Saturday, November 16, 2013

Sahabat : Jannah : Bangga

Assalammualaikum

Its been a long time tidak update, kekangan kerja, kekangan masalah peribadi dan juga malas without any idea hahaha...but alhamdulillah... Allah still bagi idea untuk menulis... Alhamdulillah...

Mood sangat swing lately...banyak sangat pekara yang memerlukan saya berusaha untuk lupa sekejap..I do a lot... just to forget sometimes..rasanya mata sudah jadi panda sebab tidak dapat tidur yang cukup, tapi apa yang saya boleh lakukan lagi... it only a way untuk forget menjadi super busy..dan juga Alhamdulillah dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa memahami, yang tidak putus-putus untuk memberi kata-kata semangat... Alhamdulillah...

Seriously jika anda mendapat sahabat sebegini, sila jangan bagi lepas, pegang dia erat-erat... sesungguhnya sahabat adalah individu yang sentiasa bersama anda, share dengan anda untuk apa-apa sahaja,

Dan lately saya ada terpanggil untuk mendengar satu ceramah agama dari seorang ustaz, dia memperkatakan mengenai perihal sahabat... dan saya terfikir adakah saya seorang sahabat yang baik atau tidak, bolehkah pada hari judgement sahabat-sahabat saya sangat berterima kasih dengan saya kerana mengenali....

Ustaz tu kata, pada hari kebangkitan manusia akan talk to them self, kenapa saya bersahabat dengannya, kenapa... mereka berkata adalah lebih baik bagi saya dihukum dengan mati yang dasyhat berbanding bersahabat dengan sifulan... (mereka lupa siapa nama kita..)

See how sahabat itu sangat mempengaruhi kehidupan kita...sekarang dan juga pada masa kebangkitan..terfikir adakah saya seorang sahabat yang baik..yang sentiasa mengingatkan akan sesuatu, yang menjadi reminder dengan sahabat-sahabatnya yang lain?

Berusaha untuk itu, kita bersahabat bukan untuk masa sekarang sahaja namun untuk akhirat kelak... In Shaa Allah saya berusaha untuk menjadi sahabat yang baik dan juga pasangan yang baik, supaya kelak anda berbangga menjadi sebahagian dalam hidup saya sebagai sahabat atau pasangan hidup... sewaktu di akhirat kelak anda berbangga berkata didepan Allah...

 "Terima Kasih Allah temukan saya dengan dia..."


Berusaha!
Jom jadi sahabat yang baik, bukan untuk sekarang sahaja namun untuk masa hadapan juga... In Shaa Allah..Salam Sabtu

p/s berusaha untuk menjadi terbaik supaya kelak kamu berbangga dengan saya... berbangga bukan untuk sekarang sahaja namun sehingga ke jannah, In Shaa Allah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...