Tuesday, March 22, 2011

Hei kamu kenapa nak sombong?

Assalammu'alaikum

Ya Allah... sangat penat.. penat dengan kerja dan apa yang penting aku penat dengan karenah manusia.. Perlu apa kamu nak sombong? Sombong kerana kamu punya harta yang banyak? disebabkan paras wajah yang cantik atau sombong kerana taraf pendidikan yang tinggi? sebab kamu kelulusan dari overseas?  
Thanks to Yahoo
Tak ada gunanya kau nak sombong? tak ada sebab kenapa kamu perlu sombong...
Tidak kah kamu sedar bahawa kamu juga seperti manusia yang lain... terbentuk daripada hubungan diantara lelaki dan perempuan.. maka dalam tempoh 9 bulan jadilah kamu seperti sekarang...

Perlu apa kamu nak sombong.. hanya kelebihan yang sedikit berbanding daripada orang lain? Bayangkan kamu daripada setitis air menjadi manusia, mempunyai paras rupa, mempunyai otak dan kecerdikan dan kekayaan... erm dari siapa semua itu? hanya dari Allah..

Jadi, janganlah sombong, sebab semuanya itu bersifat sementara, tiada apa yang kekal kecuali Allah.. sebab itulah apabila kita dipuji.. janganlah sombong, tetapi bersyukurlah atas kelebihan itu... 

“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”


tandanya, kita buat apa yang Allah suruh, berbuat baik dengan manusia yang lain, jangan mengumpat, jangan mencaci, jangan memfitnah! jangan sombong

p/s terasa dengan orang sombong tadi.. sangat2 terasa... 











1 comment:

Dda Ly said...

saye pon x ske orang sombong x bertempat..:( boleh buat kite was2 nak senyum ngan orang atau x sbb takot x de respon..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...