Tuesday, January 15, 2013

Kerana anda begitu berharga!

Assalammualaikum :) 

Situasi: 
Semalam 8.30 malam..Sms dari Kawan...
"min..tadi saya kena raba dalam bas"
terkejut saya..sangat-sangat terkejut..sahabat adalah seorang yang bertudung dan sangat berjaga-jaga dalam etika harian
"jadi apa yang ko buat? tukar tempat duduk?"
"Tak...aku terpaksa berhimpit sepanjang perjalanan..tidak berani untuk bertindak..."
Seriously! saya tak tahu nak cakap apa..yang penting saya angin sampai kepala..bergegar kepala otak..sumpah seranah memang usah nak cakap..saya minta maaf!!!! 

Bila saya dengar ada yang kena “raba” atau lebih senang kalau kata sexual harassment dalam public terutamanya public transport saya sangat geram!

Geram dengan manusia-manusia yang langsung tidak ada perasaan hormat dengan wanita, species yang sama seperti ibu mereka, kakak, adik, wife atau anak mereka…dimana perasaan hormat mereka itu? Dibuang jauh-jauh? Sekadar untuk memusakan perasaan mereka sendiri lantas tidak peduli dengan kaum hawa ini?

Seriously people, bagaimana wanita atau gadis rasa selamat dalam kehidupan seharian mereka? Keluar dari rumah sahaja ada berapa banyak mata yang memandang mereka, memandang dengan penuh tekun atau penuh nafsu..dipandang mungkin tidak mengapa bagaimana dengan pandangan yang bercampur dengan perasaan untuk menggangu..ganggu bukan sekadar usikan tetapi ganggu ditambah dengan keganasan..rape?

Ada sesetengah manusia yang saya pun tidak tahu apa yang mereka fikirkan..dikatakan mangsa yang terkena dengan sexual harassment adalah disebabkan diri mereka sendiri, dikatakan mereka tidak pandai untuk menutup aurat atau sebagainya… bagaimana dengan mereka yang terkena walaupun mereka menutup dengan betul?

Apa sebenarnya dalam fikiran lelaki-lelaki yang sebegini? Apa tujuan hidup mereka hanya untuk keseronokkan? Gembira melihat wanita yang terpaksa mengalah dengan kelakuan mereka itu?


p/s 
Kepada wanita dan juga diri sendiri, berani kerana tubuh anda adalah berharga, maruah anda adalah lebih dari segala-galanya… 

Lovely you...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...