Sunday, January 9, 2011

Saya Sayang Kamu, Jom Kita Kahwin... Nak?????


25hb ni, genaplah umur saya erm.... rupa-rupanya dah suku abad pula saya hidup dimuka bumi ni tak sangka betul.Teringat zaman kanak-kanak dulu teringin sangat nak jadi orang dewasa, soalan "bilala saya nak besar ni" asyik bertamu saja dalam kepala otak :) tapi bila sekarang dah jadi matured terkenang semula zaman kanak-kanak dahulu "alangkah bestnya jadi budak-budak ni, tak yah fikir hal kerja, hutang-piutang, soal hidup kahwin, dan macam-macam lagilah, yang budak-budak tahu Meminta sahaja., tak cukup itu ini, tadah tangan saja minta derma dengan mak dan ayah :P

Sebenarnya tak lah teruk sangat jadi dewasa ni, setakat usia semakin meningkat dan kita semakin lama semakin kecut, itu seudah menjadi lumrah alam beb, yang muda menjadi tua, yang tua menjadi kanak-kanak akibat nyanyuk. Sebab itulah dalam zaman muda-mudi nilah kita nak jaga makan, kena jaga badan dan jaga minda supaya boleh pakai lama :P


Tapi satu benda yang saya tidak suka sekarang ni bila dah melangkah ke suku abad, orang tanya "Wei bila kau nak kahwin?" aiyooo, tak ada soalan lain ke beb? asyik-asyik soalan Cepu emas tu. Hinggakan ada sesetengah orang yang cakap dengan saya "ko tak boleh masuk geng ni sebab kau belum berkahwin" tolonglah, aku kahwin lah kalau dah cukup segala-galanya, tak kan hanya kerana C.I.N.T.A semata-mata dah nak kahwin?

Saya bukannya takut dengan tanggungjawap, tapi tanggung hidup selepas berkahwin amat memerlukan kekuatan yang sangat Hebat, sebab kalau tak cukup kuat, siapa nak Jawap?

Sayang sahaja tidak cukup untuk hidup, tak kisahlah korang nak cakap aku ni materialistik atau tidak tapi saya fikir kehidupan selepas berkahwin, ye lah semasa bujang bolehlah lepak-lepak, tak ada duit tengah-tengah bulan, tidak apa, ikat saja perut, boleh hidup punya, cuba kalau selepas berkahwin dan mempunyai anak, makan pakai, sekolah,sakit semuanya memerlukan ongkos.

Sebab itulah wanita jangan terlalu harapkan suami dalam semua benda, sehinggakan kerja semuanya harapkan sang suami, dan Lelaki janganlah terlalu harapkan sang isteri dalam hal urusan rumahtangga, perlu ada perkataan "saling melengkapi" barulah OK

sebelum berkahwin seseorang saya rasa perlu ada ini :) *berdasarkan logik fikiran saya*
1) Simpanan yang kukuh - simpan duit bukan untuk kahwin saja tetapi selepas berkahwin perlu ada perancangan, orang selalu fikir benda ni semua selepas berkahwin, jangan!!! kena fikir benda ni sebelum berkahwin lagi.
2) harta sendiri - Ohhh jangan kata saya materialistik, tapi betul apa, kena ada harta sendiri sebelum berkahwin sebab langit tak selalunya cerah, ada juga ribut petirnya, beringat sebelum kena
3) kalau korang *wanita* sudah mempunyai *tapak* yang kukuh, janganlah terlalu eksyen, tk sesuai, *lelaki* jangan mengambil kesempatan atas kesenangan

selepas baca entri ni, korang jangan takut pula nak berkahwin, asal korang percaya dengan diri sendiri, dan rasa saya mampu, kuat dan hebat ok je.. tengok ada juga budak umur 14 tahun dah berkahwin, sebab dia cakap "saya mampu memikul tanggungjawap sebagai isteri" so kita semua chayok - chayok!!! untuk apa sahaja... Korang rasa??? bila somebody tanya "saya sayang cinta kamu, Jom kita kahwin!!!!" korang nak cakap apa? hahaha
p/s saya pun masih tak kahwin lagi, single still available huahuahua

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...