Wednesday, October 16, 2013

Sedekah Jariah : Derma Organ

Assalammualaikum :) 

"Jika seseorang meninggal dunia, semua akan meninggalkannya kecuali tiga pekara yang akan bersama-sama iaitu, Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan Doa anak-anak yang soleh"

Hari ini ada member yang up status penderma organ di muka buku... ok its sound really interesting... really awesome and proud to say I am the one of the donor. Saya terfikir untuk menulis entri ini bukan tujuan untuk memberitahu siapa saya sebenarnya atau menunjuk-nunjuk yang saya adalah penderma. Bagi saya penderma organ bukanlah sesuatu yang wow..semua orang boleh melakukannya asalkan mereka faham dan ikhlas kenapa mereka menderma. In Shaa Allah
Let me share my stories, my attention untuk menjadi penderma organ yang berdaftar. At first time saya tidak pernah terfikir untuk menjadi part of...  namun ada certain pekara yang berlaku sepanjang tahun lepas yang menyebabkan saya tiba-tiba terlintas untuk ambil keputusan... why not? Tapi tiada exactly reason yang membuatkan saya terfikir untuk itu cuma... ya its happen automatically..

So after 1 year berfikir..berfikir...berfikir..dan terfikir lantas mengambil keputusan... saya registered and now i am part of them.. In Shaa Allah 

Korang fikir saya suka-suka untuk menjadi donor? tak....ada banyak benda yang saya kaji sebelum say yes... yang paling utama dari segi hukum agama, adakah ianya berdosa, apa hukumnya, perlaksanaannya semasa melakukan pembedahan dan juga banyak lagi... tapi ada tiga benda yang saya sangat curios sebelum say yes iaitu... 

Boleh kah seorang muslim mendermakan organ? Kerana bagi kita apabila kita meninggal kesempurnaan jasad adalah yang paling utama...ketakutan untuk menderma sekiranya orang yang kita dermakan organ itu adalah tidak baik akhlaknya takut ianya memberi kesan kepada kita dan juga menderma kepada orang bukan Islam bolehkah? 

So that's it benda yang menganggu gugat perasaan saya. Untuk dapatkan penjelasan, saya banyak buat research, dan bertanya kepada mereka yang menderma dan juga hasil "perbincangan" dengan seorang doctor yang sangat awesome! Alhamdulillah... 

Harus..itu hukum dalam Islam, menyelamatkan orang lain adalah dituntut... seseorang bukan dihisab berdasarkan jasadnya sekiranya anda takut akan ketidak sempurnaan jenazah namun ianya berdasarkan amalan jasadnya..jika baik amalannya, baiklah segala-galanya dan sebaliknya...

Berlandaskan tubuh kita ini adalah pinjaman semata-mata pada suatu masa ianya akan dikembalikan semula jadi ianya tidak menjadi masalah sekiranya kita benar-benar memahaminya. 

Ada ustaz yang berkata...sekiranya anda takut akan jasad anda selepas kebangkitan semula..ianya harus anda fikir semula kerana jasad kita adalah bergantung dengan amalan kita di dunia, jika baik amalan kita,baiklah kita dibangkitkan dan sebaliknya... In Shaa Allah.. 

Sekiranya anda berasa was-was akan dosa orang yang akan menerima organ kita... itu adalah anggapan yang salah kerana apabila kita mencapai umur baligh dosa dan pahala adalah atas tanggungan kita sendiri..tidak akan berpindah kepada orang lain.So janganlah fikir bukan-bukan ok. 

Bagaimana dengan menderma untuk orang bukan Islam? Ianya tidak menjadi masalah juga. Cuma..cuma apa yang lebih afdal adalah menderma kepada orang Islam. Namun secara amnya membantu sesama manusia adalah akhlak yang terpuji kerana menolong sesama manusia adalah dituntut dalam agama. 

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat terhadap manusia yang lain" 

Adakah anda takut sekiranya semasa proses pembedahan pemindahan organ, jenazah dikasari? In Shaa Allah tidak, ini disebabkan sepanjang proses itu, setiap tatacara diambil dengan penuh tertib dan mengikut procedur. lagipun bukankah setiap kita harus menghormati jenazah. sebab jenazah juga punya hak untuk dihormati. Sama seperti apa yang diriwayatkan oleh Rasullullah... 

"Mematahkan tulang mayat ibarat mematah tulang manusia yang masih hidup"

So apa yang saya boleh simpulkan? firstly tubuh badan saya bukannya milik saya, namun milik Allah yang hanya menjadi pinjaman kepada saya untuk memudahkan saya beribadat kepadaNya..so kalau saya meninggal, maybe ada part of my organ digunakan dan menjadi satu kebahagian kepada mereka yang mendapatnya...so why not..Allah now better...kerana Allah adalah Perancang yang hebat dalam hidup saya! 

Seperti hadis yang saya sebutkan pada permulaan entri ini saya berdoa semoga organ yang bakal saya derma adalah sedekah jariah yang berterusan yang membantu saya selepas ini In Shaa Allah... Saya bukannya kaya untuk menderma namun ini adalah salah satu cara untuk membantu kehidupan saya disana... In Shaa Allah... 

Bagi mereka yang hendak menderma fikir masak-masak..saya berfikir setahun sebelum registered sebagai penderma... In Shaa Allah apa yang saya dan anda lakukan mendapat tempat di sisi Allah.. In Shaa Allah J
 
Happy what I doing now!

Till then, please sebelum anda registered fikir semasak-masaknya ok, sila layari laman web Portal Rasmi Kementerian Kesihatan untuk further. 

Dear reader, apa yang baik itu datang daripada Allah..dan apa-apa kekhilafan itu datangnya dari saya..sama-sama kita jadi orang yang baik In Shaa Allah :) 

Assalammualaikum 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...