mereka, semua dah besar-besar… Ada guest yang cakap..hebat juga kamu ni, sampai boleh nampak budak-budak tu besar dah…lagi hebat kalau guest cakap kamu pekerja kat sini ke? Hahaha sampai begitu sekali.. I just a normal guest here....

Dulu saya jumpa budak ni, masih kecil lagi...sekarang dah besar...

UW, people, environment dan satu benda baru yang saya nak kill abang Jeff sebab dia dah berjaya racun saya “underwater photography” ..the new passion yang saya rasa wow!!!!! its totally cool!!!! Tengok dorang take picture UW sangat-sangat awesome… adoiii

Member saya kata mungkin hati saya dah tertinggal dengan Penyu..sebab itulah asyik cakap pasal UW saja... yes I am! 

 Lagi-lagi hari tu jumpa Baby Nemo kat Sesudu Garden, lagilah saya rasa wow, ambil gambar baby ni, sangat-sangat menguji kesabaran, nakal sangat!… nanti saya upload gambar baby Nemo ni yer (gambar cantik tu bukan saya yang capture, Abang Zam teheee)... nanti mesti korang jatuh hati bertubi-tubilah dengan baby ni! Sangat cute seriously!

p/s
*Saya bukan regular customer but can you re-brand me as you family? That much better hehehe

*Walaupun anda tak pernah datang ke sini, jangan kekok...once you datang lepak di ScubaJeff, sila buat macam rumah sendiri...Jangan segan... Insya Allah mereka akan melayan anda seperti family…nak lebih lanjut...sila layari ScubaJeffSipadan.com ok ^^

*lagi satu, ScubaJeffSipadan tengah buat kutipan untuk renovation Masjid Pulau Mabul, so anda boleh sumbangkan bantuan kepada mereka, kita panjang-panjangkan tangan kita yer...

*Next entri saya upload gambar UW, tapi yang cantik-cantik tu taken by Abang Jeff or Abang Zam, yang color biru saja tu...saya ^^






Monday, November 5, 2012

Hiking for Wild Boar at Padang Point, Gaya Island : Seriously???!


Assalammualaikum :)

Apa khabar semua? Mesti ada yang gementar dengan peperiksaan SPM atau STPM kan? Ala..relaxlah confirm korang boleh jawap Insya Allah dengan syarat korang dah habis berusaha sehabis baik! Lepas tu tawakal!

Ni nak share dengan korang semua pasal spot hiking yang terdekat sekali dengan Bandar Kota Kinabalu, tempat ni saya pun baru first time pergi, since member saya ada seorang tourist then followlah dia, erm…kasihan kan saya dah lama duduk KK pun baru tahu tempat ni..hahaha so entri ni khas untuk anda yang suka hiking or jungle tracking like me! Dan juga sesiapa yang mencari key words thing to do in Kota Kinabalu atau key words Padang Point Trail! Yang ini khas untuk anda!

Saya cukup payah untuk mencari key words Padang Point trails dalam internet, kalau ada pun tak cukup lengkap, so untuk membantu anda yang mempunyai kesusahan seperti saya, ini bantuan untuk anda (serba sedikit)

Actually Padang Point terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, di Pulau Gaya, actually Pulau Gaya adalah tempat yang selalu orang buat Scuba Diving dan terletaknya Gayana Resort, resort lima bintang tu!!!! So bagaimana hendak kesini? Bagi korang yang alone ranger atau pergi this place tanpa tourist guide, korang kena ambil bot dari Jesselton Point dan let the boatman know yang korang nak turun kat Padang Point, atau Gaya Island dan jangan lupa bila dah sampai disana let the Sabah Park staff tahu yang korang nak pergi hiking..sebab ada kes tourist yang sesat dan incase its happen dorang tahu apa yang nak dibuat, ok kawan-kawan…

At the time pergi hiking kelmarin, like I mention saya follow tourist guide, so easy for me lah..everything dorang yang urus, I just pack my own thing without worry hehehe.

Saya start the trail dari Base camp dan heading to Padang Point tak juga jauh adalah kira-kira 1.95 kilometres, jalan tak lah rough sangat, pakai selipar pun boleh, tapi tak lah direcommend sangat pakai selipar…kenalah pakai kasut hehehe

Sepanjang perjalanan apa yang yang korang kena perhatikan, pekara yang utama adalah monkey, kawan kata banyak monyet kat sini, tapi malangnya kelmarin tak ada satu pun monyet yang muncul, Cuma dengar suara sahajalah..geram! malau-malu pula monyet tu… satu yang diingatkan jangan sesekali bagi makan kat monyet tu ok..nanti dikejarnya korang, nayah! Jadi beware.

Bagi sesiapa yang suka nature, ini adalah tempat yang sesuai bagi anda, bagi mereka yang suka hiking seperti saya tempat ni best sangat-sangat, release you tension of course… ambil gambar, dengar suara burung (walaupun tak nampak) dengar bunyi riang-riang (walaupun tak nampak!) dan lagi satu saya nak bagitahu, kalau bernasib baik korang akan jumpa wild boar aka Babi Hutan! Tapi jangan sesekali korang bunuh binatang ni, sebab ianya dibawah lindungan Sabah Park, kalau teringin sangat nak tengok petang-petang sekitar jam 4, silalah mulakan aktiviti hiking anda, tapi kalaulah anda berani. Kelmarin tak nampak Babi Hutan, Cuma nampak tapak dan tempat mandi binatang liar ni hehehe tak beranilah den kalau nampak Boar ni… kalau nampak confirm cabut lari!

I really recommend for you all kalau nak trail kat padang point actually ada banyak trail lagi, tapi yang ini sangat-sangat easy messy… relax sikit nak tahu lebih lanjut sila layari Laman web ni, tourist guide ni sangat-sangat superb, layanan tahap maksima.. cuba cek, kalau dah cek bagitahu saya dapat info ni dari minachilove blog hahaha promote sikit..

Ni, antara gambar yang saya ambil kelmarin..enjoy it ok ^^

Antara picture yang saya ambil kelmarin, tapi the awesome picture butterfly tu! tak pernah nampak seriously..mating butterfly ^^

Trail ni boleh nampak laut tau..boleh sekodeng orang hahaha 

Antara trail yang ada, tak rough kan?

Paya bakau, air surut time ni, so boleh nampak secara jelas akar-akar yang sangat-sangat tough! 

p/s the awesomeness of nature, always GIVE! ^^

Wednesday, October 3, 2012

Saturday, July 7, 2012

Cuci mata, jom!

Assalammualaikum :)

Biar gambar yang "berkata-kata" hari ini ok, since sejak menjak ni entri panjang berjela-jela, so just cuci mata korang... happy weekend!  :)

Sunset di Mabul Island, Semporna 

Sunset di Kota Kinabalu

p/s tengah tunggu "kepastian" jika on untuk ke Pulau Tiga dengan blogger ni Insya Allah ^_^
...tidak sabar untuk September ini untuk ke Pulau Mabul sekali lagi.. Insya Allah... 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...