Assalammualaikum :)
Alhamdullilah, Saya baru saja balik dari Mabul, untuk kali
yang erm..tak nak lah bagi tau, nanti korang kata saya eksyen, anggaplah saya balik kampung untuk bertemu orang-orang kampung sama ada yang berada didarat atau lautan hehehe, jumpa Mak Long, Pak
Andak and Mak Usu. Cool!!!
Actually plan nak balik kampung ni sejak tahun lepas lagi, dapat saja License pada September then October saya dah booking untuk fun dive Kat ScubaJeff... nah kau tak ke excited melebih-lebih tu? excited melebihi segala-galanya... tapi rancangan nak datang tu, tidak berjalan dengan lancar, ada masalah yang terjadi pada masa kejadian..hampir-hampir nak cancel tapi alhamdullillah dapat juga datang. :)
Kali ni, saya tidak keseorangan, saya bersama kawan yang lain, kawan time Uni
dulu, actually kitorang plan dengan others kawan-kawan,
kalau dikira almost ten people yang nak masuk Mabul tapi disebabkan kes Lahad
Datu hari tu, semua cancel…tapi buat apa kita nak takutkan? Tiada pun Government
bagi arahan untuk tidak memasuki Pulau, seriously keselamatan anda dikawal
rapi! Insya Allah…
Bagi sesiapa yang tengah baca this Entri, jangan takut,
Insya Allah kawasan Pulau sentiasa di jaga dan juga Semporna…
Korang mesti hairan kan
kenapa saya sentiasa ke Mabul, ada buah hati ke kat sana ?
Or ada discount rate ke sebab selalu ke sana ?
Or memang saya orang Mabul?
Seriously, saya pun tak tahu kenapa saya selalu berkunjung ke sini, Sebab kenapa yer? Sebab... no words can describe it… hehehe bagi saya setiap kali saya datang ke sini, rasa macam balik rumah, feel dia lain tau kalau kita dah kenal dengan staff and terbiasa dengan environment kat sana, rasa macam ahli keluarga…
Dan yang lagi saya rasa awesome bila saya melihat kanak-kanak gypsy yang selalu lepak kat depan ScubaJeff, saya nampak perkembangan mereka, semua dah besar-besar… Ada guest yang cakap..hebat juga kamu ni, sampai boleh nampak budak-budak tu besar dah…lagi hebat kalau guest cakap kamu pekerja kat sini ke? Hahaha sampai begitu sekali.. I just a normal guest here....
Dulu saya jumpa budak ni, masih kecil lagi...sekarang dah besar...
Member saya kata mungkin hati saya dah tertinggal dengan Penyu..sebab itulah asyik cakap pasal UW saja... yes I am!
Lagi-lagi hari tu jumpa Baby Nemo kat Sesudu Garden, lagilah saya rasa wow,
ambil gambar baby ni, sangat-sangat menguji kesabaran, nakal sangat!… nanti saya upload gambar baby Nemo ni yer (gambar cantik tu bukan saya yang capture, Abang Zam teheee)... nanti mesti korang jatuh hati bertubi-tubilah dengan baby ni! Sangat cute seriously!
p/s
*Saya bukan regular customer but can you re-brand me as you family? That much better hehehe
*Saya bukan regular customer but can you re-brand me as you family? That much better hehehe
*Walaupun anda tak pernah datang ke sini, jangan kekok...once you datang lepak di ScubaJeff, sila buat macam rumah sendiri...Jangan segan... Insya Allah mereka akan melayan anda seperti family…nak lebih lanjut...sila layari ScubaJeffSipadan.com ok ^^
*lagi satu, ScubaJeffSipadan tengah buat kutipan untuk renovation Masjid Pulau Mabul, so anda boleh sumbangkan bantuan kepada mereka, kita panjang-panjangkan tangan kita yer...
*Next entri saya upload gambar UW, tapi yang cantik-cantik tu taken by Abang Jeff or Abang Zam, yang color biru saja tu...saya ^^
1 comment:
hoho, next time ada plan..jgn lupakan daku. nk msuk dlm list, walaupn tak pandai berenang. nk menikmati keindahan alam kat sana :)
Post a Comment