Friday, April 5, 2013

Buat diri yang mudah lupa

Assalammualaikum 

Saya tukang dengar, malas untuk menambah percakapan mereka-mereka yang begitu excited untuk berkata-kata, biar mereka yang beranggapan yang mereka tahu segala-galanya walaupun ada benda yang saya fikir bukannya betul dan hanya ditokok tambah hehehe..jahatnya saya tapi kalau saya tambah atau cakap sesuatu, mesti dorang fikir yang saya eksyen tapi ok close case, shut my mouth biar dorang saja yang berkata-kata J

Biar dorang saja yang kata 
"...ok aku betul, korang kena dengar kata-kata saya.."

Kalau saya bisu atau pasif dalam pertuturan adakah anda beranggapan saya begitu naïf atau langsung tak tahu apa-apa?

Alaaaaa mestilah korang akan kata begitu..atau terlintas sedikit dalam sanubari..bengap ke apa?

Sorrylah ini apa yang saya pegang, berkata-kata mesti ada hadnya, sebab setiap pertuturan yang keluar dari mulut kita akan memberi kesan kepada diri kita… bak kata orang terlanjak perahu boleh diundur tapi terlanjak kata binasa badan ngam?

Ada banyak kes yang berlaku disekeliling kita bagaimana orang bergaduh hanya disebabkan kata-kata, bergaduh kalau hanya guna mulut mungkin ok tapi ada yang bergaduh sehingga sanggup putus saudara dan yang lebih hebat bunuh..hanya kerana kata-kata..hebatkan?

Apa yang susahnya untuk kita jaga pertuturan kita? Tinggalkan fikiran negative yang wujud dalam kepala otak kita
“saya kalau diam, orang akan kata bodoh…so saya mesti berkata-kata..mesti hebat untuk menjawap atau mesti jadi focus perbualan..”

tinggalkan semua ini, fikir sebelum berkata-kata..

"kata dalam hati, betulkah apa yang saya cakap ni, adakah ianya baik untuk saya? Atau adakah ianya baik untuk mereka? Atau hanya membuatkan mereka marah?"

Kalau dah fikir macam ni, tinggalkan perbualan, dengar sahaja jika buruk itu lebih banyak daripada baik kalau anda membuka mulut…atau tinggalkan saja medan pertuturan sekiranya dipenghujung nanti membawa bala kepada anda...

Saya bukannya mengajar anda untuk selfish atau langsung tidak peduli dengan keadaan, namun kita bertindak mengikut situasi supaya ianya tidak memakan diri kita sendiri ngam? 

Ingat kawan-kawan, fikir sebelum buka mulut, itu lebih baik J

Saya pun berfikir banyak kali sebelum post sesuatu, adakah ianya membawa kebaikkan kepada diri saya atau mereka yang membacanya..biar kita sama-sama menjaga, kita ingatkan diri kita yang selalu sahaja lupa, walaupun tahu erm...

Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran
Dalam pergaulan sesama insan, pekara paling utama yang perlu kita jaga ialah percakapan dan perlakuan supaya tiada kebencian daripada orang lain."

92: Buku 101 Rekreasi Hati (Telaga Biru Sdn Bhd) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...