Showing posts with label Island Photo Safari. Show all posts
Showing posts with label Island Photo Safari. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Perjalanan :: Pulau Gunsungan :: Mistik

Assalammualaikum

Apa khabar hati anda? Sihat? In Shaa Allah semoga dikuatkan hati, disihatkan selalu hati kita ya...

Oh yah besok Hari Raya Aidiladha.. Selamat berpuasa hari ini..semoga berjaya menempuhi rintangan sehingga Maghrib nanti.. Kota Kinabalu Maghrib adalah pada jam 6.03 petang..hehehe kalau kat semenanjung tak sure, maybe jam 7 kotttt hehehehe... Rasa nak makan Fish & Chip lah hari ni...lalalala

Dah baru jam 12 tengahari dah fikir apa nak makan petang nanti..adoi minachi..minachi...

Masih lagi ada kisah tentang IPS (Island Photo Safari) hari tu...dah pun kata buat lawatan sambil belajar 5 Pulau..so dalam minggu-minggu ni saya cerita pulau sajalah ya.... I really enjoyed it! Seriously... rasa nak join lagi dalam masa terdekat..namun..namun mana mungkin ye tak? Hehehe kena ada kesabaran kalau nak join sekali lagi...kesabaran untuk menabung hahahaha (la ni, tengah menabung untuk Bromo In Shaa Allah..)

So lets talk story pasal IPS actually hari pertama saya ke Pulau Gunsungan..Pulau mistik... hahaha bukan sebab apa..sebab Pulau tu sangat kecik, sebesar padang bola sahaja..ada beberapa rumah yang dibina daripada kayu kecil dan rumbia namun atas landasan apa saya katakan pulau ni, pulau mistik..sebab di atas pulau ni ada sepohon kayu... saya tak sure sangat pohon apa tapi something weird pasal pokok ni.. I don’t knowlah kawan-kawan yang lain macam na, tapi for me yes I am... hehehee

The Tree; Flag ; Dog
The tree;Dog;House
 Erm cik min dah buat prediction so minta maaflah ok...

Yang lagi best di pulau ni ada seekor anjing... ok find memang mana-mana pun ada anjing ye tak? Sebab anjing tu binatang biasa yang kita sentiasa lihat... tapi..tapi... tapi... this creature sentiasa berada di pokok ni..dan will bark kalau dekat dengannya...ok.. (mistik tak?) 

Lagi... lagi... Pokok tu dililit or dipacak dengan bendera...
Ok selalunya melalui pembacaan yang saya baca, bendera itu adalah satu tanda untuk something maybe ritual?Maybe juga kan? Tapi its ok..masing-masing ada kepercayaan sendiri ye tak? Tapi that the thing yang buat saya wow hehehe 

Actually pulau ni dalam 1 jam bot ride dari Semporna... jalannya tak boleh nak bagi since saya tak ada GPS hehehe
The Island 
Berbalik dengan Pulau Gunsungan ni, sangat cantik, pasirnya cantik penduduknya pun pandai berposing walaupun ada yang demand tak nak ambil gambar selagi tak dapat duit... tapi Pak Mus kata jangan bagi duit nanti terbiasa.. don’t worry kawan-kawan sebelum balik kitorang bagi dorang token appreciation J

The moments 
Win Win Situation, Sebelum balik ke tanah besar..Menuju ke Pulau Mabul
Ada juga hihihi 

Ok till then... nanti sembang lagi..saya minta maaf kalau entri ni ada yang terasa, tapi just for fun and i just want to let you know this is island i love it!

Assalammualaikum 


Saturday, October 12, 2013

Perjalanan :: Bohey Dulang ::Pengsan

Assalammualaikum :)

Apa khabar hati anda? Sihat? In Shaa Allah sihat ok..quick entri, taip entry super cepat..Alhamdulillah idea bagai melimpah ruah dari fikiran hehehe sebelum tidur sekejap lagi....besok nak bangun awal... aktiviti biasa... running :) 

Nak share apa ni cik Min? Nak share something yang saya sangat suka..travel! adventure! awesomeness!

Hari tu, last week (so lambat nak update!) saya berkesempatan untuk ke satu tempat yang terletak di Tun Sakaran Marine Park yang dipanggil Bohey Dulang. Tempat yang sangat-sangat cantik, superb, awesome, cool dan macam-macam lagi lah... i can say it WOW place! (banyak tempat di Malaysia yang awesome ok!)

Follow IPS (Island Photo Safari) then antara salah satu place yang dijejaki untuk photography adalah Bohey Dulang. Sebelum pergi ada juga saya search kat internet macamna keadaan tempat ni... ok first of all kalau nak dapat gambar yang cantik-cantik tu kena "panjat" bukit...Bukit 600 metres (ok..harap tak pitam..lagipun ada apa dengan 600 metres kan? kata tough yang sangat-sangat...) 

At the time of kejadian, Saya dah super excited dengan experience yang saya bakal tempuh... rasa excited macam saya buat first diving di Lobster Wall, rasa excited seperti saya melihat sunset yang sangat indah dan excited seperti saya melihat awesome scenery.

Dengan baju t'shirt favourite saya + seluar favourite saya + Selipar jenama Ticket yang saya beli di Semporna bermulalah perjalanan.
See my appearance... jangan ikut!

Please people out there, kalau nak daki Bohey Dulang..please please pakai kasut..tracking quiet licin  and banyak batu...so be careful wear perfect pakaian ok..jangan ikut saya :) 

Ok at first 100 metres...rasa macam ..."ok..." 
200 metres rasa macam.... "ok..." ..."ok..." 
300 metres rasa macam .... "ko..." ..."ko...." hahaha so penat... I tell you rasa nak give up... hahaha but berbekalkan kejituan hati untuk sampai ke atas... go! 

Supposedly saya kuat untuk aktiviti macam ni, tapi tak tahulah kenapa at that time rasa penat yang sangat-sangat, mungkin sebab saya tak sihat sangat hari tu kotttt (alasan..tapi memang tak sihat sikit)

Banyak kali juga berhenti, rasa nak bagi ketinggian tu bertukar menjadi landai hahaha dalam hampir sejam mendaki... sampai juga! yeah!!!!! Alhamdulillah... 

Berbaloi sangat-sangat!


See memang sangat-sangat berbaloi bila sampai diatas...Subhanallah sangat-sangat cantik! Malaysia pun ada sweet escape tau! sangat-sangat awesome!

Muka orang yang excited and penat!

So till then, kalau nak datang sini anda boleh lawati Laman Web Sabah Park, ada banyak lagi blog yang borak pasal Bohey Dulang, antaranya yang ini, yang ini dan ini, lengkap dengan bagaimana nak datang sini..tapi just nak pesan, kalau nak ke sini, kena ada surat kebenaran dari Sabah Park, yang penting agent dimana anda follow untuk kesini akan membantu anda..don't worry :)

Salam Sabtu :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...