Monday, March 14, 2011

My first Home ^^...

Assalammu'alaikum

Sebelum tu entri ini adalah knowledge yang diberitahu oleh seorang member aku yang bergelar Bank officer ^^

Cerita pasal rumah lagi ^^ ni sebab kes ni lah.., seorang member aku kata "thats a great opportunity given by gov... who knows maybe next year no such thing lagi?" gulp terkedu juga aku bila member aku cakap macam tu... betul apa yang dia cakap, opportunity yang datang sekali sahaja ^^ mana tahu next year varnish puler... kita yang kecewa ^^

Aku mmg terfikir nak buat investment besar ni tapi... nak kena juga bincang dengan family ttg hal ni, ye lah benda yang nak kena beli bukannya seratus dua tapi beratus2 ribu ^^ kena fikir masak2 dan consequence nyer pada masa2 akan datang ok kawan2^^  

1st thing aku nak fikir... rumah pertama memang aku ni bodoh2 sikit pasal benda ni, tapi kalau hal2 menilai   bagi kat aku, Insya Allah cepat & tangkas muahaha, disebabkan aku adalah sikit knowledge bab pembelian rumah dan mcmna nak buat pinjaman perumahan, aku bagi korang list yang korang kena considered ok, tak yah lah bila masa korang jumpa pegawai bank terkebil2 langsung tak tahu apa hehehe

1. Berapa banyak pinjaman yang korang afford untuk pinjam?
bergantung dengan harga rumah, salary korang, dan keupayaan korang nak bayar balik.. selalunya kemampuan korang untuk membayar balik bergantung kepada keupayaan korang membayar hutang2 korang, contohnya kad kredit, car loan, personal loan dan loan2 yang lain.

2. Bayaran ansuran bulanan loan
dikira berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh masa pinjaman, dan interest. lebih besar pinjaman lebih banyak jumlah ansuran, lebih pendek tempoh pembayaran, lebih besar jumlah bayaran ansuran bulanan ^^

3. Bila bank tanya konvensional or Fixed rates sir? korang nak jawap apa?
hehehe ok, konversional rates selalunye berbeza2 mengikut pasaran kiranya BLR ler (Kadar Pemberian Pinjaman Asas)  tapi jika fixed ianya tetap tanpa ada perubahan ^^

4. Konversional or Islamic?
Selalunya bagi kita lebih kepada Islamic kan? dimana konsepnya menjual dan membeli dimana bank akan membeli rumah tersebut dan kemudiannya menjual kepada korang pada harga yang melebihi harga belian, bagi Konversional pula, pinjaman tidak jelas kerana adanya jumlah pinjaman pokok dan interest ^^

5. Kos2 awal yang perlu korang tahu sebelum membeli rumah pertama ^^
~Down payment (tapi adanya Skim Rumah pertamanku) korang tak perlu fikir dah ^^
~Duti Setem (berdasarkan harga rumah yang dibeli)
~Sale & Purchase Agreement (selalunya dipertuntukkan 3 bulan untuk pembayaran dan tambahan 1 bulan dengan interest 10%)
~Legal Fees (peruntukkan RM3K till RM4K untuk rumah yang berharga RM220K)
~ Processing Fees (Rm200 for RM100K above )
~Valuation Fees (depends dengan Valuer ^^)

So korang dah ada idea dah untuk membeli 1st home? kalau tak ada, korang boleh jumpa bank2 yang perdekatan ok, pastikan interest yang rendah dan BLR yang rendah juga ok ^^ contohnya bagi Scheme ini interest adalah -1.80 %... sila bandingkan setiap bank ^^ fikir sebelum membeli ^^

p/s suka tengok org ramai2 pakat beli rumah lebih2 lagi yang belum berkahwin aka bujang ^^
BLR tu ape ek? "kadar faedah minimum yang dikira bank berdasarkan formula yang ambil kira kos pinjaman dan kos pentadbiran"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...