Wednesday, July 6, 2011

Puasa ganti, kerja dan Period..

Assalammualaikum

Aku nak cerita sikit pasal keadaan sekarang ini, tengah check internet sambil update blog, time ini tengah meroyan gila, kemalasan tahap dewa, betul, aku ini kalau time hendak ganti puasa time itulah malas bermaharaja lela (dengan muka sedih)... Tak tahulah korangkan macam mana time hendak ganti puasa-puasa ni, tapi yang pasti korang mesti tidak macam aku kan? (erk..adakah aku terlalu lemah jiwa dan fizikal...keputusannya sila tampar aku) 

**********
Kerja time puasa ok saja bagi aku, yang penting kena settle semua ye tak? dah pun namanya kerja, amanah dan tanggungjawap kita, nanti dapat gaji hujung bulan ini... tidak setimpal dengan apa yang kita buat, ditanya satu persatu di akhirat kelak..siapa hendak jawap? aku juga... (mengeluh sikit) 

*********
Betullah kata orang, dalam keadaan kita ingin muhasabah diri dengan melaksanakan setiap tuntutan agama, time itulah kata hati sangat-sangat hebat...
Jikalau hati kata "tak payah ganti-ganti, lama lagi tu Ramadan, seminggu sebelum Ramadan lepas tu"
bagi orang yang lemah "Iyalah.. aku ponteng seminggu, ok kot seminggu sebelum Bulan Ramadan, lepas tu"
Korang hendak tahu apa kata Ustaz aku bila ada alasan macam ni? "bonggok!"
(adakah aku termasuk juga golongan bonggok?)
Last-last pengakhiran cerita ganti-ganti puasa ini, seminggu sebelum 1 Ramadan... 
"Alamak, aku period!" tak ke bonggok tu? Allah bagi setahun untuk ganti, tak habis-habis juga... (aku tak mahu jadi macam ni!)
*******
Pinjam sekejap ^^

Moral of the story, kalau tidak hendak dikatakan bonggok, sila ganti puasa ye ... ada sebulan lagi timenyer (sila ingat cik minachi)...just sharing because i am caring ^^ 





1 comment:

Edy Zaidi said...

bonggok tu apa ek?bongok tu tau la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...