Sunday, October 6, 2013

Perjalanan :: Ilmu :: Refleksi

Assalammualaikum :)

Apa khabar hati anda? sihat? maaflah dah terlalu lama tak update...so now i have an idea to write and mood hehehe

Just nak share yang saya, kawan anda yang terlalu adventurous dan active ni baru sahaja kembali dari jelajah pulau-pulau di semporna, (Pulau Gunsungan, Pulau Mabul, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya dan Bohey Dulang) dah putih sedikit berbanding ke Mabul bulan June yang lepas tetapi balik ni dah menjadi hitam...tapi its ok i loike :)  Walaupun kawan ada yang kata...

Sayanglah ko sudah putih tak kan mo kasi hitam lagi itu muka?
Tapi its ok, bukannya tak boleh putih semula kan? Berbanding dengan kehitaman wajah, saya lagi reserve untuk ilmu yang saya bakal ada...

Event yang known as IPS (Island Photo Safari) ni start 27 sept till 29hb... Alhamdulillah banyak sangat benda yang saya dapat, ilmu, kawan dan refleksi diri. Actually at first saya memang dah beli ticket awal untuk ke Mabul for diving tetapi ajakan kawan...wah tak kan nak lepaskan peluangkan? 

Nasib baik family faham apa yang saya suka, walaupun mama bising-bising, kakak geleng kepala, dinasihatkan macam-macam (biasalah anak bongsu, sumandak mama yang masih bujang mestilah kena perhatikan lebih sikit hehehe) tapi tetap redha dengan apa yang saya nak... dan kesukaan saya... Alhamdulillah... just jaga diri dan behave itu yang selalu dinasihati sebelum saya kemana-mana. selalunya... 

Actually event ni hampir-hampir tak dapat pergi sebenarnya disebabkan kekangan masa dan kerja...last minit memang nak sms Pak Mus yang saya tak dapat join, tapi alhmadulillah dapat juga follow akhirnya. Kalau tak dapat follow memang saya rasa sangat rugi..berjumpa dengan rakan-rakan baru, belajar ilmu baru dan macam-macam lagi.

Namun ada juga member yang berkata dengan saya sesungguhnya iannya merugikan kalau on purposely just untuk photo trip saja sebab ya lah bukannya boleh buat apa-apa, dah lah tak selesa dan macam-macam lagi, 

tetapi seriously jika dibandingkan bercuti di bandar-bandar besar saya lebih selesa duduk lama-lama ditempat-tempat yang macam ni, tak sesak fikiran hehehe

Tapi kalau nak suruh saya duduk pulau lama-lama pun tak juga boleh hehehe tapi this place yang I should go kalau hendak bercuti.I prefer to stay here. 

Mesti korang pelik sedikit dengan saya ni kan? to much fancy dengan island... oh seriously i really love Island, bukan sahaja i love to embrace nature, do something like traveling, hiking, see people.

Why saya suka ketempat-tempat macam ni? sebab its give me solitude and reflection, contohnya saya ke Pulau Mabul (sebab dalam tahun ni saja saya dah ke sana 4 kali... ) adakah disebabkan saya just seronok-seronok ke sana? erm ok lah untuk bercuti, diving dan in mean time untuk belajar sesuatu dari orang disana SYUKUR.
Sebab bagi saya, kita harus melihat mereka yang lebih susah dari kita supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada... mereka sangat susah tinggal dirumah yang besarnya hanya sebesar bilik kita namun masih mampu tersenyum..ya memang hidup mereka sebegitu tetapi apa yang membuatkan mereka senyum dengan hidup sebegitu? Sebab syukur... 

Kalaulah boleh saya nak show dengan mereka-mereka yang berada disekeliling saya, betapa mereka harus lebih bersyukur dengan hidup mereka, learn dari budak-budak pelauh yang masih lagi kecil namun sudah terlatih dengan kehidupan yang “keras” 

Ada masanya seriously saya menangis tengok mereka... diberikan sebiji gula-gula sudah buat mereka ketawa dan gembira..subhanallah betapa sucinya hati mereka. 

tetapi ada sesetengah yang tidak faham, tetapi just luahkan perasaan mereka yang orang-orang sebegini adalah "jahat", menghabiskan duit , menyusahkan, kotor, dan macam-macam lagi,

pleaselah..mereka pun ada hati dan perasaan, tidak mungkin mereka ingin menjadi begitu tetapi mereka tetap pasrah dengan hidup. why should kita prejudice dengan mereka yang kita tidak kenal sangat? sometime saya rasa kita terlalu mudah menjatuhkan hukuman dengan people yang sebegini. 


Trylah berkunjung kesini, keselamatan? Mana-mana pun kita berada memang kita sentiasa tidak selamat kecuali atas kehendak Allah... bumi ini milik Allah..hidup dan mati kita atas kuasa Allah...

p/s seronok berjumpa dengan photographer yang hebat-hebat..dan saya berharap melalui photo yang saya share dengan anda, anda faham dan memahami maksud saya :)

till then Assalammualaikum berusaha untuk Pontianak dan Bromo In Shaa Allah...tujuannya untuk sharing dan belajar :)



2 comments:

Naz Al Yahya said...

Like sgt dengan kata2 "kita harus melihat mereka yang lebih susah dari kita supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada... "

apapun, thanx kerna bagi chance naz pegi ke mabul, kalau takde 'kaki' yg ajak...mmg takkan smpai la jawabnya.

next time, nak gi travel mana2 sila ajak naz. heeee :)

rosmina samin said...

In Shaa Allah Naz... Next time kita jalan sama2 k... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...