Showing posts with label Struggling. Show all posts
Showing posts with label Struggling. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Mental Disorder : Running : Faizal Tahir



 Assalammualaikum



Saya rasakan saya mempunyai kecelaruan fikiran, kecelaruan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata hahaha. So adakah anda rasa curious sesungguhnya selama ini anda membaca entri manusia yang ada mental disorder?

Hahaha just kidding, just terfikir sesuatu lately, my habit apabila ada masalah I means pressure...pressure yang berpunca daripada masalah peribadi, kerja dan macam-macam lagi, lebih-lebih lagi ya saya admit yang saya ni terlalu “fragile” but the worst thing i am not the one yang suka talk about it..simpan..simpan...simpan....and makan hahaha.

So let me ask you, kalaulah anda dalam keadaan yang “sukar untuk diungkapkan” “Stress” “pressure” apa yang akan anda lakukan?

Its a normal answer bila anda jawap, saya sekiranya dalam keadaan stress akan menjadi seseorang yang kuat tidur, kuat makan, tidak kira makan nasi, makan ice cream, makan choclate atau mungkin anda pergi shopping, atau yang paling command berkurung dalam bilik, murung, menangis dan mengamuk...

Standardlah semua orang akan lakukan sedemikian, ada juga yang bila stress akan lakukan sesuatu yang diluar kebiasaan mereka..dan tidak salah saya katakan kebanyakkan kes yang melibatkan “polis” semuanya bermula dari tekanan or mental disorder disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk handle that pressure dengan sebaik-baiknya dan mengelakkan ianya keluar dari minda sedar dan dilepaskan kepada manusia disekelilingnya dalam keadaan minda separa sedar. So betapa hebatnya peranan kita untuk mengawal cara kita reduce our tekanan kan?

So actually benda ni lah yang saya excited untuk share dengan anda, tapi lepas ni janganlah anda kata saya ni betul atau tak, sebab maybe pelik sedikit bagaimana cara saya reduce my tekanan. Biasalah orang yang terlalu “lembut hati” ni selalu dalam keadaan yang erm...susah nak cakap... sebab banyak benda nak fikir...erm harga yang harus dibayar sekiranya anda terlalu sensitif dengan keadaan hahaha but its ok for me actually but sometimes its not good for me... to much make my life colorful... hahaha

So what i do if saya dalam keadaan kecelaruan fikiran...

Be different ; No problem :)
I do Looonggggg run distance! Yes I do long run distance.... distance yang kadang-kadang saya sukar untuk capai dalam minda yang sedar kerana benda ni I do semasa minda dalam keadaan separa sedar hahaha

Yes, if i have situation yang saya rasa saya tidak boleh nak handle...then i do it..10KM is normal and could be more than that! Huh!

Saya rasa its really awesome, pumping your heart and adrenaline, enjoy your self and feel the air...and the best thing bila saya do the run..love to sing..sing anything selalunya lagu from Faizal Tahir are most pick one. Kalau anda melihat seseorang yang berlari just pandang depan sila jangan peduli... she got full volume of music and sing like that song dia yang punya hahaha

Super FT
But seriously I love it!

Its good for me actually sebab ianya buat saya jadi tough tapi ada kesannya bila saya lakukannya. Yer lah kalau kita do something mesti ada effect nya ye tak? So this one effect and adalah my ankle... since I pernah terlibat dalam satu incident last year my ankle kerap kali bengkak if I do something like this... yang melibatkan tekanan yang habat.

Bengkaknya boleh tahan..almost a week nak bagi betul-betul surut, time ni lah anda akan lihat saya dengan jalan terhenjut-henjut, bau minyak dan kaki yang "comel" 

Best Friend of mine :)
Pain killer, ankle supporter, and one time i get injection just to reduce it ha! (sila jangan ikut saya, nanti anda mati)

But now i try to make it slow down...just to prevent my ankle lagi teruk...nak pakai lama...rahmat Allah bagi, tak kan saya tak nak jaga kan?

So try for another solution to overcome the stress with shooting... its help me a lot and also travel...go nature and being alone ha! But to talk...have to think!

Tetapi apa-apa sahaja cara anda untuk overcome ur tekanan just do it in positive way...jangan libatkan orang lain dalam ur stress ok. Not good hehehe

Sometimes kan if you lepaskan you stress to others, maybe ada yang jenis tak kisah...I means dorang faham anda dalam tekanan yang maha hebat then dorang just let it go. But how if people yang korang lepaskan tekanan tu jenis lembut sangat..silap-silap boleh jadi gaduh or maybe buat another tekanan for you and them. So be good to others even though you not in good mood... and i tell you saya “hebat” untuk sembunyikan apa yang saya rasa, marah saya...sakit hati saya..hanya saya yang tahu...only certain people who know me will know it! 

So try to be good...lepaskan you tekanan in good way and in good manner!

So til then...jaga diri, jaga hati,In Shaa Allah yang terbaik untuk kita semua...oh yah semalam one of my friend give me one link just for "cuci mata" and learn in photography, its a contest for master in photograpy..then I mention

I see you name there! (sebenar tak ada pun hihihihih..saja) 

but I pray to Allah soon my friend name will be listed there In Shaa Allah..please say Amin with me..thanks in advance! 

Assalamualaikum :) 


Saturday, July 27, 2013

Sebab "Kenapa mesti kamu..."

Assalammualaikum :)

Jam sudah menunjukkan 2.22 pagi...dah lewat sebenarnya untuk saya namun sejak akhir-akhir ini jam biologi terganggu seketika akibat "macam-macam" namun Insya Allah saya berusaha untuk get it on the right track again Insya Allah. 
Kegagalan itu adalah ujian...kesenangan itu juga ujian... setiap manusia akan mengalaminya...dan kadar ujian yang dihadapi adalah bergantung dengan tahap masing-masing...Sebab Allah menguji hamba-Nya berdasarkan kesanggupan dan tahap mereka...

Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kan? dalam soal ujian still melihat keupayaan hamba-hambaNya!

Tapi manusia selalu condemn God for something yang dorang tidak dapat... manusia selalu bertanya kenapa Tuhan tak kurniakan apa yang dihajati, adakah mereka tidak layak untuk dapat semua itu?

Dan ada masanya mereka merungut dan mengeluh akan sesuatu yang terjadi keatas mereka...mereka keep asking..why me? why me..Why????

Tapi sedar tak? ujian itu kalau kita lihat dari sisi yang positif adalah cara Allah hendak kita dekat dengan Nya...sentiasa ada reason why you yang diuji... 

Tapi manusia itu adalah lemah..dan ada masanya tersasar dari jalan yang diambil..namun sebab itulah kita kena yakin dan tetapkan dalam hati...

Itu bahagian aku, Allah lagi besar dari masalah itu..Allah sangat-sangat sayang dengan saya.... Yes indeed anda akan dapat sesuatu semangat yang datang untuk boost you! Insya Allah... 

Why saya berkata sebegini dan menaip entri tunjuk budget? sebab saya dalam keadaan yang "tersasar" yang harus diketuk untuk kembali ke track yang sebenar... sebagai peringatan kepada diri sendiri yang struggling dan anda yang mempunyai masalah seperti saya... 

Penat...stress...moody ya sememangnya..tapi azimat "Allah lagi besar dari masalah saya" adalah ubat hati yang paling mujarab bagi saya sekarang... 


 Noted:

Surah Al-Baqarah (2:155-156) sangat powerfull ayat...Masya Allah..sangat mengajar saya yang sangat-sangat... that why...Al-Quran adalah ubat hati yang terbaik...membaca dan memahami isi kandungannya adalah hadiah buat kita... :)


 
Further explanation :)
p/s So jangan mengeluh dan jadikan ujian itu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah dan juga untuk maju lebih further..Insya Allah :)

then anda boleh click this link juga :)




Monday, August 13, 2012

Tahu tapi tidak tahu sebenarnya...



“Sesungguhnya Solat adalah tiang agama, walaupun sebaik mana pun manusia tanpa Solat runtuhlah agamanya”


Mengikuti kelas agama semula sebab saya ingin memperbaiki diri bermula dari dalam, bukan bermaksud untuk meninggi diri, namun manusia bersifat lemah ada masanya kita mungkin terlupa dan ragu-ragu dengan amalan kita…erm bila kembali semula ke kelas, memang ada banyak lagi benda untuk dipelajari, dan sejujur-jujurnya ini adalah satu cara untuk saya muhasabah diri!

Banyak benda yang saya masih “tidak tahu”?
Sebabnya…

Last week start kelas, ianya diwujudkan sebenarnya untuk melatih dan mewujudkan Mualaf super, dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Malaysia. Sistem pembelajaran mengambil masa selama 3 tahun, diajar bermula dari Fardhu Ain, Fardu Kifayah dan Al-Quran.

Sebelum diterima, ada sedikit “interview” yang dilakukan… soalan yang buat saya terus rasa… “saya memang sangat tidak tahu”

Ustaz: Umur berapa kamu baligh?

Saya: erm 12 tahun

Ustaz: Ok, dalam sehari ada berapa kali kita solat?

Saya: Erm… 5 kali (saya tahu Ustaz tu nak test saya..)

Ustaz: Ok, so kita baca Al-Fatihah sebanyak 17 kali la kan?

Saya: ya (apa sebenarnya Ustaz ni nak kata?)

Ustaz: So kamu dah 16 tahun kewajiban solat dalam hidup kamu, setahun ada 365 hari, assume kamu tidak pernah meninggalkan solat jadi ada 5 kali bersembahyang dan 17 kali membaca Al-Fatihah… jumlah 16 X 365 X 5 X 17 = 495,400 kali kamu membaca Al-Fatihah… Boleh tak kamu bagi makna Al-Fatihah sebenarnya?

Seriously saya sangat-sangat gugup…saya cuma boleh bagi makna 3 ayat yang pertama, yang lainnya "Zero"
dan muncul dalam kepala otak saya...

adakah selama ini Solat yang dikerjakan hanya sia-sia? 
Bolehkah saya dikatakan sebagai muslimah yang baik? 

Malu dan saya betul-betul nak menangis, Solat pada perbuatan namun tidak tahu akan apa yang diperlakukan… sebab itulah saya katakan saya tidak tahu sebenarnya walaupun saya tahu… kamu macam mana?

Tepuk dada Tanya iman, kita masing-masing cari diri kita, sebelum belajar agama secara lebih mendalam, perbaiki Solat kita dahulu, Solat dulu sebab itu tiang agama kita!

P/s ada makcik yang bergelar Hajah masih tidak tahu akan makna Al-Fatihah, dimana kita? Kita kena lakukan sesuatu dalam Solat kita…sebab solat adalah tiang agama…. Percayalah kalau kita tahu makna bacaan dalam solat terutamanya Al-Fatihah Insya Allah kita lebih khusyuk… ^^

Berusaha untuk hafal setiap bacaan dalam Solat dan surah-surah pendek yang selalu dibaca..jom istiqamah Insya Allah... Sehari satu muka surat... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...