Sunday, August 19, 2018

Tahun terakhir sebagai pelajar "doakan..."

As Salam

Yay, sudah terlalu lama berdiam diri dari blogging ini. Bila buka balik blog, kali terakhir saya menulis adalah 2 tahun yang lepas. Alamak tahun pertama saya bergelar pelajar dan sekarang ini adalah tahun terakhir saya bergelar pelajar. Doakan saya ya 

Tahun ini, menjadi pelajar Postgraduate adalah yang paling "menakutkan" bagi saya, berhempas pulas dengan projek tahun akhir, berhempas pulas dengan kerja hakiki (ekonomi tidak berapa bagus tahun ini, kena kerja kuat!), focus dengan online business saya , thetwinshopracks yang saya cuba untuk mengedarkan produk organic dan sihat, In Shaa Allah. Keluarga, teman saya dan hidup. Tarik nafas... sangat banyak hendak diperbaiki. Tapi, ya... so far so good kata orang putih hehehe Alhamdulillah 

Doakan saya  untuk laksanakan apa yang saya hendak... tapi jangan tanya, sudah habis master bila hendak ambil PHD? heheheh impian itu ada, tapi bila mungkin 10 tahun akan dating hahaha 

Oh ya, saya sudah mulakan dengan JK1M saya, bersama dengan team Inanam, menang satu bonus tapi untuk kurangkan berat badan, kurangkan inch badan itu adalah hadiah bagi saya. kannn. FOKUS!

Dr. Ramraini Ali Hassan (Entrepreneurship Business Project) kelas terakhir tahun terakhir  


Till then  
As Salam 





Wednesday, September 14, 2016

"Kimia" kami kuat

Assalamualaikum 

Kelas start last night. After work jam 5.30pm hurry heading ke kelas. Takut jammed, kalau petang-petang dalam jam macam ni..jalan memang jammed, lebih-lebih lagi kawasan Kingfisher.
Excited nak pergi kelas ni, new student, junior to my senior ececece..hehehehe

Tapi nak dijadikan cerita, saya salah tempat kelas pula, have to pusing sana,pusing sini tanya orang mana bangunan FPP (Fakulti Pendidikan dan Psikologi) lagi haru bila tanya new student juga… tidak kah tanya bukan pada yang layak… then terjumpa lagi student yang tanya mana bangunan sekian-sekian…sorry adik, kakak pun Junior juga kat UMS.. tapi finally jumpa juga, padanlah saya tak jumpa, rupa-rupanya terletak dihujung dunia.. heeee no lah kidding

Share with you, yang seangkatan dengan saya sekiraya anda mencari bangunan FPP from round about Menara jam, turn left don’t turn mana-mana till you Nampak Bangunan CIMB turn left drive sampai hujung, after you reach bangunan under renovation, FPP just next sahaja… senangkan heeee

Cerita pasal kelas, last night kelas Management Account and Financing. First off all saya Cuma ada background account semasa SPM only that..after that tiada. Bit worried dengan this kelas sebab saya Cuma ada berapa percent sahaja ilmu pasal ni. Basically sepanjang semester ni kelas divide kepada dua Managerial Accounting (mostly accounting pasal product) then satu lagi Financing Accounting (basically untuk property, land and development). First impression, I excited dengan kelas ni, I like it… since saya dalam area land development , I’m looking forward for this class ..Hopefully till end of semester, kami punya chemistry yang kuat…tetap dan tidak berganjak! In Shaa Allah

Kelas habis almost 10.00 pm, Alhamdulillah

Nak dapatkan buku apa untuk rujukan… text me, nanti kita share :) 
Till Then


p/s Saya nak dapatkan A+ for this paper and my project paper 80% from this area… In Shaa Allah


Thursday, September 8, 2016

Officially Pelajar

Assalamualaikum :) 


Hari Sabtu yang lepas, mendaftar sebagai pelajar di UMS, terasa macam blur sedikit disebabkan almost 8 tahun meninggalkan suasana yang memerlukan saya mengisi borang, kena buat checklist, kena update portal pelajar, kena daftar kursus, kena up to date dengan system University.

Dulu time Degree bolehlah rasa macam kena jaga sebab degree, fresh lagi dengan system online, kena keep remind dari masa ke semasa, tapi kali ini kena mesti up to date, kena alert setiap masa.

Pendaftaran hari tu, quiet ok, teratur dan systematic. Walaupun ada rakan baru yang rasa macam menyusahkan disebabkan banyak kaunter yang kena ikut, tapi bagi saya cara ini lagi baik, tidak crowded.

Nak dijadikan cerita, saya tak print checklist…dah time satu kaunter untuk check original Transkript, Sijil degree..saya kena reject..tak ke haru tu… last day pendaftaran then saya “terlupa” untuk print. Nasib baiklah jumpa rakan lama yang berkerja dengan Pascasiswazah… kena tolong …Alhamdulillah..lepas kaunter tu..gembira jangan cakap hehehehe

Lagi…lagi saya tersekat time untuk kembalikan file pelajar… terlupa lagi nak photocopy semua borang. Haru 2 kali ganda… terpaksa pergi ke Kolej Kediaman berdekatan untuk photocopy. Nasib baik. Lama juga proses pendaftaran..tapi kalau saya buat semua seperti diarahkan..lagi saya cepat.

Balik rumah…terus pengsan..penat.


Sekarang saya officially student :)  

Monday, August 15, 2016

Cita-Cita 2 Tahun

Assalamualaikum 

Its been a while tidak update blog. Busy dengan kerja, personal matter dan tiada idea untuk menulis hehehehe 

Attend seminar berturut-turut minggu lepas bermula 9 August - 11 August, kelolaan Maybank untuk introduce product perbankan dan juga 2 hari congress anjuran RISM (Royal Institute Surveyor Malaysia) Sabah Branch, masa ni saya bertugas under Team Registration. Sebenarnya ok juga bertugas dalam acara-acara macam ni, dapat mingle around dengan people dalam bidang yang sama. Itu cerita pasal seminar... then yang ini cerita pasal my next 2 years punya projek. 

Sejak selesai degree dahulu , saya memang nak further study lagi, nak ambil Master pula. Bekerja dalam tempoh 2 tahun then further..yang itu adalah apa yang saya plan (budak lagi...fikir macam tulah). Pernah sekali saya memohon Master di Uitm, Shah Alam..dapat dalam Property investment tapi disebabkan kekangan dari segi pekerjaan dan juga ragu-ragu untuk berpindah ke Shah Alam untuk berkerja dan belajar..saya say hold on dulu and terlepas begitu sahaja. Tapi I was like..tiada rezeki..In Shaa Allah next time saya cuba lagi. Then few years later almost 5 years ... saya mencuba lagi, kali ini saya ambil apa yang ada di Sabah sahaja...sama ada Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau Uitm. Saya memohon MBA di UMS, alhamdulillah dapat dan this coming September registration day. 

Kawan saya tanya dengan saya, kenapa ambik MBA? kenapa tidak ambil bidang sama dengan apa yang saya ambil first degree dahulu. 

Hmmm saya nak ambik untuk polish anything dalam business, saya terfikir masa ini saya dalam proses untuk complete Registration Valuer saya .. In Shaa Allah dalam tempoh 2 tahun saya akan struggle untuk complete. Actually dah lama saya dalam profisien ni tapi baru sahaja complete Registration untuk Probationary Valuer. 

Once saya dah jadi Registered Valuer, In Shaa Allah saya fikir bidang saya bukan sahaja dalam Penilaian semata-mata namun penglibatan secara langsung dalam marketing, business dan "market" diri untuk orang bagi business dalam company... (fikir macam tu lah.., mana tahu jadi Director...tak juga terkial-kial nanti..hehehehe Aminnn)

In Shaa Allah walaupun lambat...saya akan selesaikan sebab itu adalah cita-cita saya once saya mengabdikan diri dalam bidang ini. Sama juga dengan Master saya, itu juga adalah cita-cita saya... hold Master selepas First Degree. Hope Allah permudahkan. Tempoh dua tahun maybe saya akan menjadi messy ...tapi saya akan lakukan yang termampu...   In Shaa Allah  

p/s doakan semua yang baik-baik sahaja 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...