Tuesday, January 1, 2013

Strive every day without fail!

Assalammu'alaikum ;)

Tulis first entry untuk tahun baru 2013..sangat-sangat awesome ^^

So, tahun baru datang lagi, syukur alhamdullillah, Allah bagi kesempatan satu hari lagi untuk tahun baru 2013, wow 2013... Insya Allah tahun ini menjanjikan yang terbaik untuk kita, diberikan kekuatan, kejituan yang kukuh untuk menjadi manusia yang baik. 

Hakikatnya kawan-kawan untuk menjadi baik atau berubah untuk menjadi manusia yang baik bukannya sempena tahun baru sahaja tetapi tiap-tiap hari, renew azam tiap-tiap hari..yang itu lagi afdal! 

Saya akui, selama ini tiap-tiap tahun saya ada list untuk azam..macam-macam, nak kurangkan berat badan, nak beli itu, nak beli ini, nak melancong, dan macam-macam lagi..tapi Alhamdullillah sejak tahun lepas azam yang pelik-pelik ni saya cuba kurangkan, bukannya apa, azam ni saya rasa tiap-tiap tahun ada saja dalam list..tak pernah complete! betapa tak disiplinnya saya hahaha

Jadi untuk tahun ni, saya nak share apa yang saya nak dalam hidup saya, perhaps ianya menjadi satu pekara yang MUST complete, bukan untuk saya sahaja tetapi anda juga mungkin  ..who knows? 

Untuk tahun ini, saya cuma hendak kekuatan, keikhlasan, keberanian dan creative untuk menjadi seorang muslimah yang baik, cuba untuk cuci hati dengan "clorox" supaya ianya sentiasa bersih daripada benda-benda negative! Laksanakan Rukun, Insya Allah kalau hati bersih benda-benda sampingan pun kita boleh dapat :) 

Strive every day..without fail! (First picture for this year \(^o^)/)

Seriously saya nak untuk tahun ini biarlah suasana lebih baik...lebih-lebih lagi nak dekat dengan Pilihanraya, mesti ada bermacam-macam rencah yang kita dapat, maybe adanya pertukaran? saya sebenarnya tak kisah asalkan saya dapat hidup dalam suasana yang aman! 

Lagi saya sangat berharap akan keselamatan dalam masyarakat, sebagai wanita rasa takut sentiasa ada, takut dengan sikap manusia yang sukar untuk dimengertikan sekarang, siapa yang baik, siapa yang tidak baik, sangat sukar! apa yang perlu kita buat, bertawakal dengan Allah!

Cuaca semakin tidak menentu, manusia tamak dengan dunia, kebebasan beragama, penindasan...takut untuk fikir semua itu, wish for better life!

For this year, wish for kesejahteraan, love people, love nature don't greedy! Strive to become a good muslimah! 

p/s mulakan dari hati ^^ 





1 comment:

نورعيم said...

semoga akak istiqamah melakukannya! :)

mohon agar Allah kuatkn hati utk berubah. jum, sama2 berubah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...