Thursday, September 8, 2016

Officially Pelajar

Assalamualaikum :) 


Hari Sabtu yang lepas, mendaftar sebagai pelajar di UMS, terasa macam blur sedikit disebabkan almost 8 tahun meninggalkan suasana yang memerlukan saya mengisi borang, kena buat checklist, kena update portal pelajar, kena daftar kursus, kena up to date dengan system University.

Dulu time Degree bolehlah rasa macam kena jaga sebab degree, fresh lagi dengan system online, kena keep remind dari masa ke semasa, tapi kali ini kena mesti up to date, kena alert setiap masa.

Pendaftaran hari tu, quiet ok, teratur dan systematic. Walaupun ada rakan baru yang rasa macam menyusahkan disebabkan banyak kaunter yang kena ikut, tapi bagi saya cara ini lagi baik, tidak crowded.

Nak dijadikan cerita, saya tak print checklist…dah time satu kaunter untuk check original Transkript, Sijil degree..saya kena reject..tak ke haru tu… last day pendaftaran then saya “terlupa” untuk print. Nasib baiklah jumpa rakan lama yang berkerja dengan Pascasiswazah… kena tolong …Alhamdulillah..lepas kaunter tu..gembira jangan cakap hehehehe

Lagi…lagi saya tersekat time untuk kembalikan file pelajar… terlupa lagi nak photocopy semua borang. Haru 2 kali ganda… terpaksa pergi ke Kolej Kediaman berdekatan untuk photocopy. Nasib baik. Lama juga proses pendaftaran..tapi kalau saya buat semua seperti diarahkan..lagi saya cepat.

Balik rumah…terus pengsan..penat.


Sekarang saya officially student :)  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...