Wednesday, July 4, 2012

Mental Block..cukup-cukuplah...

Assalammualaikum ;)

To much luahan perasaan ni...Ternyatalah saya ni bukannya terlalu “hebat” dari segi emosi. Mungkin fizikal ok (walaupun orang selalu salah anggap yang saya ni terlalu lemah disebabkan faktor bentuk tubuh badan erk…)

Actually saya sangat serabut sekarang, banyak benda yang “terhanging” begitu sahaja. Kalau korang ingat yang saya ni buat banyak benda multipurpose… sampaikan ada sesetengah rakan yang kata;

Bolehkah handle semua tu dalam satu masa?

Insya Allah boleh…ya Insya Allah saya boleh handle!

Tapi…tapi ada masa dan ketikanya benda yang saya boleh handle dan boleh saya laksanakan tanpa ada masalah tiba-tiba menjadi benda yang saya tidak boleh handle dan menjadi satu masalah yang sangat besar bagi saya, hatta sebelum ini saya ok dengan semua itu.

Kenapa?

Why?

Well saya pun tidak faham kenapa… saya malas? saya terlupa? atau terlalu diberi priority yang melimpah ruah sampai jadi lupa diri...Akibat daripada "kecelaruan" sebegini...

Hari ini Lady Boss panggil…
“why? What happen to you?..ada masalah? “

Seriously saya langsung tiada masalah… kerja semuanya ok…tapi saya pun hairan kenapa terlalu banyak overdue..malas?
Then Lady Boss cakap
“maybe kamu mental block ni…”

Seriously first time orang cakap saya mental block…I think that the best words can describe me now.

Mental Block, hilang focus, mental burden… sampai jadi macam ni.

Saya jenis lemah emosi bila orang bagi nasihat atau show love to me…confirm saya menangis, ha!! To much kan? Tapi itu saya…Malu juga bila, setiap kali orang show take care dengan saya, time tu lah air mata nak keluar... adeiii

Then apa yang dia bagi nasihat or boleh juga cakap brain wash hari ini?

  1. Jangan terlalu nice dengan orang, I know you sangat baik, but please love you self first.
  2. Kalau kerja fikir pasal kerja sahaja..jangan fikir macam-macam..fokus
  3. Laugh! Tarik nafas panjang-panjang and laugh!
  4. Follow me pergi Zumba
  5. Move… tukar tempat duduk! (sekarang ni saya duduk betul-betul didepan pintu bilik lady boss, rakan-rakan sekerja kata dengan saya…tidak lama lagi ko boleh duduk dalam bilik tu) ok fine  saya anggap dorang bergurau bukannya memerli.
  6. yang last one ini saya simpan dalam kepala saya, nanti cakap ada yang kata saya ni masuk bakul angkat sendiri... hehehe

Jadi, apa kesimpulan yang boleh saya dapat…
Kadang-kadang ada masanya mental block terjadi ..hilang focus dan hilang kawalan diri. Jadi apa yang boleh saya buat? Brain wash...!
Korang tidak pernah jadi macam ni? kalau tidak, betapa beruntungnya kamu... 

Perjalanan kita masih terlalu jauh dan kita tidak tahu dimana titik noktahnya, jadi sebagai hamba, berdoa supaya umur yang diberikan kepada kita adalah peluang untuk kita mentaati Allah. 

p/s 
malam ni malam Nifsu Sya'ban dimana malam ni selepas maghrib buku amalan kita dibawa dan dihintung. Semoga Buku yang dihantar diberi "markah" yang banyak...so lepas tu, buku baru dan chapter baru...so kita start dengan Basmallah...semoga diberi kekuatan untuk menjadi yang lebih baik Insya Allah...so cukup-cukuplah Mental Block!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...