Thursday, January 17, 2013

Kota Kinabalu Wetlands: if you like mangrove and nature "VISIT!"

Assalammualaikum :)

Ok actually benda ni just nak sharing with you all, since saya dah berkunjung kesana bulan lepas (so outdate!), so why not saya share dengan anda semua ye tak?

Sebelum kesini, ada juga saya try Google dan cari maklumat akan this place, however tak banyak sangat yang boleh membantu, ada maklumat tapi tak complete sangat atau bukan benda yang itu yang saya nak tahu hehehe so dengan adanya entri ni, mungkin boleh membantu anda yang mempunyai masalah seperti saya juga ^^ So enjoy the entri ok kawan-kawan

Kota Kinabalu Wetland Centre and Bird Sanctuary atau lebih dikenali sebagai Pusat Tanah Lembab Kota Kinabalu terletak di area Likas, nak bagi anda tahu lagi betul-betul bersebelahan dengan Likas Square..kalau tak tahu juga..erm..buka map Kota Kinabalu, cari Likas Square! Sekiranya anda pertama kali datang ke Sabah dan ingin melawat tempat ni, tanpa travel agent, apa yang penting…

1st, sila ambil bas ke Terminal Wawasan dengan menaiki City Bus fee Cuma 50sen, kalau menaiki taxi RM10, kalau dorang minta lebih sila report!

Secondly jika anda dah sampai Terminal wawasan, sila cari bus No. 1, atau bus ke Likas… sebelum naik Tanya dulu k, likas square? Kalau ya…sila naik and sediakan RM1.00 untuk fee

Third, selepas lalu Stadium Likas (mesti lalu) sila beware dengan signboard KKwetland ok, lagi cun simpang kiri selepas Stadium Likas, atau lagi cun-cun satu-satunya traffic light selepas Stadium Likas hah kat sanalah anda turun ok!!!! Bila dah turun sila berjalan lagi tak jauh 5 minit macam tu untuk ketempat kejadian…hah dah sampai punnnn tak jauhkan…

Ada entrance fee, RM10 untuk adult Rm5 untuk kanak-kanak, kalau nak kepastian lagi sila layari laman sesawang ni ok kawan-kawan.

Ni nak sharelah apa yang terjadi time buat aktiviti bulan lepas (so outdated!), actually datang sini dengan member, since saya tak boleh nak diving hujunug-hujung tahun ni sebab musim monsoon, so satu activity yang saya sangat suka hiking, jungle tracking, atau pun pergi kemana-mana yang adventure atau ambil gambar nature..so interesting! Kalau nak diikutkan lagi bagus kalau korang datang awal pagi, sebab cuaca tak panas sangat, nak ambil gambar pun best!

Nak pesanlah kat anda, sila sediakan spray nyamuk ok, sebab paya bakau memang sangat banyak nyamuk. Omaigad memang hari itu sangat-sangat banyak nyamuk! Tapi taka pa trill sikit ^^

Sepanjang trill paling banyak Pokok bakau lah..usah nak fikir pasal pokok pain pula, dah pun mangrove ye tak? Bangau memang banyak, mangrove skink, mudskipper, mangrove crab dan banyak lagi.

Time ni saya sangat-sangat nak jumpa Ular Bakau..tapi tak jumpa, tapi member cakap kalau jumpa ular ni kena hati-hati sikit…

Kalau dah sampai sini jangan lupa naik menara yang terletak betul-betul dipertengahan trail. Apa yang best naik menara ni, erm boleh tengok sekitar kawasan KK wetland dan boleh nampak signal hill sangat-sangat awesome!
Lagi apa lagi yang korang boleh harapkan? Yang pasti kena buka mata, buka telinga sometimes ada benda yang kecil-kecil yang bersembunyi disebalik mangrove yang sukar dilihat kecuali kalau kita betul-betul alert.. so kalau anda memang peminat setia nature..this place should be you visit!
Nursery, tempat tanam and penjagaan Mangrove

Waiting to visit this place once again, for another trail..nak naik sampan, ikut jalan air pula ^^ Insya Allah…
Trail
Oh yah sila layari KK wetland for more info and korang boleh juga layari Sunny Rainbow Tours & Travel ^^
p/s sila jaga alam sekitar kita yer..and selamat datang ke KK Wetland ^^ Gambar tak banyak..lemas nak upload hehehe Assalammualaikum :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...