Assalammualaikum ;)
Saya tidak boleh puaskan hati semua orang, seriously saya
memang tak boleh walaupun saya cuba
untuk ke arah itu. Being so nice but kadang-kadang memakan diri sendiri hehehe
...who u love most is who you obey most...
Lucu dengan diri sendiri, cuba
untuk segala-galanya untuk mereka yang bernama manusia, mereka yang mempunyai
sama taraf seperti saya “hamba”. Tapi kenapa tidak berhempas pulas untuk Dia
yang menjadi pemilik kepada setiap hati manusia? Lucu kan ? Penuh dengan kepura-puraan...
Bila kita terlalu “memanjai” hamba-hamba ini banyak yang
kata
“wah bagusnya”
“so sweet”
“so kind”
dan macam-macam lagi
pujian
Tapi bagaimana apabila kita “berkasar”
dengan hamba-hamba ini, mulalah kata
“euw..apalah kamu ni,
jahat, kasar, dan macam-macam lagi..”
tapi mereka tidak ingat apa
sahaja kebaikkan yang kita buat, hatta sebesar gunung, seriously mereka tidak
akan ingat, tapi apa yang melekat, tertekap dalam dada hati mereka adalah satu
kesalahan yang hanya sebesar kuman..yang itu mereka ingat mungkin sampai mati…hehehe
Berbalik dengan situasi puaskan
hati semua orang, kenapa kita tidak pernah cuba
untuk puaskan Pencipta kita? Dia tidak pernah marah dengan kita, kalaupun ada
kesilapan, Dia itu Maha Pemaaf, kebaikan sebesar Zarah akan dipandang
setinggi-tingginya, dosa yang sebesar Lautan mungkin akan dihapuskan dengan
sekelip mata..Subhanallah Allah Maha Pemurah.
Kadang-kadang ada masanya kita
cuba untuk lakukan sesuatu supaya Pemilik hati kita pandang kita dengan penuh
kasih sayang, ibarat kekasih yang sentiasa keep they eyes anywhere you go...
“so
sweet”
tapi ada masanya perbuatan atau perubahan yang kita cuba untuk laksanakan menjengkelkan, memualkan, hamba-hamba yang lain, dan kita? Menurut kata hamba-hamba yang setaraf dengan
kita itu, buat sesuatu untuk bagi dorang happy... peduli apa yang dikatakan mereka, senyum dengan mereka...sedangkan Kekasih yang melihat kita mungkin akan sedih dengan
perbuatan kita.
So, kalau betul kita terlalu
sayang, terlalu cinta dengan Pemilik hati kita, laksanakan perubahan, lakukan
yang menjadi kesayangan Dia. Biar Pemilik hati kita sayang teramat dengan kita,
pedulikan apa yang dikatakan oleh hamba-hamba yang lain, yang penting Kekasih
kita yang satu.
p/s mereka tertekan dengan
perubahan, I am ok. Yang penting “pemilik hati” saya.
(Taip entri ini buat saya tersenyum lebar, puas dan seronok, istiqamah dalam perubahan Insya Allah)
3 comments:
InsyaAllah.. Bila kita sentiasa mengingatiNya pastinya Dia pun akan sentiasa mengingati kita juga. Sebab tu dunia ni penuh dgn ragam dan pancaroba sebagai Ujian untuk kita di alam sana nanti. Itu janjiNya. Allah itu Maha Pengasih, Penyayang dan Pengampun. InsyaAllah..
Hi valuer,
boleh taw email??;)
memang susah nak puaskan hati semuo orang...
selamat berpuaso yer...:)
Post a Comment