Assalammualaikum :)
Ini adalah pertama kali saya menulis mengenai perasaan, mengenai sesuatu yang bagi saya sangat privasi, namun ini adalah apa yang saya support selama ini, mengenai perjalanan saya dalam berCINTA, dan saya share dengan anda, sebab saya sangat do care, mungkin anda dalam situasi sama seperti saya..yang "sakit" akibat ditolak oleh seseorang. Namun Allah ada perancangan sendiri bagi kita yang sedih..so let me talk tentang fitrah manusia yang satu ini...
Sesungguhnya...;
Pedihnya perasaan ditolak dan
sakitnya hanya Allah yang tahu, namun saya tahu ada sebab kenapa Allah menguji
saya sedemikian rupa.
Kadang-kala benda-benda seperti
ditolak ini terjadi kerana Allah mahu saya lebih meningkatkan diri disisi-Nya.
Ianya memaksa saya berfikir,
kenapa saya berCINTA..untuk apa? untuk siapa dan apa yang saya harapkan pengakhirannya?
Kadang-kala apabila kita terlalu
asyik dengan semua ini, kita kadang-kadang terlalai seketika untuk melihat
kembali apa tujuan kita berCINTA kerana takjub dengan perasaan yang "sempurna" itu.
Saya tahu saya bukannya yang
terbaik dan apatah lagi sempurna untuk dijadikan Isteri, namun saya berusaha
untuk itu, sejak saya kenal apa erti CINTA dan saya tahu apa pentingnya
keluarga yang baik untuk membentuk masyarakat yang baik, dan peranan seorang
isteri kepada suami dan seterusnya peranan seorang ibu kepada anak-anaknya.
Saya beranggapan memang seorang
suami bertanggungjawap untuk membawa isterinya ke Jannah, apa-apa sahaja yang
dilakukan oleh sang isteri, suami turut mendapat akibatnya..dan terlintas dalam fikiran saya sekiranya CINTA, sanggupkah saya membawa suami saya yang paling saya sayang ke Neraka? Akibat kelalaian
saya dalam perbuatan?
Memang suami adalah "imam" bagi isteri dan keluarga, mereka totally 100% bertanggungjawap untuk itu, namun sanggupkah kita hanya meletakkan seluruhnya kebahu suami semata-mata? Sayang bukan setakat disini sahaja tetapi saya anggap sayang itu sampai kesyurga Insya Allah...
Dan sanggupkah saya melihat bakal
anak-anak saya tidak mampu menjadi anak-anak yang baik yang sekurang-kurangnya
mendoakan ibu bapa mereka selepas solat? Yang menjadi harta yang tidak putus
sekiranya saya dan suami meninggal dunia?
Tanggungjawap itu sangat
berat..dan layakkah saya untuk itu semua dengan ilmu saya yang masih tidak “ada”...
Saya tahu semuanya bermula dari diri saya..apa-apa yang saya harapkan pada masa depan..ianya bergantung dengan apa saya pada masa ini...
Saya tahu semuanya bermula dari diri saya..apa-apa yang saya harapkan pada masa depan..ianya bergantung dengan apa saya pada masa ini...
Sebab inilah apabila saya ditolak..lihat
dari sisi yang positif!
Memang perasaan itu sangat sakit
dan saya tidak tahu untuk beberapa ketika saya termanggu akibat penolakkan,
namun saya ditenangkan dengan rakan yang sentiasa berada disisi dan sebuah karya yang saya rasa sangat bertepatan dengan
apa yang saya rasa sekarang, saya kongsi dengan anda apa yang saya dapat...
Bertenang |
Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf
“Jangan lupa tujuan kita atas
muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan lelaki, tujuan kita hidup
adalah mengabdikan diri diatas muka bumi. Jadi, CINTA yang sebenarnya, jika
kita benar-benar mencintai seseorang, maka apabila kita ditolak, kita doakan
kebahagiaan buatnya. Kita teruskan kehidupan dan tidak lagi menganggu kehidupannya
itu yang pasti.
Palingkan wajah kita kepada
Allah. Mungkin putus cinta, dan cinta ditolak, adalah panggilan-Nya untuk kita
lebih rapat kepada Dia. Membersihkan diri, dan menjadi hamba-Nya yang lebih
baik.
Ingat mungkin saja kamu ditolak
kerana dosa dan akhlak kamu yang masih tidak baik di sisi Allah. Ini menyebabkan
Allah tangguhkan dahulu kebaikkan untuk kita. Dia mahu mengampunkan dosa – dosa
kita, dengan menguji supaya kita bergerak kearah perubahan...
Putus cinta mahupun ditolak,
bukan pengakhiran kepada kehidupan. Lepaskan terus, apabila sudah putus, dan
ditolak, usah difikir lagi, teruskan kehidupan!
Sebab itulah saya beranggapan
apabila saya ditolak, Allah melihat itu adalah cara saya untuk menjadi lebih
baik...kerana hanya dengan cara itu saya lebih dekat dengan Allah..dan
melihatnya sebagai satu pengajaran.
Saya berfikir semula kenapa saya
berCINTA..apa tujuan utama saya..dan akibat penolakkan, Allah hendak saya
berfikir dan menambah apa yang belum lengkap dalam tujuan saya berCINTA...
Insya Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...
sahabat yang mengalami "kecelaruan" sekarang ini, mungkin kita sama sahaja...sedih, hiba dan menangis...itu tiada salahnya namun janganlah berlebih-lebih... saya doakan yang terbaik untuk kita semua, kerana Allah Maha Tahu akan apa-apa yang terjadi. Insya Allah..
Semoga kita ditetapkan hati tujuan kita berCINTA...
p/s sungguh saya tidak sebaik Siti Khadijah namun apa salahnya saya berusaha kearah itu..Insya Allah :)
Semoga kita ditetapkan hati tujuan kita berCINTA...
p/s sungguh saya tidak sebaik Siti Khadijah namun apa salahnya saya berusaha kearah itu..Insya Allah :)
No comments:
Post a Comment