Monday, January 16, 2012

Siap sedia untuk buat keputusan berani ;)

Assalammualaikum ;)

Undi itu satu keistimewaan. Hak itu diberikan kepada semua orang tetapi ianya hanya diberikan dengan syarat warganegara dan berumur 21 tahun.

Hari ini saya (formal sikit ^_^) terpanggil untuk share something yang sangat interesting “mengundi”.

Bagi sesiapa sahaja yang layak untuk mengundi, harus fikir dan tahu peranan kita (first time mengundi tahun 2008, memang super duper excited!) untuk jalankan kewajiban sebagai rakyat Malaysia. Terutamanya mereka yang baru sahaja mendaftar untuk mengundi, gunakan hak kita untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu dan kita yakin dengan kepimpinan mereka. Tidak kira pemerintah sekarang atau pembangkang, BN atau PR ianya terpulang dengan anda, tetapi apa yang penting, fikir dahulu diluar peti undi, ngam atau tak?

Saya tidak bermaksud untuk kata yang satu ni baik, dan yang satu ni tidak baik, kerana undi adalah rahsia kan? Dan saya tak sabar untuk mengundi sebenarnya. Undi saya adalah penting betul tak?

Bagi korang yang layak untuk mengundi tetapi enggan untuk mendaftar dan enggan untuk membuang undi, sebenarnya anda lari dari tanggungjawap kerana membiarkan hak korang lepas begitu sahaja, sebab itulah Demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.. Asas demokrasi adalah kuasa rakyat, betul kan?

Namun begitu, ramai yang masih berpegang dengan sikap “puas hati” saya tidak tahu, adakah disebabkan sikap “puas hati” itu akan menyebabkan lebih ramai yang tidak mahu mengundi, namun hakikatnya sikap “puas hati” hanya akan merugikan. Rugi dipihak rakyat, Rugi dipihak Negara.  Terutamanya golongan belia, yang masih “atas pagar” untuk memilih. Masih ada yang still tak ambil peduli dengan perjalanan politik Negara, dengan alasan erm.. buang masa fikir semua itu, biarlah… siapa yang memerintah kami just follow… ok noted!

Tapi hakikatnya apabila berlaku sesuatu yang mereka tidak puas hati, maka disanalah mereka merungut, ini tidak puas hati dan itu tidak puas hati, sedangkan semasa ada peluang untuk memilih masing-masing melarikan diri untuk tidak mengundi atau tidak berfikir sebelum melangkah ke peti undi...

Ada statistic yang tunjukkan lebih 38% jumlah pengundi adalah mereka yang tergolong dalam golongan pengundi muda. Jadi rasanya apabilah jumlah pengundi muda ini ramai, memang patutlah parti politik yang ada melakukan sesuatu untuk memuaskan kehendak golongan ini, ternyata sekarang ni lagi situasi politik di Negara kita ianya lebih menjurus kepada golongan belia. Tengoklah semasa perhimpunan Bersih 2.0 lebih ramai golongan belia yang mengikuti perhimpunan ini, sebab kenapa?

Sebab golongan muda ini adalah golongan celik yang ada pandangan sendiri. Mereka adalah pengundi intelektual yang yang telah mempunyai maklumat lengkap sebelum ke peti undi.

Saya rasa, apabila golongan muda meliputi 38% jumlah pengundi, parti politik kena fikir apa yang dikehendaki oleh golongan ini, untuk menarik mereka. Yang pasti orang muda ini selalu tertarik dengan isu sejagat, soal keadilan, keterbukaan, kebebasan media, ketelusan system kehakiman, soal peluang pekerjaan dan masa depan mereka, isu ekonomi, kos hidup dan kos pendidikan. Ngam?

Rasa-rasanya beginilah dakwat kekal yer? ^__^

So, adakah anda bersiap sedia untuk membuat keputusan berani? 

P/s please correct me if I wrong…

2 comments:

Edy Zaidi said...

xmendaftar pun lg...tp nama dah ada dalam senarai pendaftar...macam mana tu?pelik2

Papa Mifz said...

sentiasa bersedia...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...