Assalammualaikum
“
Allah tidak membebankan seseorang
melainkan dengan kesanggupannya”.
[ Pesanan untuk
diri yang hampir terbabas ]
Saya tahu ada
masanya dugaan dalam hidup menyebabkan hidup kita berubah, sama ada menjadi positif
atau negative..tapi saya tahu dan sedar setiap ujian itu datang bersama rahmat
yang dijanjikan oleh Allah..dan itu adalah pasti!
Ujian yang datang
bersama rahmat mungkin bukan saja mengubah kita menjadi hambaNya yang lebih
baik, menjadi hambaNya yang lebih mensyukuri
nikmat yang diberikan, namun ianya juga mungkin menyebabkan kita bounded much
stronger than before, much realize how life going to be, then realize how you
should praise your life now and hereafter.
Cuma kita
kadangkala tidak nampak apa rahmat disebaliknya disebabkan mata hati kita sudah
kabur dengan dugaan, kesakitan dan keperitan.
Dan ada masanya
dimana kita tertekan dan terjatuh seteruk-teruknya terlintas dalam fikiran
mempersoalkan kenapa Allah timpahkan semua itu kepada diri...bertanya kenapa
Allah menguji sedemikian rupa...tidak adakah kasih sayangNya kepada kita?
Astagfirulla’al
azim, Allah tidak pernah menilai manusia tanpa melihat individu tersebut, kerana
Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim, Allah sentiasa menguji mengikut kadar keimanan
dan kesanggupan hambaNya.
Bersyukurlah
apabila ujian itu datang, sungguh pun ianya menyakitkan sehingga ianya
membuatkan kita perit, tidak berdaya, hilang rasa untuk gembira, kesakitan yang
sangat-sangat, hilang keupayaan untuk bergerak, sempit rasa namun…
Namun kesakitan
itu adalah tanda Allah sangat sayang kepada kita sebenarnya..sangat-sangat
sayang, kerana ianya itu adalah cara Allah menghapuskan dosa hambaNya,
mengangkat darjat hambaNya, mengukuhkan iman kita kepadaNya dan juga untuk mengembalikan hambaNya dijalan yang
lurus… In Shaa Allah
"Adakah
manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang berdusta." ( al-Ankabut:
2 - 3)
Saya
sentiasa berdoa supaya hati kita ini sentiasa tenang dengan ujian, saya berdoa
supaya hati sentiasa yakin dengan rancangan Allah... Ujian datang bersama
rahmat…saya yakin.. In Shaa Allah
Sesungguhnya saya bukanlah yang baik, namun saya cuba untuk memujuk hati supaya sedar apa-apa yang berlaku adalah perancangan Allah sejak azali lagi...In Shaa Allah kita cuba menjadi orang yang sentiasa bersangka baik dengan ujian...sesunguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan kekhilafan itu datang dari diri saya sendiri...
Jaga hati, jaga iman..kita berusaha untuk jadi orang yang baik..In Shaa Allah
Assalamualaikum
2 comments:
Allah Maha Besar :)
Allah memberikan ujian kerana ingin menguji tahap keimanan seseorang.
#Salam Kenal dari galahpanjangg.blogspot.com
Subhanallah!
jemput segmen: http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html
Post a Comment