Sunday, January 16, 2011

Tolong Ingatkan Aku ; Damn the feeling is hurt!!!!


Hello, malam ni tiba-tiba muncul cerita baru yang saya nak kongsi dengan korang semua, ni pasal cerita cintan-cintun, tangkap baik punya, tapi please before and after korang baca entri ini, korang kena buang jauh-jauh sejauh yang mungkin semua persepsi yang negative ok.. just a good story to share with you all :)
Based on true story of one of best friend of mine, me already got approved by her to share ok "thanks dear" sebab kamu memang manusia terpilih oleh Allah untuk mendapat ujian sebegini, kerana hanya mereka yang benar-benar kuat mampu mengatasinya, please on your mind, you still good buddy!
"Love is like war: Easy to begin but hard to end."
Alkisahnya begini...
X adalah sahabat yang sangat-sangat rapat dengan saya, kami memang tidak dapat dipisahkan, hatta apa-apa masalah X akan refer dengan saya, Insya Allah sahabat dunia akhirat. Petang tadi X telefon dengan satu pertanyaan maut "sebab" X tanya dengan orang yang still single mingle
"minachi, salahkah saya sayang, cinta, kasih dengan orang yang dah beristeri?"
Ternganga saya seketika tau tak... soalan cepu emas apakah ini? nak jawap nanti dapat berapa ribu? kidding :) first saya memang tak tahu nak cakap apa, terdiam untuk seketika juga, tak tahu nak cakap
tak kan aku nak cakap macam ni?
"Gatalnya engkau ni, tiada lelaki lain yang engkau nak cari?"
for sure X akan dumb saya, putus persahabatan terusss :)
So, saya bagi dia nasihat yang paling simple, yang saya rasa dia boleh terima :) as me care your feeling :)
"X, engkau tak gatal, miang, mengada-gada or tak sedar diri, sebab... soal jiwa dan feeling memang tak boleh kawal, sedangkan orang yang cukup perkasa dalam soal hukum hakam kadang-kadang boleh terbabas, ini lagi kita yang iman hanya setipis kulit bawang"
"tak akan lut kalau engkau just cakap..
"saya tak mahu"
"saya tak boleh"
"saya mesti tinggalkan dia"
sebab kalau hati dan feeling dah cakap "saya suka dia" payah nak tukar dah...
Orang lain pun pernah mengalami perasaan ini X, sayang, cinta dan kasih dengan suami, kekasih dan tunangan orang lain, tak ada salahnya feeling tu, sebab manusia bukan kepunyaan sesiapa, Allah yang mempunyai hak hakiki setiap manusia, cuma Allah menggariskan hukum yang mengawal keadaan perasaan, Jodah dipegang Allah X, tugas kita hanya mencari dan berserah kepadaNya, itu tugas kita"

Saya cakap dengan X lagi, satu sahaja cara kita nak elakkan atau nak atasi kecelaruan dalam soal feeling, kita kena Cinta Dia dulu, sebab hati dan perasaan kita adalah kepunyaan Dia, sekiranya kita betul-betul pasrah dengan hati dan perasaan kita kepadaNya, Insya Allah Dia akan tunjukkan.
so apa pendapat korang, hari ini entri saya terlalu panjang, sebab saya rasa kasihan dengan perasaan itu, kasih dengan mereka yang kononnya sudah dicop, Hati dan otak manalah duduk bersebelahan, kalau duduk bersebelahan confirm dah lama kita sedar dari lena hehehe
Dear, remember you still my best buddy, walau macammana pun, your just the way you are!!! XOXO

1 comment:

Awie Omar said...

hai.. meh follow blog hambo lak
http://www.notaekstravaganza.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...