Showing posts with label Top Secret. Show all posts
Showing posts with label Top Secret. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Diam adalah lebih baik...

Assalammu'alaikum 

Banyak diam tidak bererti kita bodoh, banyak bercakap tidak bermakna kita cerdik... kecerdikan itu adalah buah fikiran, lebih baik kita diam sebagai orang yang pandai daripada bising sebagai orang bodoh.. memalukan diri sendiri sahaja... betultak? kerana diam itu adalah pintu tidak mengaibkan diri sendiri
Thanks Yahoo!


Manusia ni sentiasa berbicara, setiap hari sepanjang masa.. tanpa henti ~kecuali mereka yang istimewa~ kalau bercakap tentang kebaikkan oklah, tapi bagaimana kalau kita membicarakan benda yang tidak baik? Huh! hanya membawa mudarat kepada kita sahaja sebab orang benci dengan kita, Allah pun tidak suka


Lidah yang dikurniakan oleh Allah, haruslah digunakan secara telus, sebab itulah ada kata2 yang mengatakan DIAM adalah benteng untuk lidah manusia darpada mengucapkan kata2 yang sia2 ^^


So Mana korang nak?
a) Diam-diam ubi berisi...
b) Diam-diam tong Kosong...

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

p/s ada ketika kita tak tahu nak kata apa... betul tak? so lebih baik kita diam.. jangan bercakap tanpa tentu hala, nanti ada orang terasa atau sakit hati... percayalah diam adalah lebih baik, tidak apa orang kata kita ni budak pendiam.. yang penting kita tahu apa yang kita lakukan okies ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...