Wednesday, April 6, 2011

Kerja Gila O_o

Assalammu'alaikum

Kalau aku cakap aku suka travel alone, korang percaya tak? percayalah kerana ianya benar ngengenge... kerja gila, memang aku akui memang kerja gila, sebab aku ni "perempuan" cari nahas berjalan seorang diri di tempat baru.. ok.. memang cari penyakit, aku memang cari penyakit T_T

Bila aku cakap aku nak travels, mostly member yang aku kenal tanya "dengan siapa?... sorang lagi?" Opsss dah memang selalu lah tu kan bila ada perkataan lagi muahaha... ok kawan2 aku bukannya tunjuk berani bila travel seorang, tapi rasanya aku mampu buat tu.. sebab itulah sebelum buat sesuatu kita kena tanya dalam diri kita

"mampu tak aku buat? berani tak aku?"... jawapan sila jawap ikut hati korang teeheeee 
kerana aku dah selalu travels seorang, ini adalah tips  yang aku guna dan untuk korang yang baru saja berjinak2 nak buat benda ni.
Gambar tangkap sendiri ^^

Aku tengah duduk-dadak ni lah keje aku, tangkap gambar teeehee
lagi gambar syok muahaha
Tips kalau korang nak travels alone

1. Buat kaji selidik dulu, tempat yang korang nak pergi tu.. kena tau tempat tu, beli peta, buat goggle search sehingga korang benar2 yakin dengan tempat itu ok.

2. Buat list number penting dalam buku atau note, penting tau, sebab takut2 kalau berlaku sesuatu, contohnya beg korang dicuri atau telefon hilang, sekurang2nya korang ada nombor mereka yang penting pssttt nombor polis kena tahu.

3. Elakkan membawa wang yang banyak semasa berjalan, lebih baik jika korang asingkan sejumlah wang dalam saku poket korang, in case beg korang diragut, korang masih mempunyai wang untuk pengangkutan atau sebagainya.

4. Jangan sesekali berani untuk mempercayai manusia yang korang jumpa hatta manusia tu nampak baik, jangan ok

5. Jangan malu untuk bertanya, sebab malu bertanya sesat jalan heheheh

6. Sekiranya korang ingin menaiki taxi, fikir dahulu... ingat fikir dahulu, cuba try and test sekiranya ada cara lain nak pergi kat tempat yang korang nak pergi, contohnya melalui bas atau korang rasa mampu untuk memandu sendiri, kenapa tidak just sewa kereta dan drive sendiri, lagi selamat ye tak? 

7. Kalau korang rasa tak mampu untuk memandu, dan tak ingin menaiki taxi dan bas.. cuba tanya hotel tempat korang menginap, mesti dorang ada sediakan bus... just shareler dengan orang lain...

8. Jangan sesekali buat aktiviti ini sekiranya korang tak yakin ok

9. ...dan yang terakhir sekali aku nak share, sila berpuas hati dengan setiap picture yang korang capture sebabbb gambar korang tak ada atau tak banyak muahaha... bajet tangkap gambar sendiri teeeheeee


10. ...apa lagi yang nak tambah? ^^

p/s just balik dari travels seorang ngengenge...





2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah memang respect la kat kamu boleh travel sorang2. apapun perempuan ni banyak terdedah pd bahaya.. so hati2 yer

rosmina samin said...

shy2 huhuhu... wokeh akan berhati2 ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...