Thursday, June 6, 2013

Long Distance Travel : Kota Kinabalu : Semporna : Mabul Island : Scuba Jeff (Part 1)

Assalammualaikum :)

Sangat-sangat lambat update untuk percutian time kamaatan yang lepas 30hb May til 2hb June... sorry...actually entri ini ditujukan kepada sesiapa yang “gila” macam saya yang suka benda yang baru yang teringin untuk lakukan sesuatu yang luar biasa..tak ada pun yang luar biasa Cuma jarang orang yang nak buat macamni kecuali dia benar-benar adventurous atau untuk save budget.

Sebelum saya berkunjung ke Semporna saya sememangnya plan untuk menaiki bus express ke Tawau, tujuan asal untuk ke Fat Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Gemuk...saya pun tak pasti kenapa dipanggil Bukit Gemuk, tapi yang pasti ianya dikenalpasti sebagai satu tempat yang mesti dilawati sekiranya anda ke Tawau, noted.

Namun disaat-saat akhir ada “jemputan” dari ScubaJeff untuk ke Mabul, so saya dengan rela hatinya memenuhi jemputan itu..hati girang beb... hihihihi, ya saya Island Girl..and proud to be divers hihihi

So apa yang saya boleh share?
Ok kawan-kawan sekiranya anda ke Semporna dan anda ingin sekali menaiki bus dan anda pertama kali nak cuba try and test, jom saya Bantu anda..setakat saya tulis entri ini, semua maklumat adalah tepat ok. 

Firstly anda dikehendaki mengambil bas dari Terminal Bus Utara Inanam, terletak bersebelahan dengan Inanam Business Centre dan untuk pergi ke Terminal Bus Utara ini anda ambil bus dari Wawasan Plaza (Terminal Wawasan) sila maklumkan dengan pemandu yang anda hendak turun di Terminal Bas, tambang dalam RM1.50 (check!)
Sampai di Terminal Bus Utara Inanam, anda akan disambut oleh ramai orang-orang yang bertanya
“pigi mana...pigi mana....”
just cakap Semporna confirm dorang akan tunjukkan arah..dont worry tapi be careful dengan you belonging ok...

Time tu, for the first time traveler yang guna bus untuk ke Semporna saya menaiki bus menggunakan Budget Express tambang RM40.00, perjalanan dari 7.30 pagi sampai 6.00 petang...sepuluh jam! Ok noted! ada lagi jam yang lain jam 8.30 pagi...so depends dengan anda mana satu nak pilih ok...bagi kita sebagai gadis, saya recommend anda ambil bus yang terawal sekali dengan tujuan, anda akan sampai kedestinasi anda semasa hari masih siang..just extra careful J

Ticket bus (sila jangan tertipu dengan harga atas kertas!)


Ada lagi company yang lain macam Dyana Express, Manis Linear dan ada satu lagi tapi I forgot hehehehe... So ready to go! Just letak dalam kepala anda, hanya 2 kali sahaja turun atau sekali time di Ranau atau Telupid...time ni lah korang lepaskan hajat and makan..actually ada juga toilet dalam bus tu tapi..I tak dan nak masuk hehehe.

Dalam Jam 6.00 petang jugalah saya sampai terminal bus semporna...keadaan masih terang Alhamdulillah... masih ramai orang yang berada di Terminal Bus Semporna, keadaan tak lah besar sangat macam di Inanam hanya pondok kecil dan 2 baris tempat menunggu. Ada orang yang bertanya kepada anda (taxi sapu) anda hendak kemana? 

Saya recommend anda janganlah naik, bukan apa..sekiranya anda hendak stay di Semporna just berjalan 3 block kedai begitu then anda harus menuju ke Giant ok (sebab kawasan ini adalah tumpuan pelancong, banyak budget hotel, banyak tempat makan, dekat dengan Pasar dan dekat dengan ScubaJeff Office heheheh)

..tak jauh sangat dalam 10 minit berjalan..daripada anda bayar tambang RM5? erm... sebab disana ada banyak pilihan budget hotel. sila pilih mana yang anda hendak...

Kalaulah anda malas sangat berjalan... ada satu lodge yang paling budget di Semporna saya rasa..Damai Travelers Lodge, paling murah boleh dapat RM42.20...hehehe murahkan? ianya betul-betul berhadapan dengan Milimewa Semporna... Tak jauh dari Terminal Bus dalam 5 minit begitu..so once again be careful dengan your belonging...ok :) 

So check in your self dengan which budget hotel yang you nak...dan sila pastikan Scuba Jeff Office betul-betul berhadapan dengan Restaurant Bismillah dan Giant...just ingat dimana ada Giant di Semporna disitu ada ScubaJeff hehehee

So enjoy you traveling, penat itu mesti tapi just gain you new experience like me! Lagipun ini adalah another way untuk ke Mabul Island...selain daripada menggunakan Air transport. 
Sedia membantu 

p/s if you really need help dan tak tahu mana nak tuju time berada di Semporna..i willing to help you just PM me ok...sharing what ever i know just to make sure korang happy dengan perjalanan anda sebelum ke Mabul Island@Scuba Jeff :) the place totally i call home and my Second home off course! hehehehe





3 comments:

Naz Al Yahya said...

pernah sekali jer p semporna, itupun dgn fmly. setakat singgah jak. so...kinda lupa2 camne keadaan di sana. yg teringat, ada mcm chalet tepi air tu..lawa. heee. wooaaah, tak sabar tunggu september!

rosmina samin said...

OOO yang itu Dragon Inn...Insya Allah bulan 9 saya akan jadi guide kamu hehehehe :)

Unknown said...

Hi, sy bakal menetap di Semporna sebagai seorang pelajar di Kolej Komuniti di sana.Sy sebenarnya asal dri KK.Boleh kh sis bantu guide sy utk smpai disana? Sy akn bertolak pada 2/7/2017. Btw, tq for this informative blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...